Isnin, 30 Mei 2016

Bagitahulah kebenaran walaupun sukar

Posted by Aya Sophia at 11:32 PG

Alhamdulilah berlalu satu tahap yang mana kehidupan aku di uji. Dan aku berteleku disini. Percaya tentang hikmah di sebalik perjalanan yang Allah telah aturkan. Perpisahan itu hadir sekali lagi. Menebak rasa di hati. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dan di jauhkan dari perkara-perkara yang laghah dan lalai.

;')

Berada di bumi syam sekali lagi seumpama mimpi. Allah anugerahkan satu lagi peluang. Peluang yang harus aku tunaikan sebaik mungkin. Peluang amanah yang benar-benar besar. Lantas aku cuba sedaya berdiri kuat dan tabah. Doakan musafir ilmu yg singkat ini membuahkan natijah dan kejayaan yang semua orang impinkan.

Siapapun awak yang sentiasa dan setia membaca entry ni, sudi tak tolong doakan saya!!!! 😭😭😭😭 apapun yang terjadi, moga allah sentiasa permudahkan jalan-jalan yang berliku ini.

Ahad, 15 Mei 2016

Take a deep breath

Posted by Aya Sophia at 6:18 PG
alhamdulilah..alhamdulilah allah permudahkan segalanya. Tak sampai 7 HARI lagi, bakal tinggalkan Malaysia buat kali-3 ..if you ask me how my feeling..seriusly i dont know but i know it's so and very-very teribble *nak nangis tak cukup tisu* sedih*sedih* .. online guna notebook malam ni sebab nak sediakan surat permohonan cuti pada sekolah. Harap sekolah akan terima surat ni. Bukan sebab apa, sebab aku betul-betul sayang dan kasih kat depa budak-budak kelas yang aku jaga . hatta depa lah buat darah aku naik, depa lah buat aku menjerit nyaring.. allahurabbi serius hilang dah suara lembut aku. hahaha *nak nangis lagi .. seriusly i will mising that guysssssssss and beauty gegurlzz. sumpah saat ni, aku belum bagitahu lagi dyorg yang aku akan fly. dyorg tengah exam sekarang, so aku fikir better postponed dlu. hari last dyorg exam insha allah aku akan bagitahu. For surelah budak-budak kelas lain pun akan tanya "ustazah Qistina mana" .....let everything will be suspicious.hahaha *gelak jahat*

tolong doakaan aku.. boleh? doakan aku dipermudahkan segala urusan. doakan Allah kuatkan kaki dan hati aku sewaktu aku melangkah keluar dari rumah. doakan aku tabah dan sabar ketika terbang pergi meninggalkan malaysia.. *rasa sebak semacam je* ya allah qistina, tak ramai allah beri ujian sebegini, jng down..buat yang terbaik. allah dah makbulkan semua doa yang ko nak.

ok, now take a deep breath and lepaskan... lepas sekali dengan beban di hati. semua ni bukannya sepanjang life cuma dalam tempoh ni je. bertahan k!!! bertahan demi yang Esa. moga Allah permudahkan permusafiran sendirian kali ni. anyways thanks a lot for bunch of family yang sangat-sangat support aku.hahaha terharu.sumpah serius.

ok fullstop sini. untuk engkau yang tak jemu-jemu baca omelan aku thnks, aku hargai. sebab ko dh bazirkan masa ko. :)

doakan aku k dalam doa ko.

Selasa, 3 Mei 2016

Satu sunnah satu hari

Posted by Aya Sophia at 4:45 PTG

Lepas solat subuh td lepak dengan ma tengok tazkirah subuh di tv9. Topik tentang kematian. Tapi in the end of tazkirah, mC ada berikan satu tip Satu Sunnah Satu Hari untuk penonton amalkan. Seriuslly speechless sebab teringat masa study Jordan bila bulan Ramadhan kitaorang akan isikan Satu Hari Satu Juz. OK. Back to story, mC bagithulah.. amalan sunnah untuk hari ini adalah "memberi salam".  :)

Nak cerita masa di Jordan sumpah akan rasa sombong sangat jika ada berpapasan sesama student atau lecture tanpa beri salam. Tapi bagi salam hanya sesama genderlah student. Kalau duktur atau dukturah tak kiralah sebab kita letakkan rasa hormat. Hatta pergi balad pun tanpa segan silu mesti berikan salam dahulu bila masuk satu-satu kedai.  Bila masuk alam pekerjaan, perangai tu masih terbawa-bawa.
😂😂😂😂 tak pelik pun bila anak murid bagi salam, automatik akan terus jawap sebab dah terbiasa. Masa awal- awal mengajar sekolah bila terserempak dengan ketua penyelaras automatik bagi salam, tapikan ketua penyelaras tu plak pandang semacam je 😭😭😭 ... haha rasa macam nak hantuk je kepala dekat dinding. "Salah ke bagi salam" 😥😥😥.

Lepas pada tu hanya pandai tundukkan pandangan je kalau berselisih. Rupanya selama 25 tahun ni Allah jaga dan tarbiyyah hidup dalam suasana mengamalkan sunnah. Bila 25 tahun baru betul-betul hargai. Totally loser 😌 Aaayook Qistina barulah sedar, susah juga nk hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dan barulah nak sedar, dah lama sangat-sangat Baginda tinggalkan umat Islam 😥😥😢😢, hingga umat Islam perlu di ingatkan dan diterapkan dengan kempen sunnah Baginda. Untuk bolehkan sunnah Baginda kembali menghiasi umat Islam hari ni. Jom cuba hidupkan semula sunnah Nabi. Mungkin perkara ni nampak kecil, tapi kita tak tahu mungkin ini asbab sekecil-kecil untuk kita dekat dengan Syurga.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea