Sabtu, 11 Jun 2016

Hikmah

Posted by Aya Sophia at 4:06 PTG

Segala macam benda yang Tuhan dah aturkan untuk kita kadang bertahun baru nampak hikmah disebalik yang berlaku *senyum lap airmata*

Kita memang biasa dengar ayat ‘kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan ’ tapi ada tak kita betul-betul faham dan merasai ayat tu?

Tanya hati sendiri. Semak diri sendiri.

Bila Allah tidak beri, bukan bermakna Allah benci. Tapi mungkin ada sesuatu hal yang Allah mahu kita mengerti. Mungkin perkara yang kita idamkan itu bukan perkara yang terbaik untuk kita. Mungkin perkara yang kita impikan itu akan Allah ganti dengan 10 kali ganda yang lebih baik atau mungkin sebernarnya kita tidak memerlukan langsung perkara yang kita idam-idamkan itu

Belajar untuk bersabar. Belajar untuk redha. Belajar untuk sentiasa memandang dari sisi yang baik. Belajar untuk menghargai apa yang diberi. Belajar untuk menyukai apa yang dah ditakdirkan. Dan aku, sampai hari ini masih lagi belajar semua itu.

Ada beberapa pengalaman dalam hidup kita ini pada mulanya kita sangka buruk tetapi setelah sampai kepada penghujungnya barulah kita mengerti bahawa awal yang buruk itu adalah pengakhiran yang baik. Keep being positive. Trust in Allah.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea