Rabu, 15 Jun 2016

Doa penguat hati

Posted by Aya Sophia at 10:35 PTG

Kalut serabai je dalam jiwa ni. Teruk betul awal Ramadhan lagu ni. Awatlah qistinaa. Teruk ke rasa down tu?? Qiss, qis ni baru hidup atas dunia. Tak berpindah alam satu lagi. Kalau dunia pun hang dah laut kelabu, akhirat sana macamane 😭😭😭

Rasa tak berapa nak cakap dengan orang. Duk sibuk baca kata-kata yang bagi semangat je. Senyum pun tak berapa manis. Allahurabbi teruknya rasa jiwa. Jiwa ni sakit. Sakit bila hati dan perasaan tak dapat bersepakat dalam menenangkan jiwa.

Aku pandang cermin, aku tengok diri aku. Nampaklah aura kesedihan. Aku tahu, tahap kesedihan ni aku kena kongsi dengan orang. Tapi aku tolak. Aku lekapkan senyuman palsu. Airmata aku tahan dari mengalir. Esakkan aku lenyapkan dengan gurauan yang entah apa-apa. Aku tak minta banyak. Doakan aku kuat. Aku takut, sumpah aku takut. Takut .

Tangisan tu pasti akan mengisi jadual harian. Aku tahu, Allah ada. Aku tahu, aku perlu doa, berdoa dan terus mendoa. Tanpa Allah, aku rasa aku dah rebah tersungkur dalam kegagalan. Tanpa doa dari ma abah, aku akan hilang arah. Tanpa al-Quran mungkin aku dah jadi tiga suku. Allahurabbi. Jaga imanku ya Allah. Jaga jiwaku ya Allah. Moga Allah permudahkan urusan aku.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea