Sabtu, 26 Mac 2016

Sahabat sepi 3 bulan

Posted by Aya Sophia at 9:49 PG

Tiga bulan dah berlalu.
Tiga bulan menjadi pendidik.
Tiga bulan 1001 rasa aku lalui.
Tiga bulan aku cuba buat yang terbaik.
Tiga bulan aku cuba menjadi kuat.

Ya allah.. ya allah. Terima kasih atas segala kekuatan, keberanian, kemudahan, dan segalanya yang engkau berikan.

Di sana, sebuah tempat yang terasing.. sebuah tempat yang aku bergelumang sesuaikan diri. Sebuah tempat aku cuba berdiri teguh walau sering goyang, sebuah tempat yang aku cuba mengenali hati budi manusia yang pelbagai.. perit, marah, sakit, lelah.. aku simpan sendiri.

Aku tahu, dalam aku terkapai-kapai.. dia ada memerhati dari jauh. Dia memberi kata positif. Dia yang sentiasa tersenyum saat berpapasan dengan aku. Walau aku sering tertunduk malu, dia pasti hadiahkan sebuah senyuman.

Serius, senyuman dia menguatkan aku.
Senyuman dia buat hati aku terubat setiap kali terguris dengan insan lain. Senyuman dia menghilangkan lelah penat aku. Dan senyuman dia buat aku hilang arah. Senyuman dia buat aku gugup. Aku tahu senyuman dia ikhlas dari hati. Maaf andai senyuman itu aku tak pernah balas, bukan kerana sombong tapi sumpah, aku tak mampu ukirkan senyuman pada selain dari jantina. Terlalu kaku dan bukan kebiasan.

Ala kulihal, jzkllahkhoiran jzk sahabat. Syukran ala kulihal. Semoga dipermudahkan segalanya. Ku ukir namamu di sini, bukti bertapa aku menyenangi kehadiran dan pertemuan ini. Hingga takdir allah menentukan pertemuan akan datang, semoga baik2 selalu di alam kerja yang baru. Ali safwan.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea