Khamis, 11 April 2013

Tentang Dia

Posted by Aya Sophia at 1:09 PTG
Adam dan Hawa pernah terpisah lama. Tetapi mereka bertemu kembali. Kerana apa? kerana dengan izin Allah. kalau ada jodoh tak kemana ^^"

Diam seribu bahasa, hati bertanya "Qistina sampai bile mahu memendam rasa"?
Jika ditanya tentang siapa pemilik hati ini, alhmdulilah sejak azali lagi ia sudah berpunya tiada yang mengetahui kecuali DIA. Hati ini milik Ilahi, hanya menunggu masa untuk diserahkan pada empunya makhluk yang halal disisi syarak.
Renunglah wahai diri,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah sesali,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Tuhan ingin sekali menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati…
Renunglah wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Adakah dengan molekul cinta ILLAHI,
Serta dengan redha illahi?
Renunglah wahai nafsu,
Tarbiahkan pada agama yang tertinggi,
Agar dapat menuju ke syurga akhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi…

Ahad, 7 April 2013

Mengejar CintaMU

Posted by Aya Sophia at 9:55 PG

Berderau jantungnya. Air mata bergenang, mengalir perlahan.Menyusuri pipi yang sudah lama tidak dibasahi tangisan rindu kepada Tuhan.Ku berlari mengejar cinta Ilahi.

Sebuah bingkai cinta yang berlagu,
Akan ku warnakan dengan kasih beribu..
"Ya'Allah bantulah aku untuk terus kuat dijalan Mu.."

****
 


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku"

"Tha Haa."

"Tidaklah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan."

"Melainkan hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah."

("Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi."

"Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy."

"Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi."

"Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi."

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."


****

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras.."

"Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya.."

"Ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.."

"Dan Allah tiadalah lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.."
                                                                                                                                          Al-baqarah 74


 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea