Rabu, 20 Julai 2016

Teme Abdullah

Posted by Aya Sophia at 10:23 PG

Ni tweet yang dia up dekat twitter baru je. Masih panas 😅 macam pisang goreng 😌

Anyways apa yang aku nak cakap sebenarnya, apa yang terbuku sehari dua ni dalam hati ni cukup lengkap dengan sttus yg dia up. Apa yang aku lalui saat dan detik ini, sejujurnya aku makin mensyukuri tiap detik dan saat yang Allah berikan. Moga natijah nanti Allah berikan kegembiraan gantikan kedukaan lama. Moga Allah jadikan aku manusia yang tahu dan sedar diri. Moga Allah jadikan aku manusia yang sentiasa mensyukuri dan redha apa yang Allah takdirkan untukku.

Ahad, 17 Julai 2016

Dekat gaduh jauhh sayang

Posted by Aya Sophia at 5:32 PG

Aku betul-betul rindu kt umah. Sebenarnya rindu dekat adik aku. SUMPAH aku malu weh cakap macamni. Memanglah before ni, aku je yang selalu take care pasal dia. Dia tak nampak pun take care pasal aku. Tapi tiap kali aku ada masalah, dia selalu ada. Haaahaaa and mostly rahsia aku banyak yang dia tahu.

Accident masa pergi sekolah naik skuter, crash dengan kereta BMW, jatuh dekat longkang sekolah sebab nak short cut..
😂😂😂 cuma dia sorang je yang tahu. Cuma dia je yang tahu kenapa aku boleh deman dan tak boleh bawa skuter for couple day. Trauma lah jugak. Dia yang pergi hantar aku ke sekolah dengan kereta. Walau aku tahu dia xnak sebab sekolah betul-betul area bandar. Kena stuck dengan jammed. Benda yang paling dia tak suka.

Before ni biasa je hubungan aku dengan dia, yelah dekat almost two years tak balik malaysia. Then Ogos tahun lepas balik, acah-acah dah gradd.. hahaa sadis. Then hujung bulan mei baru ni kena datang semula dekat sini. Dekat dengan 9bulan kita always around for each other. Myb sebab setiap kali dia balik cuti, aku dengan dia yang kena bawa abah pergi hospital and klinik untuk temujanji. Myb semua ini buat kami makin rapat. And my sister ni sangat2lah adorable.Aku sayang gler kot dia.

Tahu tak apa yang paling sedih?

Event masa dia hantar aku kt Klia, parents and almost all sibling cuma hntar dekat airport Pc je, so dia decide nak datang Klia sbb dia study dekat Uitm Shah Alam. Flight aku jam 9.20 am hari ahad so pukul 6++am aku dah kena check in, nak selamat aku putus nak stay je kt Klia sbb flight aku dari kb sabtu malam. So aku still je bila sampai klia around 10pm. Tunggulah dia datang, and we still together stay up dekat airport. Firstime aku tidur dekat lantai airport dengan dia. Kesian jugaklah aku tengok dia. Tak selesa.

Part ending yang betul2 sedih masa we huge together dekat esclator nak turun tempat boarding tu. Dia start nangis dulu. Sumpah aku terkejut sangat. Kaget kut. Aku tahu dia sakit sangat masa nak pisah dengan aku. Aku pantang kut tengok orang nangis. Lagi-lagi orang yang aku sayang. Hahaaaa aku akan  nangis double triple lebih teruk dari orang tu. Mostly everyday aku msg dekat dia. Sweet sangat. Anyawy aku mampu bagitahu kt sini je, aku sayang ko mu!! Orait. All the best exam!!

Jumaat, 15 Julai 2016

Poison of freindship

Posted by Aya Sophia at 6:17 PTG

Entah berapa kali, taip pastu delete .. taip and delete. erm.. emosi tak stabil. Jiwa tak tenang. Otak serabut. Medula oblagata tenat. Cerebrum tengah tak dapat nak contct neuron. Neuron plak tengah zon merah. Penat dah nak nangis. Aishh qis, entah apa-apa. Aku kuat kalau hadapi masalah orang lain. Tapi aku lemah kalau nak deal dengan diri sendiri. Ya allah.. ya allah..

When i'm in the trouble, or something i think i could not solve the feeling, karakter random pun akan muncul. Meroyan tak cukup tanah. Nangis tak cukup baldi nak tadah. Aiggoooo qisssssssss!!!! Qistina right now under pressure.

Sebenarnya, semua ni ada ceritanya. Aku tak mampu nak berikan kemaafan. Mulut cakap je dah maafkan tapi hati aku tahu, aku tipu. Aku tak mampu nak maafkan dia. Aku tak mampu nak terima sikap dia. Before tu, aku nak ingatkan.. aku bukan jenis manusia yang payah nk maafkan orang. Aku bukan macam tu 😢😢😢. Aku jenis mudah maafkan orang, and kalau ada yang cari pasal i will make sure i'm the first be cool.. and i know punca sebenar benda ni terjadi bukan sebab solat terawih tu. Tu cuma asbab. Aku jarang salah tafsir. So aku rasa, ada sebab lain. Dan sebab lain tu banyak faktor.

Aku gaduh dengan adik junior yang aku paling rapat. Aku pun tak sangka Allah akan uji kami. Dia marah dan luahkan rasa tak puas hati bila bilangan yang pergi solat terawih tak ramai. Sebab terawih hanya sebulan setahun. Dan dia betul-betul tak puas hati. Bagi aku plak, benda macam ni kita tak boleh nak paksa. Satu sebab terawih hanya ibadat sunat. Kedua, hidayah tu milik Allah. Tiga, iman dan ketaqwaan setiap orang berbeza. Hatta student course agama sendiri tak mampu nak aplikasi apa yang dibelajar jadi bersyukurlah bila Allah berikan keringanan pada kita untuk kita tunaikan dan buat ibadat lebih daripada orang lain. Kita mampu nak seru dan ajak, tapi natijah atas diaorang sendiri. Allah sendiri siap turunkan ayat, tiada paksa dalam beragama. Habis explanation aku tu, aku terus baca al-Mulk and masuk tidur sebab malam tu emosi aku tak stabil. Asbab yang buat emosi aku kacau tu, aku ada buat entry before ni. Jamiah muhafazoh.

After that night, dia tak bercakap langsung. Pandang muka aku pun dia tak nak. Okey, aku still boleh procced. Satu bilik. Buat hal. Aku cuba memahami dia. Ok fine. Lepas dua tiga hari aku cuba cakap dengan dia. Tapi dia mengelak. Aku cool down. Tapi bila dah selalu kita yang mengalah tapi dia still tak de move on what i can say... so boleh bayang tak, dalam bilik. Aku and dia. Silents 24 hours. Dan dalam bulan puasa. Awal ramdhan. Berendam airmata tiap-tiap malam. Bila aku dah move on, dia plak yang acah-acah nak baik. Tapi aku tahu, dia bukan 100% nak cover balik. And aku tahu, semua ni bukan sebab terawih tu sebenarnya. Tapi sebab ada dua benda yang aku confess dia. Aku confess tu dua tiga hari before kejadian ni. Aku confess kelemahan aku. First pasal study, reason kenapa aku terpaksa datang sini kembali dan tak ramai yg tahu sebab sebenar. . Second, pasal status hubungan aku dengan seorang Ustaz yang penuh kontroversi dekat Malaysia. Status sebagai "Adik Ipar".. so conclusion aku, benda ini yang buatkan jurang hubung aku dan dia makin worst. Bukan sebab aku, tapi dia. Betullah orang cakap, sahabat dan kawan tak semua boleh terima buruk kita. Bersyukurlah kalau ko jumpa yang boleh terima engkau seadanya. And alhmdulilah, walau dia yang paling rapat dengan aku, bila jadi macam ni Allah gantikan dengan yang lain. Aku tak bersedirian. Bersyukur sangat dekat Allah.

Around10 hari  tak bercakap, aku pindah bilik. Sebab aku dah tak kuat nak pulihkan ukhwwah ni. Nabi pesan paling lama tak bertegur tiga hari je. Ni dah lebih. Before aku jadi makin lemah baik aku keluar. Aku datang sini semula bukan nak cari gaduh, aku datang nak habiskan pengajian aku. Nak capai impian dan harapan ma abah. Dan aku tak nak semua ini tergangu disebabkan small matter. Aku dah dewasa. Kalau aku tak mampu nak kuasai keadaan, aku tak boleh biarkan keadaan kuasai aku.

Satu syawal dapat whtpss dari dia, minta maafkan segala pertelingkahan semua ini. Senang gila dia minta maaf macamtu. Sumpah sampai sekarang aku tak reply. Aku bukan nak ego tapi dia yang ego dan buatkan aku jadi macam ini... bilik kami hanya selang satu bilik. Dia junior kut. Dia tahu dia salah, kenapa dia tak minta kemaafan dengan sebenar2nya. Face to face.Aku betul-betul ikhlas nak maafkan dia tapi apa perasaan engkau, dia minta maaf dengan engkau, tapi bila berhadapan depan-depan dia pura-pura tak nampak kewujudan engkau. Apa yang engkau rasa. Persahabatan selama ini hancur sebab ego. Aku pedih and sakit kut. Aku tak pernah layan orang macam ni. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭 aku tak kuat dah. Orang yang paling aku sayang buat macam tu dekat aku. Berselisihan jalan tapi berpura-pura tak nampak. Makan setalam, tidur sebantal, solat berjemaah. Bff kut tertiba jadi stranges. Seriusly, i'm sick for this all. Allah.. allah.. aku sedih sangat2. 😭😭😭😭 aku tak tahu nak reply apa, selagi whtpss dia aku tak reply selagi tulah dada aku sesak. Hati aku terbeban. Semua orang dekat sekeliling pun pelik. Tapi aku tahu, diaorang takkan tanya sebab dia dah biasa buat macamtu dekat junior2 yang lain. Jadi myb junior2 boleh agak apa yg terjadi dekat kitaorang lagi-lagi bila aku pindah bilik. Cover dengan alasan alasan yang tak munasabah. Diaorang pun buat macam biasa. Peritnya.

Rupanya, mudah je kita nak buat orang sayangkan kita. Tapi sukar gila nk buat orang yang sayangkan kita terus sayangkan kita. Aku tak tahu apa yang patut aku reply. Bagi aku, aku dah anggap dia macam adik aku. Tapi entahlah. Aku boleh maafkan sikap dia, tapi aku tahu pandangan dia pada aku dah berubah. Yang paling menyedihkan hati, dia dah berubah. Dia berukhwah bukan kerana Lillahi taala tapi kerana nama, kejayaan dan duniawi. So aku give up. Aku tak mampu buatkan orang yang aku sayang still dalam life aku. Kalau orang tak nak, kita tak mampu halang. Chill. Keep faith in Allah. Allah tahu apa yang terbaik. Doakan aku. Atleast aku dah lepaskan beban aku kat sini. Dan aku tahu, ada benda lagi yang belum settel. Aku akan reply whtpss dia. Moga aku tak termasuk manusia yang susah maafkan manusia yang lain. Doakan aku.

And nak ucap, selamat hari raya aidilfitri. Thnks sbb selalu baca entry aku yang entah apa-apa. And thnks sbb selalu jadi silents reader. Aku hargai :')

Selasa, 12 Julai 2016

Imtihan takmili

Posted by Aya Sophia at 2:19 PG

Hari ini exam takmili. Exam ulangan. Subjek Doc Imad salah satu subjek yang aku ambik soifi (musim panas). Sepanjang aku ambik subjek dengan Doctor, Doc memang akan adakan exam takmili sebab Doc bukan jenis yang mudah-mudah tambah markah. And alhmdulilah soalan Doc tadi lebih kurang je. Lepas hantar kertas jawapan tadi, tertiba emosi swing. Sebab migran makin teruk. Siap nangis lagi. Ya allah, Allah je tahu bertapa cuaknya aku takut Doc pandang. Yelah takut Doc ingat tak dapat jawap ke budak ni. Terketar-ketar tangan tahan sakit. Ni pun still tegang rasa leher. Tengah stabilkan diri, jap lagi ada satu kelas. Last class for today, esok exam lagi. So please wish me the best.

Before exam tadi ada call ma abah. Bagitahu abah, hajat di hati nak korban tahun ni. Sempatlah kan balik. Tiket 5/9.. before raya Aidiladha. Alahai qis, dah besar dah. Siap boleh korban dengan duit gaji sendiri. Sebenarnya dalam kelas tadi, terpikirkan mati sebab effect migran ni. Last dah makan soup mushroom 3 in 1.. rasa macam nak terkeluar biji mata mungkin sebab tekanan area kepala. Teruk mana migran before ni tak pernah nak mengadu dekat ma, tapi boleh plak tercakap td. Rasa macam nak hantuk je kepala bagi hilang rasa sakit tu. sorry mum. Nak deman semua bercampur. Mata dah bengakk. Sat lagi nk gerak p kelas dah. Ya allah.. ujian ujian soifie. Migran dengan soifi memang tak boleh di pisahkan. Bertabahlah qis. Bertabah untuk hari ini. Dan bertabah untuk exam esok.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea