Selasa, 3 Mei 2016

Satu sunnah satu hari

Posted by Aya Sophia at 4:45 PTG

Lepas solat subuh td lepak dengan ma tengok tazkirah subuh di tv9. Topik tentang kematian. Tapi in the end of tazkirah, mC ada berikan satu tip Satu Sunnah Satu Hari untuk penonton amalkan. Seriuslly speechless sebab teringat masa study Jordan bila bulan Ramadhan kitaorang akan isikan Satu Hari Satu Juz. OK. Back to story, mC bagithulah.. amalan sunnah untuk hari ini adalah "memberi salam".  :)

Nak cerita masa di Jordan sumpah akan rasa sombong sangat jika ada berpapasan sesama student atau lecture tanpa beri salam. Tapi bagi salam hanya sesama genderlah student. Kalau duktur atau dukturah tak kiralah sebab kita letakkan rasa hormat. Hatta pergi balad pun tanpa segan silu mesti berikan salam dahulu bila masuk satu-satu kedai.  Bila masuk alam pekerjaan, perangai tu masih terbawa-bawa.
😂😂😂😂 tak pelik pun bila anak murid bagi salam, automatik akan terus jawap sebab dah terbiasa. Masa awal- awal mengajar sekolah bila terserempak dengan ketua penyelaras automatik bagi salam, tapikan ketua penyelaras tu plak pandang semacam je 😭😭😭 ... haha rasa macam nak hantuk je kepala dekat dinding. "Salah ke bagi salam" 😥😥😥.

Lepas pada tu hanya pandai tundukkan pandangan je kalau berselisih. Rupanya selama 25 tahun ni Allah jaga dan tarbiyyah hidup dalam suasana mengamalkan sunnah. Bila 25 tahun baru betul-betul hargai. Totally loser 😌 Aaayook Qistina barulah sedar, susah juga nk hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan barulah nak sedar, dah lama sangat-sangat Baginda tinggalkan umat Islam 😥😥😢😢, hingga umat Islam perlu di ingatkan dan diterapkan dengan kempen sunnah Baginda. Untuk bolehkan sunnah Baginda kembali menghiasi umat Islam hari ni. Jom cuba hidupkan semula sunnah Nabi. Mungkin perkara ni nampak kecil, tapi kita tak tahu mungkin ini asbab sekecil-kecil untuk kita dekat dengan Syurga.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea