Rabu, 30 Julai 2014

Travelog Raya Aidilfitri

Posted by Aya Sophia at 3:38 PTG
Tak tahu nak cakap.. "Nak nangis pun tak kena, tak nangis pun tak kena."

:')

Senyum penuh dengan kepalsuan. Sedih beraya aidilfitri pertama kali tanpa family. Tanpa rendang buatan ma. Tanpa ada salam kemaafan dari ayah bonda. Kemeriahan hari raya tapi exam bakal menanti hari raya ke-6 dan ke-7...Gelak sorang-sorang hari last ramadan sambil baca nota untuk exam. Kemudian duk meroyan dengan bff *bestfreindforever.


29Ramadhan, Jam 10.30 am waktu Jordan
Abah  selamat buat pembedahan mata. Tukar manic mata, disebabkan penyakit kencing manis.
2hari before abah operation, aku call abah tapi sis dari egpyt yang angkat fon... kantoi abah nak operation 27Julai.. Kalau akak tak bagitahu confirm ak tak tahu. Mungkin lepas ak tahu dari sis, abah serba salah nak cakap dengan aku. Allahurabbi, Allah je kan tahu sedih dan peritnya hati. Menangis tak berlagu. Hingga ke saat ini, ak tak ada kesempatan lagi nak cakap dengan abah. Hari raya memang ak ada call ma dari sini. Tapi abah 3..4 kali ak call tpi tak berangkat. Yap hingga saat ni, tak ada salam kemaafan ku pinta dari abah. Mungkin salah ak, jenis tabah tak kena cara. Ak tak boleh nak bercakap dengan abah, time dia sakit.. Menangis dan meraunglah jawapnya. Cukup ak update khabar abah dari adik dan kakak.

Pejam celik, ade baki 3 hari lagi before ak exam dua paper 3 dan 4hb ogos nie, mohon Allah anugerahkan kecemerlang dan kemudahan untuk ak menghafal dan membaca.

Travelog raya aku tahun nie 2014

Malam raya pergi takbir raya di rumah persatuan.
Pagi raya, masak ketupat palas. Beraya rumah akak senior.
Malam raya pertama pergi rumah persatuan. Aturcara Program Aidilfitri.
Hari raya kedua, buat openhouse ala kadar..Masak nasi ayam.
Hari raya ketiga, jemputan dua tiga buah rumah. Tak larat nak makan rasa.

Nie last raya sebagai anak perantauaan. Serius ak tak sanggup dah nak jauh dari ma abah.
Ramadan dan Aidilfitri tanpa makna buat aku... Moga Allah maafkan salah silap aku.

Ahad, 20 Julai 2014

Tangisan Ramadan

Posted by Aya Sophia at 7:58 PTG
Semalam selesai satu paper untuk exam final. Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti lepas selesai exam, mengatur langkah keluar dari dewan dengan tangisan. Tangisan yang benar-benar buat diri terduduk. Soalan doctor serius tahap budak master, kena jawap plak dengan komputer. Satu soalan 30 saat. 50 markah dengan 33 soalan.Meroyan sorang diri. Pasang earphone jalan macam orang dah putus harapan. Imtihan awal dengan midterm serta campur markah kehadiran 41/50.. Jadi serius hati tak tahu, daripada 33soalan untuk final tu berapa je betul..Mohon sesiapa yang baik hati tolong tembakkan doa. Nak skor madah tu dengan markah 85 keatas%.





*Sambil jalan heret kaki dengan jiwa kacau terpasang lagu kumpulan Mestica (rahmat ujian) dan Firdaus (putaran kehidupan) makin melayang jiwa.Tu cerita lepas habis jawap, ala kulihal ku serahkan segalanya pada Allah. Pada Dia ku sandarkan. PadaNya ku serahkan natijahnya. Semoga Allah sudi menganugerahkan kejayaan untuk diri yang penuh khilaf ini.Maybe not today, maybe tomorrow but one day you will thanks to Allah for every problem, ujian, mehnah and tribulasi yang dihadapi.  Allah bukannya berikan apa yang kita nak tapi Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.. Oke, Allah knows the truth about you and has chosen you to be a Muslim in spite of it. That is reason to be happy today, tomorrow and the next day!!Semoga terus berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah. Semoga dapat persembahkan amalan yang tidak sia-sia dihadapan ya Rabbul Izzati kelak.Jangan pernah rasa putus asa. Dunia di tangan, akhirat di hati.

     Fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah.


Selasa, 1 Julai 2014

Program khirijin Aksjo

Posted by Aya Sophia at 4:32 PTG
19Jun 2014
10.30-11.30 Malam

Bibir tersenyum tapi hati yang bergunda gulana hanya Allah yang tahu. Mendengar taujihat dari dia wakil dari pihak syabab untuk kiteorang adik-adik aksjo yang masih akan terus terdampar di lapangan padang sahara ini. Dia... yup dia, senior sekolej sewaktu diploma yang paling banyak aku rujuk..hatta malam dua tiga hari sebelum exam aku akan cari dia untuk minta dia terjemaahkan atau syarahkan apa yang aku tak faham. Dan serius dia akan usaha untuk membantu aku. Dan disebabkan penempatan yang aku tinggal disini, kebanyakkan syabab dan mutazawwij yang tinggal, dia yang menjadi sasaran aku untuk dijadikan muraqib. Selain dia, presiden yang selalu menjadi mangsa..kebetulan tinggal berdekatan dengan penempatan aku.

Hati beralun, lepas nie memang susah dah lah nak pergi program Ilmiah anjuran persatuan..Sejujurnya, aku susah nak selesa dengan yang berlawanan jantina. Kalau aku boleh lakukan sendiri, aku akan buat sendiri. Tapi kalau bab muraqib ni memang aku tak beranilah nak buat kepala sendiri. Susah nak ketemu orang yang betul-betul sanggup tolong muraqibkan.Lagipun komunikasi antara aku dengan dia, hanya berbicara yang perlu saja.

Setiap kali nak minta muraqib ku layangkan sekeping whtpps, "Ust, ana nak minta muraqib dari rumah ke Bp".. Dia akan reply " Ok, ana tnggu kt bawah" dan aku akan reply " Jap, 2min".

Sebenarmya motif aku tulis semua nie, aku sedih sebab akan kehilangan muraqib. Teringat kata-kata housemate aku waktu tu dia tak ada di mantiqah dan aku sedih sebab tak dapat nak pergi program. Housemate aku tawarkan untuk telefon muraqib lain tapi aku pun cakap "k.qis tak retilah (xpandai) nak muraqib dengan syabab lain." Serius aku tak reti..Housemate aku reply "k.qis kena belajar muraqib dengan orang lain."Kata-kata housemate aku tu ada benarnya. *senyum pahit*

Dan satu masalah dengan perangai aku, kalau aku hanya pernah berurusan dengan syabab tu.. hanya syabab tu lah yang hanya aku pandai minta tolong. Sikap aku kut yang tak berapa pandai nak bertaumul dengan syabab. Jika di check pun num fon syabab dalam hanset ni tak ramai..tak lebih dari 5 orang. Itu pun atas alasan muraqib dan urusan persatuan., kelakar. Dalam sedar tak sedar, dia banyak taburkan jasa pada aku. Tapi presiden pun banyak juga bantu dalam bab muraqib. Malam exam teman pergi hospital bagai. Lepas pada fasal soifie nie aku tak tahu siapa yang bakal aku cari untuk muraqibkan ke program-program ilmiah., dia memang sah-sah dah balik waktu tu. Presiden plak, dia pasti makin sibuk dengan persatuan dan bukan hak dialah nak sentiasa boleh muraqibkan aku lebih-lebih lagi lepas jadi satu kes tu. Argghh... Nak muraqib tetap boleh tak?????? Bukan setakat rumah persatuan boleh pergi, rumah ALLAH s.w.t pun aku boleh jejak kalau ada muraqib tetap.

Namun, hidup perlu diteruskan bab kata Juniza. =')

Ini salah satu ceritahidup.
Langit pantai aqabah menjadi saksi pertemuan kita semua. Padang pasir Mafraq menjadi asbab kita bersama.
Moga kita semua mampu jadi permata di balik permata yg menyinar. Saling mendoakan. 

Ala kulihal, semoga khirijin lulusan Aksjo menjadi pencetus dan penyebar ilmu untuk ummah di Malaysia nanti. Terhanyut sebentar, bagaimana perasaan bila bergelar khirijin nanti.. Adakah akan tersenyum kepuasaan dihujung bibir ini di hari berjubah? Adakah penuh ilmu didada untuk dikongsingkan dengan masyarakat kelak? Adakah amanah sebagai pelajar agama ini mampu ku laksnakan...Semua itu buatkan aku nak pitam memikirkan jawapanya. Yang pasti, selagi Allah berikan nyawa untuk bernafas, selagi itu ada peluang yang mampu kita rai dan rebut!!!! Teruskan berjalan wahai musafir ilmu. Perhentian ini masih jauh, semoga keberkatan Ilahi sentiasa terselit.

Alumni.Siswazah.Kias.Satu.Jordan>memori ASKJO<


Mencari ilmu di alam maya

Posted by Aya Sophia at 4:13 PTG
Alhamdulilah..Alhamdulilah. Masuk hari ke-4 berpuasa dibulan penuh keberkatan ni. Tipu kalau diri cakap tak teruji dengan keadaan dan suasanan. Berpuasa 16 jam di bawah panas suhu 41darjah celsiuc dengan kudrat sebagai "tolibul ilmi" (penuntut ilmu). *tunduk pandang bumi je* setiap kali nak terzahir perkataan "penat" dihujung bibir, segera hati menahan khuatir nanti pahala puasa berkurang~ Terasa lucu dan kelakar, Allahurabbi...lemahnya iman aku sebagai seorang hamba. Jika nak dibandingkan suasana zaman Rasulullah s.a.w sememangnya aku tak layan untuk dinobatkan hidup dizaman sahabat, tabien dan tabi tabien.Mengali ilmu di musin soifie nie atau maksudnya di musim panas memang menguji keihklasan dan membentuk ketakwaan. Semoga hasilnya melahirkan saksiah peribadi seorang mujahidah yang memberi manfaat.

Ahad lepas last paper exam untuk imtihan awal. Dan hari isnin, keseluruhan markah untuk exam imtihan awal dah dapat. Antara 3 subjek hanya satu subjek yang boleh buat aku bernafas. Yang dua subjek lagi, aku pun buntu dan bingung. Mungkin ini ujian Allah. Kefahaman lebih penting pada aku.Semoga Allah memberikan kefahaman yang lebih dan kemudahan dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu di perantauan lebih-lebih lagi di bumi anbiya, satu je kekurangan yang aku rasa memegang gender "akhwat", kesempatan untuk bertalaqi dengan syeikh-syeikh. Serius perkara itu buat aku jealous petala langit ketujuh dengan golongan "syabab". Bagi aku, syabab yang tak merebut peluang nie adalah syabab yang looser. Rugi dan rugi yang amat sangat... Kalau diasimilasikan dengan perniagaan, syarikat itu mengalami kerugiaan yang berlipat ganda. Memohon kemaafan seandai bicara ni berbau keangkuhan. Tapi pesanku, gunakan masa yang ada untuk mengaut ilmu yang ada pada mereka (ulama-ulama). Mereka tak akan hidup lama, bakal meninggalkan kita..Dan harta benda tak akan kekal didunia ini hingga ke akhirat. Tapi ilmu yang bermanfaat akan berkekalan dan mampu menolong kita untuk masuk ke syurga ALLAH wabiiznillah.

Apa kaitan tajuk dengan entry pun tak tahu, berkait atau tidak *ambil buku tutup muka*. Tapi kat sini nak bagitahu alam maya adalah salah satu medium ilmu yang mampu aku cerobohi dan mengutip sebanyak mungkin permata ilmu yang bermanfaat tetapi awas, jangan di hadam sebulat-bulatnya, kerana ilmu yang berkaitan agama, hukum dan akidah kita perlu kepada guru yang khusus. Jangan berguru di alam maya sahaja, bahaya. 

                         =Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih=


*Pesan pada da'ei, kutiplah seribu jenis ilmu yang mampu kita fahami..kerna ma'duie kita bukan sejenis sahaja. Semoga da'ei-dai'e Islam mampu menyebarkan manfaat untuk kebaikan seluruh ummah. Doakan kejayaan empunya diri blog ni..semoga Allah anugerahkan kejayaan yang bermanfaat untuk orang lain.


#Ramadhan bulan pengampunan. Bulan untuk pendosa berusaha mohon pengampunan. Bulan yang mengajar tentang kehambaan antara hambanya dengan penciptaNya #Road to imtihan sani##Selamat menunaikan ibadat dibulan Ramadhan Mubarak#
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea