Rabu, 10 Mei 2017

U-Turn

Posted by Aya Sophia at 9:42 PG

Meningkat usia, banyak perkara yang berlalu seusai peredaran umur. Dan aku masih di sini. Di bawah langit Ilahi. Mencari sesuatu sebagai bekalan akhirat.

Kekadang aku cuba berusaha sbaik mungkin menjadi muslimah yang solehah. Tapi iman tu macam meter Rpm, ada naik turunnya. Adakala, akhlak dan adab tidak mencermin diri sendiri.. Susahnya memburu syahadatulHad yang hakiki.

Kerna aku cuma manusia biasa. Cuma insan kerdil. Cuma hamba yang punya nafsu dan akal yang cetek.

Bila ketakutan itu datang, sering datang ungkapan..

"Apa bekalan aku untuk akhirat kelak"..
"Apa sumbangan aku pada agama"...
"Apa amalan yang akan memberatkan neraca timbangan aku nanti...
"Bagaimanakah pengakhiran kematian aku"....

Di akhirnya, cuma jujuran airmata..sebab aku tahu,

Aku hanya manusia yang tiada apa-apa.
Aku hanya manusia yang kosong..
Aku hanya manusia yang tidak ada apa-apa..

Kerna itu, bila airmata ini menitis.. Aku tahu titisan ini mengandungi sejuta satu kesedihan. Kesedihan yang tidak ada manusia mampu memberi jaminan di akhirnya. Kesedihan yang tak ada manusia mampu katakan natijah di akhirnya..

Tangisan atau airmata yang keluar ini disebabkan dihimpit rasa. Rasa yang tak mungkin manusia mampu menafsirnya. Sukarnya hidup, apatah lagi di akhirat kelak. Kehidupan ini apa yang aku harapkan hanyalah Rahmat dan keampunan Ilahi pada diriku nanti di alam sana. Kerna kematian itu satu kepastiaan.

Dan aku, cuma mampu cemburukan bidadari dunia yang bila malaikat datang menjemputnya, seisi alam menangisi pemergiaannya. Aku cemburukan bidadari dunia, apabila kain kafannya di rapikan, seisi dunia menyebut-yebut kebaikannya yang tersembunyi.

Hanya satu yang ingin aku bisikan, "ya Allah izinkan aku menjadi salah seorang bidadari dunia yang akan disambut oleh penghuni langit dengan senyuman yang menyenangkan."

Kerana aku tahu, kehidupan di dunia ini hanya sementara, disana yang akan berkekalan. Moga masih ada sisa waktu untuk aku penuhi buku amalan kananku.

Ahad, 26 Mac 2017

Suara hati

Posted by Aya Sophia at 10:51 PG

Ahad, 5 Februari 2017

Catatan Amalan

Posted by Aya Sophia at 9:42 PG
Terdiam sepi bila terbaca status seorang Ikhwan dari mesir.. tentang kematian seorang permata Islam YDP anak Melaka Ahmad Razin Fauzi (rahimahullahu ta'ala).. wallahi saat terbaca tu hati sebak gila2.. airmata bergenang, saat jari-jari ini menekan keyboard pun rasa nak nangis. tapi ditahan takut sedunya takkan berhenti. Allahurabbi, mungkin perkhabaran ini wasilah Allah s.w.t untuk aku ingatkan diri tentang kematiaan.. seusai usia semakin bertambah. siapa tahu, bila tiba masa diri sendiri pula yang akan meninggalkan dunia yang fana ni.

Sejujurnya, siapapun yang meninggal itu tak penting buatku tapi apabila ramai yang mendoakan dan menyebut2,, di situ aku tahu, kebaikan yang dibuat oleh si dia sangat disanjung2 oleh manusia..apatah darjatnya  disisi para malaikat. ya rabb, indahnya jika kematian itu tiba disamping amalan diri tersusun indah dengan amalan-amalan yang baik. 

Bagiku cukuplah penghuni langit mengenali walau tidak dikenali penghuni dibumi.seperti uwais al-Qarni, arwah Ammar,dan lain-lain. (al-Fatihah). Kematian yang menghidupkan hati-hati manusia yang lain. ALLAHURABBI !!! Tak terhitung ganjaran pahala disebalik itu. Sang Mutakhbir, aku dambaikan kematian sebegitu. 

Tapi, amalan diri masih lompang, bicara dan tutur kata masih kasar, hati masih ada bisikan syaitan..apa mungkin aku bisa menjadi roh yang dinanti???

Moga Allah sudi jadikan aku ahli syurga.
Moga Allah sudi jadikan aku bidadari syurga.
Moga Allah sudi menerima setiap amalan yang aku lakukan.
Moga Allah sudi ampunkan setiap dosa yang telah aku lakukan.
Moga Allah sudi jadikan sebaik-baik manusia di dunia untuk kedua ibabapaku.
walaupun aku tahu, akulah manusia yang paling banyk dosa, akulah manusia yang paling lalai, 

Allahurabbi, airmata tak nak berhentilah plak... ya allah ya allah ya allah, banyaknya kelemahan dan kekurangan aku..gagalnya aku sebagai seorang hmba. penuh dosa, sentiasa dalam kerugian.. malu ya allah.. malu hendak bergelar seorang manusia, sedangkan taklifan seorang hamba tergantung sia-sia. 

Ya ALLAH perbaikilah sahsiah aku, jadikan aku seorang muslimah yang sebenar2nya. didiklah aku menjadi seorang hamba yang patuh..aku mahu menjadi yang terbaik dan solehah disisiMU..

Doakan aku dalam kehidupan ini memberi makna pada diri dan agama. La haula wala quwwata illa billah. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Doakan semoga ALLAH sudi pandang diri yang lemah ini. dan untuk sahabat, aku sentiasa doakn juga untuk engkau dilapangkan ALLAH dalam setiap urusan. 

;')

Jangan penah lupakan doakan aku!! 

Khamis, 3 November 2016

"Dan apabila aku sakit, Engkaulah penyembuh."

Posted by Aya Sophia at 9:48 PTG
After long time, tak sempat nak upadate entry apa-apa. Right now, nak share one moment yg bg aku... I will never forget! 
Allahurabbi, nak start cmne ek.. Bagi aku, tahun 2016 ni a lot of memory yg bermaca-maca bukan macam-macam. Hahaha. Okey, skrg aku nak share firstime admit ward pastu kena operation plak. Dua benda yang aku tak pernah terpikir that will be happen in my life. Tak sangka langsung yang sakit perut setiap bulan tu ada sesuatu yang menjadi punca. Ingatkan masalah masuk angin or silap makan pedas.
Malam tu lepas isyak, memang direct terus pergi emergency Husm sebab sakit tu dah tak boleh nak tolerat dah dengan badan. Zon kuning, dalam around 12mlm doc scan dan xtray after 3jam, that times Doc dapat detect ketumbuhan tu. Seriusly sakit tu dah reda sbb Doc dah masukkan 250ml ubat tahan sakit. 2x after that macam kira okey sikit walaupun sakit tu still ada.
And Doc direct terus minta puasa sebab macam nak kena operation immediately. Dalam tahan sakit tu macam iya kan jelah. Sebab Doc bagitahu, walau macamana pun " awak mesti dibedah" because ketumbuhan (csyt) tu dah besar dan takut makin membesar and bg side effect pada ovary belah kanan. Jadi, walau cakap tak nak pun Doc dah buat keputusan. Hahaa takkan lah saya nak lawan cakap Doc plak.
Sumpah, hydrat gila sebab nak kena operation. Tak makan dan minum dari petang tu lagi. Last makan 6pm kt rumah. Dalam around kul11mlm boleh plak termuntah . Esok tu dalam pukul 3.30 ptg baru masuk OT.. And everything will be right. Smooth je operation tu, and alhmdulilah ovary belah kanan still function. Masuk hospital 30.10.16, operation 31.10.16 dan keluar hospital 1.11.2016... Kenangan betul.
So, lastly nak cakap..  Jagalah permakanan anda, anda mampu menjadi sihat. Dari apa yang Doc bagitahu benda ni setiap wanita ada cuma dari segi permakanan yang menentukan ia akan membesar dan membahayakan. Apa yang terjadi pada aku, di sebabkan pengambilan kolagen dan soya yg berlebihan.
Okay 2016, banyak sangat kenangan dengan hospital, bulan september 8hari kena ambik blood sebab denggi !!! 
Hopefully, 2017 dah tak de kenangan sebegini. Please be nice to me.  Doakan aku cepat sembuh dan sihat. Bila dapat ujian macam ni, barulah nak sedar sebenarnya nikmat Allah dah banyak dipersiakan. Dan yang paling kuat aku bisikkan, ada hikmah yang Allah berikan disebalik semua ini terjadi. Dengan nama Allah aku terima segala ujian yang tak seberapa ini dengan dada yang berlapang. Mksh ya Allah.

Rabu, 14 September 2016

10 Days

Posted by Aya Sophia at 9:18 PG

Genap 10 hari aku dah selamat landing kat Malaysia. Gembira tak. ??? Of course lah happy sebab dah selesai degree bachelor of syariah in usuluddin dekat Jordan. Walau lambat sikit dari my geng.. Erm' seriusly banyak hikmah yang aku dapat dalam tempoh 3 bulan ni. And finally dapat raya sama-sama dengan family. Walau hanya aidiadha. Eid Mubarak untuk awak yg sentiasa baca entry ni 💞

Dalam 3 bulan ni, urmm banyaklah juga benda yang berlaku. Banyak benda yang dah berubah. Mostly hati dan diri sendiri. Mungkin bila manusia melalui sesuatu kesakitan, dia akan berubah tanpa sedar. Tapi kalau kes aku ni, aku sedar je diri
😌😊

Doakan aku boleh? Tengah struggle nak cantekkan diri sendiri. Sebab dah fed up orang komen pasal diri. Diffrent between adik dengan kakak. Dyorg sgt cantek and flawless... Kakak pun xmengaku adik 😭😭😭 sebab hodoh sngt. Teruk trauma.
Haa haa. Tapi tak kisah sbb Allah jaga diri dari segi akhlak. Alhmdulilah 💃

Banyak benda nak update, tapi.... Tapiii... Sapa di sini je lah dulu. Orait.

Yg benar,
Nafas kekal di bumi serambi Mekah

Sabtu, 13 Ogos 2016

Buah hati

Posted by Aya Sophia at 6:20 PTG
Buat entry sebab rindu dekat budak debok ni. Aisshh tiap hari berdoa Allah permudahkan segala urusan. Takut tu tak pernah hilang. Mungkin bila dah offclly tu baru boleh kut nak rasa lega 100%... nak cepat-cepat balik malaysia takut buah hati ni dah berubah hati and dah tak kenal nanny dia  but i don't thinks so. Haifaa takkan lupakan ct ya dia kan?? Haha ayat back up.
Semua subjek dah turun markah dekat portal tapi ada satu lagi yang tak turun. Moga allah berikan yang baik-baik. Aishh rindu sangat dah dekat Malaysia. Tapi nak balik pun risau juga, berat badan tak turun-turun. Target nak berat 60kg dengan tinggi 164cm.. tu pon kira dah over weight sangat. Tak tahulah sempat tak nak deal dengan tarikh balik. Majlis haflah, tak simpan harapan pun. Tapi kalau ada rezeki nak sangat naik stage untuk ambik skroll. Ya allah takdirkan dengan sebaik-baik takdir untuk hambaMu yang hina dan naif ini.
Anyways, belanja gambar budak debokk ni. Kuat makan, bulu mata lentik macam nanny dia  *feeling sendiri jap. Haha. Haifaaaa ct ya tak sabar nk jumpa awakk.. cepatnya berlalu masa. 



Khamis, 4 Ogos 2016

Redha hati

Posted by Aya Sophia at 6:43 PG

Kekadang diam membisu tu, bisa merawat luka dihati.
Kekadang diam membisu tu, dapat menahan esakan dihujung mulut.Walau mata tidak berhenti mengalirkan airmata.
Sakit yang terasa di hati, lagi menyakitkan perasaan yang bersekumat didada.

Hanya satu ku pinta,
Allah engkau sentiasa ada.
Tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya.

*down lepas jawap exam. Airmata tak nak berhenti lagi ke??? Mata dah bengkak!! 😫😫😫 doakan Allah kuatkan Qistina untuk last paper hari sabtu ni. Sakit takleh jawap exam satu dah, sakit rindu dekat insan2; lagi lah sakit. Macam kena toreh2 je hati. Ct ya rindu haifa sangat2.. 😭😭😭😭 ma abah maafkan ya tak mampu berikan yang terbaik. Nak sangat call habis exam tapi emosi tak kuat. Tak pasal nangis masa cakap. Tak nakkkkk bg ma abah risau. 😔😔😔 Nak habis cepat2.. mohon Allah berikan kejayaan yang tertangguh ini. Tak mampu dah ya Allah. 😭😭😭

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea