Khamis, 10 September 2015

Rancangan Allah yang terbaik

Posted by Aya Sophia at 9:39 PG

Debar di hati Allah je yang tahu. Aku kuat kerna Allah yang menguatkan aku. Yap that right. Dalam hati aku bisikan pasti ada hikmahnya. Mekasih ya allah kerana engkau berikan ketenangan dalam hati saat aku menerima perkhabaran yang berat ini. Mekasih ya allah engkau hadirkan seseorg yang insha allah ikhlas membantu aku. Titisan airmata berubah menjadi deraian airmata disusuri tangisan yang dihujunnya. Allahurabbi. Kuatkan aku ya Allah. Moga di sebalik deraian airmata ini allah anugerahkan pelangi. Hati mohon tenang. Hati mohon bertabah. Janji allah pasti. Simpan Allah dalam hati. Gengam Allah seeratnya. Cerita hati wanita ini..

Sabtu, 29 Ogos 2015

Doakan aku

Posted by Aya Sophia at 10:58 PG

Hidup mati dan kisah hidup aku akan bertukar dalam seminggu ni. Bukan seminggu tapi mungkin semalaman ini.

Ya allah aku tak kuat. Mohon kuatkan aku.
Ya allah aku dah penat berjuang bersama deraian airmata. Izinkan aku untuk terukir senyuman terindah.
Ya allah aku semakin kelu dan resah. Mohon engkau damaikan hatiku.
Ya allah.. hanya engkau tempat aku memohon. Dengarlah rintihan luahan aku ini. Sambutlah rintihan ini, dengan doa yang mustajab.
Ya allah harapan itu ada tapi hanya tinggal secebis. Tapi izinkan aku untuk sujud dan terus berdoa..
Ya allah jangan engkau kecewa harapan ini.
Ya allah.. aku lemah longlai. Sambutlah aku dalam dakapan rahmat dan belas kasihanMu.

Moga engkau makbulkan doa dan harapan ini. Bukan untuk aku, tapi demi kedua ibubapa yg ku cintai dan sayangi. Demi allah ya rahman ya rahim hanya padaMu ku gantungkan sejuta harapan.

Rabu, 5 Ogos 2015

Kehidupan atas sebuah ukhhwah

Posted by Aya Sophia at 5:43 PG

Aku manusia ego. Yap dari kecik hingga besar, sering perkataan ego kedengaran. Tapi bila aku semakin pandai manage hati aku.. perkataan itu makin menghilang tapi sentiasa bergema dalam lubuk hati aku.


Yea aku mengaku aku ego.Yea aku ego untuk mengata sayang pada mereka.Yea aku ego untuk tunjukkan bertapa mereka berharga disisi aku.

Terima kasih untuk mereka yg aku merasa ada tautan hati dengan kemanisan ukhhwah fillah.
Terima kasih untuk mereka yg hadir macam chipsmore tapi kasih syg yg terasa mengalahkan gam gajah di kedai. Mekasih ya allah, di balik persahabatan yg bersifat keduniaan, engkau berikan dua tiga insan yg benar2 bersahabat keranaMu. Untuk kamu, yg sedang membaca entry ini, dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim aku sayang kalian kerana Lillahitaala. Moga sentiasa kuat selalu walau suatu hari nanti aku tidak berdiri disisi kalian. Yang pasti aku akan sentiasa doakan kalian. :')

Rabu, 8 April 2015

Ujian Allah

Posted by Aya Sophia at 3:13 PG

Diam sepi membawa diri,
Bukan tidak mahu meluah,
Tapi rasa ini ku hanya ingin berbagi denganNya.Senyum pahit.

Hati tak tenang. Luarannya nampak aku bertabah. Tapi hanya Dia yang tahu. Ku susun nafas ini. Ku pejamkan mata. Ku bisikan pada hati, ujian ini Allah mahu kuatkan engkau. Jangan di tahan airmata yang bertakung, hanya menambah derita di hati. Ku buka kalam Ilahi, menangis dan terus menangis hingga suara serak. Aku lemah, aku tak mampu. Hanya satu yang ku pinta takkala bertemu sua denga sahabat di alam maya " doakan kejayaan aku"... pada ma abah, aku tuturkan, "mohon doakan double triple special untuk diri ini, aku perlu doa kalian yang tak terhijab dengan Ilahi.

Kadangkala mereka yang tak terlihat di mata itu lebih ikhlas mendoakan, dari mereka yang di sisi tapi banyak sekadar boneka. Hadir disaat buntu, hadir di saat lemah, hadir disaat kesempitan. Ku kuis pasir dihujung kasut, semoga rasa dihati hilang seumpama pasir yg melekat di kasut. Semua ini hanya ujian dunia. Lap airmata, cekalkan hati. Ujian para anbiyya lagi dasyat apa yang aku alami. Ujian ulama lagi menakutkan dari aku. Senyumlah untuk sambut sebuah kekuatan. Kekuatan dari Ilahi. ❤❤❤

Selasa, 10 Mac 2015

Ahlen soifie

Posted by Aya Sophia at 10:19 PG

Pejam celik dah start angin panas menampar lembut dihujung lapisan kain nipis.

Hembusan nafas terasa menyesakkan dada. Tak susah untuk stress dan tak mudah untuk tidak stress. Tak sabar nak balik. Menghitung masalah diri, jauh dari Allah adalah asbab utama. Tolak bicara tentang hati dan jodoh. Sebab meluat tu tahap gaban dah. Moga Allah anugerahkan yg terbaik.

Isnin, 9 Februari 2015

Couting D day

Posted by Aya Sophia at 6:48 PG
Ya Rahman Ya Rahim... Alhamdulilah ala kulil hal.

Dia yang berkuasa di atas segalanya. Dan aku masih terpasak di bumi sahara ni untuk terus melangkah menamatkan larian ke titik akhir. Masa yang berbaki dah tak lama. I will back home soon, hanya Allah yang tahu rasa dalam hati ini. Ujian semakin memberat. Tapi aku tahu ujian itu Allah nak kuatkan aku. Semester last, semoga Allah permudahkan segalanya.


4 day per week.. waktu pengajian yang berbeza dengan universiti lain di bumi Jordan. Tak sabar nak meninggalkan bumi ini. Bukan kerana tak sayang tapi kerana hati ini makin rindukan ma abah. Serius, aku masih berteka teki mahu terus balik ke malaysia atau still until majlis konvokesyen. Tak tahu, mahu pilih yang mana. DOAkan yang terbaik!!!!


Makin nak habis, makin hangat soalan tentang jodoh. Senyum sorang bila ditanya soalan sebegitu. Serius hingga saat ini, aku sendiri tak pasti berjodohkan manusia atau berjodoh dengan maut. Bila imbaus kembali kenangan tahun satu, at the first year aku di sini... aku pernah bagitahu adik bilik.. " akak tak tahulah, akak sempat khawin atau tak".. at the times aku rasa jodoh aku dengan kematiaan. Tapi  haza min amri RABB.. aku tak tahu. Cuma kadang kala aku nak tahu, andai aku mati.. siapa yang betul-betul merasai kehilangan aku, sahabat yang mana akan datang di hari kematiaanku untuk memandikan jasad aku, teman mana yang akan menenangkan ibubapaku.. serius aku nak tahu. Tapi detik tu akan tiba, bila aku dah tak bernafas. Right ??


Mereka yang sama-sama berjuang dengan aku dalam menghabiskan pengajian yang berbaki sememangnya mereka benar-benar sahabat aku. Andai mereka sakit, aku akan turut merasa sakit. Andai mereka gembira, aku turut akan tersenyum. Andai mereka sedih, airmata ini akan turut mengalir. Kerana mereka sahabat aku, dan aku sangat menyayangi mereka. Thanks ya ALLAH, engkau kurniakan mereka kepadaku. Anugerah yang tak terjual dengan harta.





 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea