Khamis, 3 November 2016

"Dan apabila aku sakit, Engkaulah penyembuh."

Posted by Aya Sophia at 9:48 PTG
After long time, tak sempat nak upadate entry apa-apa. Right now, nak share one moment yg bg aku... I will never forget! 
Allahurabbi, nak start cmne ek.. Bagi aku, tahun 2016 ni a lot of memory yg bermaca-maca bukan macam-macam. Hahaha. Okey, skrg aku nak share firstime admit ward pastu kena operation plak. Dua benda yang aku tak pernah terpikir that will be happen in my life. Tak sangka langsung yang sakit perut setiap bulan tu ada sesuatu yang menjadi punca. Ingatkan masalah masuk angin or silap makan pedas.
Malam tu lepas isyak, memang direct terus pergi emergency Husm sebab sakit tu dah tak boleh nak tolerat dah dengan badan. Zon kuning, dalam around 12mlm doc scan dan xtray after 3jam, that times Doc dapat detect ketumbuhan tu. Seriusly sakit tu dah reda sbb Doc dah masukkan 250ml ubat tahan sakit. 2x after that macam kira okey sikit walaupun sakit tu still ada.
And Doc direct terus minta puasa sebab macam nak kena operation immediately. Dalam tahan sakit tu macam iya kan jelah. Sebab Doc bagitahu, walau macamana pun " awak mesti dibedah" because ketumbuhan (csyt) tu dah besar dan takut makin membesar and bg side effect pada ovary belah kanan. Jadi, walau cakap tak nak pun Doc dah buat keputusan. Hahaa takkan lah saya nak lawan cakap Doc plak.
Sumpah, hydrat gila sebab nak kena operation. Tak makan dan minum dari petang tu lagi. Last makan 6pm kt rumah. Dalam around kul11mlm boleh plak termuntah . Esok tu dalam pukul 3.30 ptg baru masuk OT.. And everything will be right. Smooth je operation tu, and alhmdulilah ovary belah kanan still function. Masuk hospital 30.10.16, operation 31.10.16 dan keluar hospital 1.11.2016... Kenangan betul.
So, lastly nak cakap..  Jagalah permakanan anda, anda mampu menjadi sihat. Dari apa yang Doc bagitahu benda ni setiap wanita ada cuma dari segi permakanan yang menentukan ia akan membesar dan membahayakan. Apa yang terjadi pada aku, di sebabkan pengambilan kolagen dan soya yg berlebihan.
Okay 2016, banyak sangat kenangan dengan hospital, bulan september 8hari kena ambik blood sebab denggi !!! 
Hopefully, 2017 dah tak de kenangan sebegini. Please be nice to me.  Doakan aku cepat sembuh dan sihat. Bila dapat ujian macam ni, barulah nak sedar sebenarnya nikmat Allah dah banyak dipersiakan. Dan yang paling kuat aku bisikkan, ada hikmah yang Allah berikan disebalik semua ini terjadi. Dengan nama Allah aku terima segala ujian yang tak seberapa ini dengan dada yang berlapang. Mksh ya Allah.

Rabu, 14 September 2016

10 Days

Posted by Aya Sophia at 9:18 PG

Genap 10 hari aku dah selamat landing kat Malaysia. Gembira tak. ??? Of course lah happy sebab dah selesai degree bachelor of syariah in usuluddin dekat Jordan. Walau lambat sikit dari my geng.. Erm' seriusly banyak hikmah yang aku dapat dalam tempoh 3 bulan ni. And finally dapat raya sama-sama dengan family. Walau hanya aidiadha. Eid Mubarak untuk awak yg sentiasa baca entry ni 💞

Dalam 3 bulan ni, urmm banyaklah juga benda yang berlaku. Banyak benda yang dah berubah. Mostly hati dan diri sendiri. Mungkin bila manusia melalui sesuatu kesakitan, dia akan berubah tanpa sedar. Tapi kalau kes aku ni, aku sedar je diri
😌😊

Doakan aku boleh? Tengah struggle nak cantekkan diri sendiri. Sebab dah fed up orang komen pasal diri. Diffrent between adik dengan kakak. Dyorg sgt cantek and flawless... Kakak pun xmengaku adik 😭😭😭 sebab hodoh sngt. Teruk trauma.
Haa haa. Tapi tak kisah sbb Allah jaga diri dari segi akhlak. Alhmdulilah 💃

Banyak benda nak update, tapi.... Tapiii... Sapa di sini je lah dulu. Orait.

Yg benar,
Nafas kekal di bumi serambi Mekah

Sabtu, 13 Ogos 2016

Buah hati

Posted by Aya Sophia at 6:20 PTG
Buat entry sebab rindu dekat budak debok ni. Aisshh tiap hari berdoa Allah permudahkan segala urusan. Takut tu tak pernah hilang. Mungkin bila dah offclly tu baru boleh kut nak rasa lega 100%... nak cepat-cepat balik malaysia takut buah hati ni dah berubah hati and dah tak kenal nanny dia  but i don't thinks so. Haifaa takkan lupakan ct ya dia kan?? Haha ayat back up.
Semua subjek dah turun markah dekat portal tapi ada satu lagi yang tak turun. Moga allah berikan yang baik-baik. Aishh rindu sangat dah dekat Malaysia. Tapi nak balik pun risau juga, berat badan tak turun-turun. Target nak berat 60kg dengan tinggi 164cm.. tu pon kira dah over weight sangat. Tak tahulah sempat tak nak deal dengan tarikh balik. Majlis haflah, tak simpan harapan pun. Tapi kalau ada rezeki nak sangat naik stage untuk ambik skroll. Ya allah takdirkan dengan sebaik-baik takdir untuk hambaMu yang hina dan naif ini.
Anyways, belanja gambar budak debokk ni. Kuat makan, bulu mata lentik macam nanny dia  *feeling sendiri jap. Haha. Haifaaaa ct ya tak sabar nk jumpa awakk.. cepatnya berlalu masa. 



Khamis, 4 Ogos 2016

Redha hati

Posted by Aya Sophia at 6:43 PG

Kekadang diam membisu tu, bisa merawat luka dihati.
Kekadang diam membisu tu, dapat menahan esakan dihujung mulut.Walau mata tidak berhenti mengalirkan airmata.
Sakit yang terasa di hati, lagi menyakitkan perasaan yang bersekumat didada.

Hanya satu ku pinta,
Allah engkau sentiasa ada.
Tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya.

*down lepas jawap exam. Airmata tak nak berhenti lagi ke??? Mata dah bengkak!! 😫😫😫 doakan Allah kuatkan Qistina untuk last paper hari sabtu ni. Sakit takleh jawap exam satu dah, sakit rindu dekat insan2; lagi lah sakit. Macam kena toreh2 je hati. Ct ya rindu haifa sangat2.. 😭😭😭😭 ma abah maafkan ya tak mampu berikan yang terbaik. Nak sangat call habis exam tapi emosi tak kuat. Tak pasal nangis masa cakap. Tak nakkkkk bg ma abah risau. 😔😔😔 Nak habis cepat2.. mohon Allah berikan kejayaan yang tertangguh ini. Tak mampu dah ya Allah. 😭😭😭

Rabu, 20 Julai 2016

Teme Abdullah

Posted by Aya Sophia at 10:23 PG

Ni tweet yang dia up dekat twitter baru je. Masih panas 😅 macam pisang goreng 😌

Anyways apa yang aku nak cakap sebenarnya, apa yang terbuku sehari dua ni dalam hati ni cukup lengkap dengan sttus yg dia up. Apa yang aku lalui saat dan detik ini, sejujurnya aku makin mensyukuri tiap detik dan saat yang Allah berikan. Moga natijah nanti Allah berikan kegembiraan gantikan kedukaan lama. Moga Allah jadikan aku manusia yang tahu dan sedar diri. Moga Allah jadikan aku manusia yang sentiasa mensyukuri dan redha apa yang Allah takdirkan untukku.

Ahad, 17 Julai 2016

Dekat gaduh jauhh sayang

Posted by Aya Sophia at 5:32 PG

Aku betul-betul rindu kt umah. Sebenarnya rindu dekat adik aku. SUMPAH aku malu weh cakap macamni. Memanglah before ni, aku je yang selalu take care pasal dia. Dia tak nampak pun take care pasal aku. Tapi tiap kali aku ada masalah, dia selalu ada. Haaahaaa and mostly rahsia aku banyak yang dia tahu.

Accident masa pergi sekolah naik skuter, crash dengan kereta BMW, jatuh dekat longkang sekolah sebab nak short cut..
😂😂😂 cuma dia sorang je yang tahu. Cuma dia je yang tahu kenapa aku boleh deman dan tak boleh bawa skuter for couple day. Trauma lah jugak. Dia yang pergi hantar aku ke sekolah dengan kereta. Walau aku tahu dia xnak sebab sekolah betul-betul area bandar. Kena stuck dengan jammed. Benda yang paling dia tak suka.

Before ni biasa je hubungan aku dengan dia, yelah dekat almost two years tak balik malaysia. Then Ogos tahun lepas balik, acah-acah dah gradd.. hahaa sadis. Then hujung bulan mei baru ni kena datang semula dekat sini. Dekat dengan 9bulan kita always around for each other. Myb sebab setiap kali dia balik cuti, aku dengan dia yang kena bawa abah pergi hospital and klinik untuk temujanji. Myb semua ini buat kami makin rapat. And my sister ni sangat2lah adorable.Aku sayang gler kot dia.

Tahu tak apa yang paling sedih?

Event masa dia hantar aku kt Klia, parents and almost all sibling cuma hntar dekat airport Pc je, so dia decide nak datang Klia sbb dia study dekat Uitm Shah Alam. Flight aku jam 9.20 am hari ahad so pukul 6++am aku dah kena check in, nak selamat aku putus nak stay je kt Klia sbb flight aku dari kb sabtu malam. So aku still je bila sampai klia around 10pm. Tunggulah dia datang, and we still together stay up dekat airport. Firstime aku tidur dekat lantai airport dengan dia. Kesian jugaklah aku tengok dia. Tak selesa.

Part ending yang betul2 sedih masa we huge together dekat esclator nak turun tempat boarding tu. Dia start nangis dulu. Sumpah aku terkejut sangat. Kaget kut. Aku tahu dia sakit sangat masa nak pisah dengan aku. Aku pantang kut tengok orang nangis. Lagi-lagi orang yang aku sayang. Hahaaaa aku akan  nangis double triple lebih teruk dari orang tu. Mostly everyday aku msg dekat dia. Sweet sangat. Anyawy aku mampu bagitahu kt sini je, aku sayang ko mu!! Orait. All the best exam!!

Jumaat, 15 Julai 2016

Poison of freindship

Posted by Aya Sophia at 6:17 PTG

Entah berapa kali, taip pastu delete .. taip and delete. erm.. emosi tak stabil. Jiwa tak tenang. Otak serabut. Medula oblagata tenat. Cerebrum tengah tak dapat nak contct neuron. Neuron plak tengah zon merah. Penat dah nak nangis. Aishh qis, entah apa-apa. Aku kuat kalau hadapi masalah orang lain. Tapi aku lemah kalau nak deal dengan diri sendiri. Ya allah.. ya allah..

When i'm in the trouble, or something i think i could not solve the feeling, karakter random pun akan muncul. Meroyan tak cukup tanah. Nangis tak cukup baldi nak tadah. Aiggoooo qisssssssss!!!! Qistina right now under pressure.

Sebenarnya, semua ni ada ceritanya. Aku tak mampu nak berikan kemaafan. Mulut cakap je dah maafkan tapi hati aku tahu, aku tipu. Aku tak mampu nak maafkan dia. Aku tak mampu nak terima sikap dia. Before tu, aku nak ingatkan.. aku bukan jenis manusia yang payah nk maafkan orang. Aku bukan macam tu 😢😢😢. Aku jenis mudah maafkan orang, and kalau ada yang cari pasal i will make sure i'm the first be cool.. and i know punca sebenar benda ni terjadi bukan sebab solat terawih tu. Tu cuma asbab. Aku jarang salah tafsir. So aku rasa, ada sebab lain. Dan sebab lain tu banyak faktor.

Aku gaduh dengan adik junior yang aku paling rapat. Aku pun tak sangka Allah akan uji kami. Dia marah dan luahkan rasa tak puas hati bila bilangan yang pergi solat terawih tak ramai. Sebab terawih hanya sebulan setahun. Dan dia betul-betul tak puas hati. Bagi aku plak, benda macam ni kita tak boleh nak paksa. Satu sebab terawih hanya ibadat sunat. Kedua, hidayah tu milik Allah. Tiga, iman dan ketaqwaan setiap orang berbeza. Hatta student course agama sendiri tak mampu nak aplikasi apa yang dibelajar jadi bersyukurlah bila Allah berikan keringanan pada kita untuk kita tunaikan dan buat ibadat lebih daripada orang lain. Kita mampu nak seru dan ajak, tapi natijah atas diaorang sendiri. Allah sendiri siap turunkan ayat, tiada paksa dalam beragama. Habis explanation aku tu, aku terus baca al-Mulk and masuk tidur sebab malam tu emosi aku tak stabil. Asbab yang buat emosi aku kacau tu, aku ada buat entry before ni. Jamiah muhafazoh.

After that night, dia tak bercakap langsung. Pandang muka aku pun dia tak nak. Okey, aku still boleh procced. Satu bilik. Buat hal. Aku cuba memahami dia. Ok fine. Lepas dua tiga hari aku cuba cakap dengan dia. Tapi dia mengelak. Aku cool down. Tapi bila dah selalu kita yang mengalah tapi dia still tak de move on what i can say... so boleh bayang tak, dalam bilik. Aku and dia. Silents 24 hours. Dan dalam bulan puasa. Awal ramdhan. Berendam airmata tiap-tiap malam. Bila aku dah move on, dia plak yang acah-acah nak baik. Tapi aku tahu, dia bukan 100% nak cover balik. And aku tahu, semua ni bukan sebab terawih tu sebenarnya. Tapi sebab ada dua benda yang aku confess dia. Aku confess tu dua tiga hari before kejadian ni. Aku confess kelemahan aku. First pasal study, reason kenapa aku terpaksa datang sini kembali dan tak ramai yg tahu sebab sebenar. . Second, pasal status hubungan aku dengan seorang Ustaz yang penuh kontroversi dekat Malaysia. Status sebagai "Adik Ipar".. so conclusion aku, benda ini yang buatkan jurang hubung aku dan dia makin worst. Bukan sebab aku, tapi dia. Betullah orang cakap, sahabat dan kawan tak semua boleh terima buruk kita. Bersyukurlah kalau ko jumpa yang boleh terima engkau seadanya. And alhmdulilah, walau dia yang paling rapat dengan aku, bila jadi macam ni Allah gantikan dengan yang lain. Aku tak bersedirian. Bersyukur sangat dekat Allah.

Around10 hari  tak bercakap, aku pindah bilik. Sebab aku dah tak kuat nak pulihkan ukhwwah ni. Nabi pesan paling lama tak bertegur tiga hari je. Ni dah lebih. Before aku jadi makin lemah baik aku keluar. Aku datang sini semula bukan nak cari gaduh, aku datang nak habiskan pengajian aku. Nak capai impian dan harapan ma abah. Dan aku tak nak semua ini tergangu disebabkan small matter. Aku dah dewasa. Kalau aku tak mampu nak kuasai keadaan, aku tak boleh biarkan keadaan kuasai aku.

Satu syawal dapat whtpss dari dia, minta maafkan segala pertelingkahan semua ini. Senang gila dia minta maaf macamtu. Sumpah sampai sekarang aku tak reply. Aku bukan nak ego tapi dia yang ego dan buatkan aku jadi macam ini... bilik kami hanya selang satu bilik. Dia junior kut. Dia tahu dia salah, kenapa dia tak minta kemaafan dengan sebenar2nya. Face to face.Aku betul-betul ikhlas nak maafkan dia tapi apa perasaan engkau, dia minta maaf dengan engkau, tapi bila berhadapan depan-depan dia pura-pura tak nampak kewujudan engkau. Apa yang engkau rasa. Persahabatan selama ini hancur sebab ego. Aku pedih and sakit kut. Aku tak pernah layan orang macam ni. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭 aku tak kuat dah. Orang yang paling aku sayang buat macam tu dekat aku. Berselisihan jalan tapi berpura-pura tak nampak. Makan setalam, tidur sebantal, solat berjemaah. Bff kut tertiba jadi stranges. Seriusly, i'm sick for this all. Allah.. allah.. aku sedih sangat2. 😭😭😭😭 aku tak tahu nak reply apa, selagi whtpss dia aku tak reply selagi tulah dada aku sesak. Hati aku terbeban. Semua orang dekat sekeliling pun pelik. Tapi aku tahu, diaorang takkan tanya sebab dia dah biasa buat macamtu dekat junior2 yang lain. Jadi myb junior2 boleh agak apa yg terjadi dekat kitaorang lagi-lagi bila aku pindah bilik. Cover dengan alasan alasan yang tak munasabah. Diaorang pun buat macam biasa. Peritnya.

Rupanya, mudah je kita nak buat orang sayangkan kita. Tapi sukar gila nk buat orang yang sayangkan kita terus sayangkan kita. Aku tak tahu apa yang patut aku reply. Bagi aku, aku dah anggap dia macam adik aku. Tapi entahlah. Aku boleh maafkan sikap dia, tapi aku tahu pandangan dia pada aku dah berubah. Yang paling menyedihkan hati, dia dah berubah. Dia berukhwah bukan kerana Lillahi taala tapi kerana nama, kejayaan dan duniawi. So aku give up. Aku tak mampu buatkan orang yang aku sayang still dalam life aku. Kalau orang tak nak, kita tak mampu halang. Chill. Keep faith in Allah. Allah tahu apa yang terbaik. Doakan aku. Atleast aku dah lepaskan beban aku kat sini. Dan aku tahu, ada benda lagi yang belum settel. Aku akan reply whtpss dia. Moga aku tak termasuk manusia yang susah maafkan manusia yang lain. Doakan aku.

And nak ucap, selamat hari raya aidilfitri. Thnks sbb selalu baca entry aku yang entah apa-apa. And thnks sbb selalu jadi silents reader. Aku hargai :')

Selasa, 12 Julai 2016

Imtihan takmili

Posted by Aya Sophia at 2:19 PG

Hari ini exam takmili. Exam ulangan. Subjek Doc Imad salah satu subjek yang aku ambik soifi (musim panas). Sepanjang aku ambik subjek dengan Doctor, Doc memang akan adakan exam takmili sebab Doc bukan jenis yang mudah-mudah tambah markah. And alhmdulilah soalan Doc tadi lebih kurang je. Lepas hantar kertas jawapan tadi, tertiba emosi swing. Sebab migran makin teruk. Siap nangis lagi. Ya allah, Allah je tahu bertapa cuaknya aku takut Doc pandang. Yelah takut Doc ingat tak dapat jawap ke budak ni. Terketar-ketar tangan tahan sakit. Ni pun still tegang rasa leher. Tengah stabilkan diri, jap lagi ada satu kelas. Last class for today, esok exam lagi. So please wish me the best.

Before exam tadi ada call ma abah. Bagitahu abah, hajat di hati nak korban tahun ni. Sempatlah kan balik. Tiket 5/9.. before raya Aidiladha. Alahai qis, dah besar dah. Siap boleh korban dengan duit gaji sendiri. Sebenarnya dalam kelas tadi, terpikirkan mati sebab effect migran ni. Last dah makan soup mushroom 3 in 1.. rasa macam nak terkeluar biji mata mungkin sebab tekanan area kepala. Teruk mana migran before ni tak pernah nak mengadu dekat ma, tapi boleh plak tercakap td. Rasa macam nak hantuk je kepala bagi hilang rasa sakit tu. sorry mum. Nak deman semua bercampur. Mata dah bengakk. Sat lagi nk gerak p kelas dah. Ya allah.. ujian ujian soifie. Migran dengan soifi memang tak boleh di pisahkan. Bertabahlah qis. Bertabah untuk hari ini. Dan bertabah untuk exam esok.

Rabu, 22 Jun 2016

Doa itu saling menguatkan

Posted by Aya Sophia at 3:48 PTG

Sometimes bila kita down teruk, kita akan cari someone yg mampu dan boleh naikkan semangat kita. Walau kekadang orang tu tak tahu pun kondisi dan masalah kita pun. That i'm right?

Kawan mana tak terharu bila kawan sendiri bagi semangat, sokong dari belakang. kadang kadang benda tu boleh buat kita tersenyum lebar.

Qis insyaAllah, qis boleh...😊 because you always shining by your positive vibe. InsyaAllah sy slalu doakan qis..😊😊😊
(Umie Sabah)

Kheiran Inshaallah mg dpmudhkn. Truskan munajat, usaha, doa dan munajat.. Inshaallah dpmudhkn..
(Ust Izz)

InsyaAllah kakqis. Klu tu yang terbaik, Allah izin nanti
(my buddy Ashmaa)

Kuatnya akak 💪🏻 Tak pe kak. Kheir inshaAllah. Kita doa bebanyak (Junior Aisyah Sakinah)

Jzkllahkhoiran Jzk ramai lagi yang aku ingin bingkaikan nama2 mereka semoga Allah balas segalanya.

Qowiyahh 💪🏻💪🏻 (Ayong Samihah)

Moga aku pun bisa setabah kamu..kak qis qawiey :-)
(Junior Kias Ain Omar)

* Terima kasih juga untuk awak yg sudi membaca sampai habis. Tak de dah orang lain yang akan baca entry melainkan awak. Thnks a lot tahu. Walau hadir sebagai silent reader but u'r something for me. Thnks. I want give big hug. May allah bless ur life.

Ahad, 19 Jun 2016

Sebuah anugerah

Posted by Aya Sophia at 2:18 PTG

Salam ramdhan kareem. :)

Selang dua tiga hari mesti update blog. Sorry sngt2 mesti annoyying kan. Dah lah entry entah apa2. Tajuk tak de kaitan ngn isi * menangislah. Banyak reason why aku aktif kat sini. First aku deactive fb myb untuk Ramdhan ni. Jadi nak buat status macam2 tu tak dapatlah. Second, medium ni je yang aku boleh type and luah macam2. I'm really enjoy to spend my time kt sini.

Just nak sharing, try to guess hari ni hari apa? Father day kan.. tapi aku tak wish pun dekat abah hari ni. Sebab lepas sahur td dapat tahu ibu jari abah kena jangkitan. Again and again.

And brother in law yang doc tu plak siap cakap;

salam Allah I think better go to hospital there is inflammation and may start gang.

*allahurabbi luluh jantung baca.

Tapikan apa yang terjadi kat aku lebih baik daripada adik junior aku. Last week dia orang first yang aku terjumpa secara tak kebetulan. Sumpah muka dia happy sngt. And dia pun jenis happy go luck. Very beautiful girls. Selang dua tiga hari lepas tu persatuan student kt sini post,  Doakan  kesihatan ayah dia sebab kanser stage 3. Seriusly aku terkedu. Dan pagi tadi lepas borak dengan sibling dekat group whtpss aku dapat berita ayah dia dah meninggal. Al_Fatihah.

Sesungguhnya Allah uji seseorang itu dengan keupayaan dia. Allah tahu hamba dia sekuat mana 😭😭😭😭. Hargailah setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita tidak ada yang sia-sia. Dan bukannya benda buruk-buruk je berlaku. Kekadang ada yang indah disebalik semua tu.

Bak kata adik aku, dia tahu aku down gler lepas tahu pasal abah.. dia stick kata2; Sesungguhnya Allah berkuasa mengubahkan kejadian malam dan siang apatah lagi beban di hati kita. Just keep faith with Allah. Seriusly i luv u sis. Thnks a lot because become very good little sister. Gudnite Jordan. And selamat bersahur untuk Malaysia. I'm really2 miss homeland 👣

Khamis, 16 Jun 2016

Jamiah muhafazoh

Posted by Aya Sophia at 11:35 PG

Alhmdulilah Allah murahkan rezeki kami penuntut ilmu hari ini melalui wasilah Ustazah jamiah muhafazoh. Syukur nikmat yang Allah berikan selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Di sebalik semua ini alhamdulilah bertemu mata dengan rakan-rakan satu bacth selepas dua semester tangguh.

Respon dyorg bila terpandang aku betul-betul buat aku rasa nak nangis. Nampaklah seraut wajah mereka yang benar-benar gembira. Syukur kepada Allah kerana Allah yang menghadirkan rasa senang dan gembira tu di hati dyorang. Walaupun aku bukanlah seorang kakak senior yang baik. Apatah lagi memberi manfaat pada dyorang. Moga Allah sentiasa mencampak rasa senang di hati orang sekeliling aku.

Tapi tak semua yang menerima. Apatah lagi bila dipulau di hadapan orang ramai atas alasan tidak di maklum lebih awal..

"Akak, lebih usia dari saya"..
"Akak, sepatutnya lagi matang dari saya"..
"Apapun yang akak rasa, takkan sama dengan apa yang sedang saya lalui"..

Terima kasih atas respon akak yang sumpah buat saya rasa nak terduduk. Terima kasih respon akak buat saya down sangat-sangat selepas saya cuba struggle dan kuat untuk hadapi semua orang. Terima kasih akak buat hati saya terluka. Saya tak minta banyak pun. Saya tak nak minta pun akak fahami yang terjadi. Saya cuma nak akak peluk saya dan tanya baik-baik apa yang terjadi. Saya nak akak gembira bertemu dengan saya. Tu je. Tapi tak apalah kan, akak dah minta maaf. Tapi tak sama dah diri saya. Tembok semangat yang saya bina hancur sekelip mata.

Kaki dah lemah. Hati dan jiwa dah terbang. Tak mampu nak angkat muka. Tak mampu nak halang dari airmata berhenti mengalir. Satu yang mampu aku doakan "Allah kuatkan aku hari mendatang" ...

Terima kasih dik, walau engkau lagi muda tapi engkau cuba memahami. Terima kasih sempat memaut tangan akak sebelum akak rebah. Terima kasih sebab heret akak jauh ke dalam. Terima kasih kerana cuba cover kesedihan akak. Terima kasih.

Rabu, 15 Jun 2016

Doa penguat hati

Posted by Aya Sophia at 10:35 PTG

Kalut serabai je dalam jiwa ni. Teruk betul awal Ramadhan lagu ni. Awatlah qistinaa. Teruk ke rasa down tu?? Qiss, qis ni baru hidup atas dunia. Tak berpindah alam satu lagi. Kalau dunia pun hang dah laut kelabu, akhirat sana macamane 😭😭😭

Rasa tak berapa nak cakap dengan orang. Duk sibuk baca kata-kata yang bagi semangat je. Senyum pun tak berapa manis. Allahurabbi teruknya rasa jiwa. Jiwa ni sakit. Sakit bila hati dan perasaan tak dapat bersepakat dalam menenangkan jiwa.

Aku pandang cermin, aku tengok diri aku. Nampaklah aura kesedihan. Aku tahu, tahap kesedihan ni aku kena kongsi dengan orang. Tapi aku tolak. Aku lekapkan senyuman palsu. Airmata aku tahan dari mengalir. Esakkan aku lenyapkan dengan gurauan yang entah apa-apa. Aku tak minta banyak. Doakan aku kuat. Aku takut, sumpah aku takut. Takut .

Tangisan tu pasti akan mengisi jadual harian. Aku tahu, Allah ada. Aku tahu, aku perlu doa, berdoa dan terus mendoa. Tanpa Allah, aku rasa aku dah rebah tersungkur dalam kegagalan. Tanpa doa dari ma abah, aku akan hilang arah. Tanpa al-Quran mungkin aku dah jadi tiga suku. Allahurabbi. Jaga imanku ya Allah. Jaga jiwaku ya Allah. Moga Allah permudahkan urusan aku.

Sabtu, 11 Jun 2016

Hikmah

Posted by Aya Sophia at 4:06 PTG

Segala macam benda yang Tuhan dah aturkan untuk kita kadang bertahun baru nampak hikmah disebalik yang berlaku *senyum lap airmata*

Kita memang biasa dengar ayat ‘kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan ’ tapi ada tak kita betul-betul faham dan merasai ayat tu?

Tanya hati sendiri. Semak diri sendiri.

Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Mungkin perkara yang kita idamkan itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Mungkin perkara yang kita impikan itu akan Allah ganti dengan 10 kali ganda yang lebih baik atau mungkin sebernarnya kita tidak memerlukan langsung perkara yang kita idam-idamkan itu

Belajar untuk bersabar. Belajar untuk redha. Belajar untuk sentiasa memandang dari sisi yang baik. Belajar untuk menghargai apa yang diberi. Belajar untuk menyukai apa yang dah ditakdirkan. Dan aku, sampai hari ini masih lagi belajar semua itu.

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. Keep being positive. Trust in Allah.

Adakah Allah masih menjaga kita?

Posted by Aya Sophia at 3:28 PTG

2 TANDA ALLAH MENCINTAI hambaNya

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan, “Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membedakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’

Allah Swt. menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku.

Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’ Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’

Allah Swt. menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”

-- Imam Al-Ghazali dalam Kitab Al-Mahabbah

Rabu, 8 Jun 2016

Budak gemok

Posted by Aya Sophia at 4:13 PTG

Miss that budak debok tu very badly. Allah je tahu bertapa rindu bagai dekat dia. Hawa haifa, ct ya rindu awak sangat-sangat. Dari awal terawih sampai akhir witir air mata mengalir sebab rindukan awak. Haifa tahu tak? Haishhh ... sakitnya tahan rindu dekat haifa.

Kalau ikut kalendar Islam awak dah cukup setahun. Awak lahir 3 Ramadhan yang lepas. Please haifa jng nak membesar sngt k.! Tunggu ct ya back for good bulan 9 ni k. Haifa doakan ct ya najjah orait. Dah tak sanggup nak berlama-lama dekat sini.

Hawa haifa,
ct ya rindu nak tidurkan awak.
Ct ya rindu nak rendam susu awak dalam air panas.
Ct ya rindu nak mandikan awak.
Ct ya rindu nak nyanyikan lagu didy and freind dekat awak.
Ct ya rindu nak cubit pipi awak yang putih melepak tu.
Ct ya rindu nak suapkan makanan dekat awak sbb awak suka sngt makan. Lagi2 pisang!.
Ct ya rindu awak lentokkan kepala atas bahu ct ya.
Ct ya rindu bila awak tak nak lepaskan ct ya bila org lain nak ambik. Ct ya rindu sngt2 gelak ketawa awak.

Doakan ct ya tak deman sebab rindukan awk. Kuat betul deman tahun ni. Allah nak kafarah dosa. Ok je. Doakan ct ya kuat. Allahurabbi. Pedihnya ya allah rindukan seseorg.

Rabu, 1 Jun 2016

Minus.equal.??

Posted by Aya Sophia at 6:56 PG

Talk with seriusly, semua org nak kan hidup dengan orang yang dia suka, orang yang dia cintai. Tapi kalau tanya pendapat aku, aku akan cakap.. saya nak hidup dengan orang yang sayang dan cintai saya. !!! That different. Betol tak!? Please setuju je dengan statment ni😅😅😅

Forget about this. Kena poison sebab cerita Healer! 😌😌😌 apa ke benda lah kan.merapulah sorang-sorang. Aisshh Qis please behave 😷 👉👈🙏🙏

Totally banyak benda nak type tapi ada something yang menganggu sanubari. Perasaan takut. Yap. Apa kaitanlah semua ni. Saling tak berkaitan tahu tak Qis..

Rindu budak gemok. Rindu anak-anak murid. Tiga bulan je Qis. After this everything will back normal but u must do the best. For this all. Tu yg buat aku takut. 😭😭😭😭

Anyone can huge me and tell me, everything will be end and success. Don't afraid and do the best 😥😥😥. Tottaly afraif to dispointed everyone. Ya allah kuatkan aku. Ya allah dampingi diriku. Ya Allah temani aku dalam hela nafasku.

Isnin, 30 Mei 2016

Bagitahulah kebenaran walaupun sukar

Posted by Aya Sophia at 11:32 PG

Alhamdulilah berlalu satu tahap yang mana kehidupan aku di uji. Dan aku berteleku disini. Percaya tentang hikmah di sebalik perjalanan yang Allah telah aturkan. Perpisahan itu hadir sekali lagi. Menebak rasa di hati. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dan di jauhkan dari perkara-perkara yang laghah dan lalai.

;')

Berada di bumi syam sekali lagi seumpama mimpi. Allah anugerahkan satu lagi peluang. Peluang yang harus aku tunaikan sebaik mungkin. Peluang amanah yang benar-benar besar. Lantas aku cuba sedaya berdiri kuat dan tabah. Doakan musafir ilmu yg singkat ini membuahkan natijah dan kejayaan yang semua orang impinkan.

Siapapun awak yang sentiasa dan setia membaca entry ni, sudi tak tolong doakan saya!!!! 😭😭😭😭 apapun yang terjadi, moga allah sentiasa permudahkan jalan-jalan yang berliku ini.

Ahad, 15 Mei 2016

Take a deep breath

Posted by Aya Sophia at 6:18 PG
alhamdulilah..alhamdulilah allah permudahkan segalanya. Tak sampai 7 HARI lagi, bakal tinggalkan Malaysia buat kali-3 ..if you ask me how my feeling..seriusly i dont know but i know it's so and very-very teribble *nak nangis tak cukup tisu* sedih*sedih* .. online guna notebook malam ni sebab nak sediakan surat permohonan cuti pada sekolah. Harap sekolah akan terima surat ni. Bukan sebab apa, sebab aku betul-betul sayang dan kasih kat depa budak-budak kelas yang aku jaga . hatta depa lah buat darah aku naik, depa lah buat aku menjerit nyaring.. allahurabbi serius hilang dah suara lembut aku. hahaha *nak nangis lagi .. seriusly i will mising that guysssssssss and beauty gegurlzz. sumpah saat ni, aku belum bagitahu lagi dyorg yang aku akan fly. dyorg tengah exam sekarang, so aku fikir better postponed dlu. hari last dyorg exam insha allah aku akan bagitahu. For surelah budak-budak kelas lain pun akan tanya "ustazah Qistina mana" .....let everything will be suspicious.hahaha *gelak jahat*

tolong doakaan aku.. boleh? doakan aku dipermudahkan segala urusan. doakan Allah kuatkan kaki dan hati aku sewaktu aku melangkah keluar dari rumah. doakan aku tabah dan sabar ketika terbang pergi meninggalkan malaysia.. *rasa sebak semacam je* ya allah qistina, tak ramai allah beri ujian sebegini, jng down..buat yang terbaik. allah dah makbulkan semua doa yang ko nak.

ok, now take a deep breath and lepaskan... lepas sekali dengan beban di hati. semua ni bukannya sepanjang life cuma dalam tempoh ni je. bertahan k!!! bertahan demi yang Esa. moga Allah permudahkan permusafiran sendirian kali ni. anyways thanks a lot for bunch of family yang sangat-sangat support aku.hahaha terharu.sumpah serius.

ok fullstop sini. untuk engkau yang tak jemu-jemu baca omelan aku thnks, aku hargai. sebab ko dh bazirkan masa ko. :)

doakan aku k dalam doa ko.

Selasa, 3 Mei 2016

Satu sunnah satu hari

Posted by Aya Sophia at 4:45 PTG

Lepas solat subuh td lepak dengan ma tengok tazkirah subuh di tv9. Topik tentang kematian. Tapi in the end of tazkirah, mC ada berikan satu tip Satu Sunnah Satu Hari untuk penonton amalkan. Seriuslly speechless sebab teringat masa study Jordan bila bulan Ramadhan kitaorang akan isikan Satu Hari Satu Juz. OK. Back to story, mC bagithulah.. amalan sunnah untuk hari ini adalah "memberi salam".  :)

Nak cerita masa di Jordan sumpah akan rasa sombong sangat jika ada berpapasan sesama student atau lecture tanpa beri salam. Tapi bagi salam hanya sesama genderlah student. Kalau duktur atau dukturah tak kiralah sebab kita letakkan rasa hormat. Hatta pergi balad pun tanpa segan silu mesti berikan salam dahulu bila masuk satu-satu kedai.  Bila masuk alam pekerjaan, perangai tu masih terbawa-bawa.
😂😂😂😂 tak pelik pun bila anak murid bagi salam, automatik akan terus jawap sebab dah terbiasa. Masa awal- awal mengajar sekolah bila terserempak dengan ketua penyelaras automatik bagi salam, tapikan ketua penyelaras tu plak pandang semacam je 😭😭😭 ... haha rasa macam nak hantuk je kepala dekat dinding. "Salah ke bagi salam" 😥😥😥.

Lepas pada tu hanya pandai tundukkan pandangan je kalau berselisih. Rupanya selama 25 tahun ni Allah jaga dan tarbiyyah hidup dalam suasana mengamalkan sunnah. Bila 25 tahun baru betul-betul hargai. Totally loser 😌 Aaayook Qistina barulah sedar, susah juga nk hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan barulah nak sedar, dah lama sangat-sangat Baginda tinggalkan umat Islam 😥😥😢😢, hingga umat Islam perlu di ingatkan dan diterapkan dengan kempen sunnah Baginda. Untuk bolehkan sunnah Baginda kembali menghiasi umat Islam hari ni. Jom cuba hidupkan semula sunnah Nabi. Mungkin perkara ni nampak kecil, tapi kita tak tahu mungkin ini asbab sekecil-kecil untuk kita dekat dengan Syurga.

Rabu, 27 April 2016

Escape

Posted by Aya Sophia at 1:16 PTG

Rupanya nak kena agenda Escape dulu before boleh beli buku ESC. 😂😂😂

But seriuslly, Esc macam throwback cerita sendiri.
Pedih kut. Tpi ada kekuatan disebalik kepedihan tu.

Moga Allah berikan kekuatan untuk semua ni.

Sabtu, 23 April 2016

Nota untuk awak

Posted by Aya Sophia at 2:22 PG

Mungkin kerana dalam diam-diam kau tembak doa untuk aku . Sebabtu aku kuat sampai ke harini . Siapa pun engkau , moga kau dalam jagaan Ilahi 💪💋

Sabtu, 26 Mac 2016

Sahabat sepi 3 bulan

Posted by Aya Sophia at 9:49 PG

Tiga bulan dah berlalu.
Tiga bulan menjadi pendidik.
Tiga bulan 1001 rasa aku lalui.
Tiga bulan aku cuba buat yang terbaik.
Tiga bulan aku cuba menjadi kuat.

Ya allah.. ya allah. Terima kasih atas segala kekuatan, keberanian, kemudahan, dan segalanya yang engkau berikan.

Di sana, sebuah tempat yang terasing.. sebuah tempat yang aku bergelumang sesuaikan diri. Sebuah tempat aku cuba berdiri teguh walau sering goyang, sebuah tempat yang aku cuba mengenali hati budi manusia yang pelbagai.. perit, marah, sakit, lelah.. aku simpan sendiri.

Aku tahu, dalam aku terkapai-kapai.. dia ada memerhati dari jauh. Dia memberi kata positif. Dia yang sentiasa tersenyum saat berpapasan dengan aku. Walau aku sering tertunduk malu, dia pasti hadiahkan sebuah senyuman.

Serius, senyuman dia menguatkan aku.
Senyuman dia buat hati aku terubat setiap kali terguris dengan insan lain. Senyuman dia menghilangkan lelah penat aku. Dan senyuman dia buat aku hilang arah. Senyuman dia buat aku gugup. Aku tahu senyuman dia ikhlas dari hati. Maaf andai senyuman itu aku tak pernah balas, bukan kerana sombong tapi sumpah, aku tak mampu ukirkan senyuman pada selain dari jantina. Terlalu kaku dan bukan kebiasan.

Ala kulihal, jzkllahkhoiran jzk sahabat. Syukran ala kulihal. Semoga dipermudahkan segalanya. Ku ukir namamu di sini, bukti bertapa aku menyenangi kehadiran dan pertemuan ini. Hingga takdir allah menentukan pertemuan akan datang, semoga baik2 selalu di alam kerja yang baru. Ali safwan.

Bulatan gembira

Posted by Aya Sophia at 9:34 PG

Usrah.

Yeap. Dari 2004-2016, hati dan jasad di asuh dengan usrah. Baik dari keluarga, sekolah, dan sahabat2. Hebatnya usrah, bila kita malas sangat2 nak menghadirkan diri.. in the end kita dapat juga lawan perasaan malas kita tu, di situ kita dah boleh merasai kemanisan sebuah mujahadah melawan nafsu demi sebuah bulatan gembira yang bernama usrah 😆.

*sering kut mujahadah dengan nafsu setiap kali nak pergi usrah, last-last angkat kaki juga pergi. Kuatkan diri sebab apa..

-sebab tahu, diri ini bodoh dan malas. Jadi bila pergi usrah, tahu akan dapat sesuatu dan akan dapat ilmu.
-dari bazirkan masa sorang2, baik berkumpul dalam bulatan gembira.
-join usrah bukan sebab terpaksa, bukan sebab bajet baik tapi nak islahkan diri. Tahu diri ni banyak sngt laghah dan jahil 😭.

Banyak lagi point nak cakap tapi tak tercakap, 😣 sebenarnya rindu nak duduk ramai2 dan membajai iman sama2. Nak sangat duduk ramai2 bincangkan masalah ummah. Nak sangat duduk ramai2 bergurau senda disebalik ilmu yang dikongsi. Yang paling penting nak sangat duduk ramai2 tadarus ayat-ayat suci al-Quran.

Ya Allah demi namaMu ku rinduikan semua ini.

Tapi sekarang aku tahu, andai bukan kita yang mencari jangan harapkan ia membentuk ikatan hati membentuk jundullah. Sapu airmata ku doa moga ukhhwah ini masih membias di dada kalian. Rindu dalam diam, mendoakan dalam sepi.

Jumaat, 4 Mac 2016

Awam mendung

Posted by Aya Sophia at 5:50 PG

Ak cuba balut luka dalam diam,
Biar tak terlihat parut dan kesan-kesan luka semalam.

Aku usap tangis dalam sendu,
Biar tak nampak cengeng di mata manusia.

Aku cuba kuat walau penat sering ku sembunyi,
Aku tetap berdiri walau penat memasak kaki di muka bumi.

Dan aku tetap di sini,
Bersama harapan dan kesabaran yang setia menemani.

Teguh mengukir bahagia,
Terus membina astana idaman yang dipenuhi cita dan impian,
Walau sesekali rasa itu menyinggah.

Dan kerana ak tahu,
Masa akan tetap berjalan,
Di gengam kemas kata-kata di hati,
                                                                                      لا تحزن إن الله معنا

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea