Isnin, 30 Mei 2016

Bagitahulah kebenaran walaupun sukar

Posted by Aya Sophia at 11:32 PG

Alhamdulilah berlalu satu tahap yang mana kehidupan aku di uji. Dan aku berteleku disini. Percaya tentang hikmah di sebalik perjalanan yang Allah telah aturkan. Perpisahan itu hadir sekali lagi. Menebak rasa di hati. Moga Allah permudahkan segala urusan aku dan di jauhkan dari perkara-perkara yang laghah dan lalai.

;')

Berada di bumi syam sekali lagi seumpama mimpi. Allah anugerahkan satu lagi peluang. Peluang yang harus aku tunaikan sebaik mungkin. Peluang amanah yang benar-benar besar. Lantas aku cuba sedaya berdiri kuat dan tabah. Doakan musafir ilmu yg singkat ini membuahkan natijah dan kejayaan yang semua orang impinkan.

Siapapun awak yang sentiasa dan setia membaca entry ni, sudi tak tolong doakan saya!!!! 😭😭😭😭 apapun yang terjadi, moga allah sentiasa permudahkan jalan-jalan yang berliku ini.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea