Sabtu, 28 Disember 2013

For me family much important than wealth & privilege

Posted by Aya Sophia at 3:57 PTG
"Sometimes, siblings can be very annoying but at the end of the day, you will know how bless you are to have a brother and sister in your life."

                                  

Saat ini, detik ini..ruh bagaikan mahu bersatu bersama mereka. Melayari kehidupan sebagai anak perantauan, jauh dari keluarga, abang, kakak serta adik kadang-kala rasa homesick tu datang dan pergi.NAMUN, jauh di sudut hati sentiasa mengharapakan kesejahteraan mereka.

Miss home deeply..
.Allahurabbi semoga semuanya dalam lipatan takdir Ilahi.

Semalam mimpi pasal abg, hari nie sebelum keluar pergi exam dalam message whtpps group family abang patah tangan..Tersentap.Terasa mahu terbang pulang.Dia lah satu-satu abang yang ku ada selepas arwah abng lie pergi.Genap 15 tahun kenangan pahit itu. Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.









#Bagiku keluarga itu adalah anugerah yang Maha Esa yang tidak mampu di beli dengan wang ringgit, kasih sayang itu sangat mahal dan aku tersangat mensyukuri dianugerahkan keluarga yang terdidik di atas syahadahtul haq yang satu serta didikan agama dari ma abah serta tarbiyyah itu menjadikan siapa ak sekarang#Menghitung waktu dan detik untuk kembali bersatu bersama mereka :')

Jumaat, 20 Disember 2013

We are besties right??

Posted by Aya Sophia at 2:26 PTG









You said you have no friend to talk to.
please dont feel that way.

Berkawanlah.
tak dapat kawan susah senang, dapat kawan senang pon jadilah.
at least ada kawan ;)

“Friends are the family you choose.” ― Jess C. Scott, The Other Side of Life

*Miss.u.all.deep*
(YAM.AINA.MALIN)

~Sanah helwah malin 19 Dis 2013, sorry xdapat nak msg untuk wish..Semoga dipermudahkan oleh Allah dalam semua urusan~


Pilihan Raya Kampus

Posted by Aya Sophia at 1:27 PTG
Sehangat pilihanraya kampus di bumi anbiya ini mengingatkan kenangan aku dahulu di kampus Kias. Pernah dicalonkan dalam kerusi AMT (kerusi Bendahari) selepas setahun memegang taklifan Exco Lajnah Ekonomi & Kepenggunaan.





Pertama kali mendapat taklifan itu sewaktu usia pengajian ak setahun menyebabkan diri ini terkaku lemah, Allahurabbi ujian apakah ini?? Tangisan demi tangisan ak lepaskan. Bukan air mata gembira yg berlinangan, akan tetapi air mata berlinangan sebagai saksi amanah yang di berikan demi membangunkan ummah.



Firman Allah SWT : 
Sesungguhnya Kami (Allah) telah menawarkan amanah kepada langitbumi dan gunung-gunangtetapi semuanya enggan untuk memikul amanatitu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannyalalu dipikullah amanah tersebut oleh manusia” (Surah al-Ahzab : 72).

Ku ubat diri dengan kalam-kalam dari Allah, kata-kata ustaz serta ustazah ku semai dalam hati menjadi pemangkin  untuk ak terus kukuh berdiri di samping memegangan taklifan ini. Setelah mengambil tempoh yang lama untuk bermuhasabah, "Mengapa ak yang terpilih"? ... "Mampukah ak memegang taklifan ini"?......."Bagaimana seandainya ak tidak mampu melaksanakannya"? Pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiran ini sehingga akhirnya diri rebah dan sakit. Namun rebah dan sakit itu menjadi titik permulaan ak bangkit menyandar taklifan ini. Bangun untuk Ummah.

"Taklifan bukanlah untuk dipinta tapi tidak boleh untuk ditolak" ...

"Sekiranya sesuatu taklifan terletak di atas bahumu maka ia adalah selayaknya dan mampu untuk kamu pikul..sekiranya kamu melepaskan ia dan ia dipikul oleh orang yang tidak sepatutnya, maka kamu turut sama menanggung dosanya...terimalah demi Islam..krn kamu orang yang memahami". Itulah kata2 yang dilfazkan seorang senior yang cukup ak kagumi di saat diri ini ingin melepaskan diri tanggungjawab itu..


Tapi cukup cantik perancangan Allah..larilah walau ke mana pun andai diri telah dipilih..akan tetap diuji..menerima taklifan yang tidak terduga dalam masa diri masih baru bertatih di dunia tarbiyyah..mengalir air mata..terbang segala semangat..sekali lagi diri ingin lari tp terhenti di saat mendengarkan kata2 seorang sahabat "Ini keputusan syura bukan lah keputusan peribadi..Enti kne wala'.." menerima dengan hati yang berat..cuba memberi yang terbaik..tapi tiap kali itu jugak diri banyak terjatuh..

Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya..

Memetik kata-kata Presiden;
"Ana jugak tidak meraasa kuat..ana jugak tidak merasakan selayaknya..ana sedar ia berat..tapi bilamana ana mengetahui sahabat2 yang bakal membantu ana adalah dari mereka2 yang hebat..orang2 yang ana kenal..orang-orang yang ana yakin komitmennya..ana jadi kuat..jadi tetaplah kekal bersama ana kerana taklifan ini bkn dipinta tp kt dipinta untuk membangunkan dan memantapkan kembali organisasi ini..teruslah bersama ana membantu organisasi ini insyaAllah.." 

                                              

Di saat ini, tiada lafaz yang mampu ak lafazkan melainkan rasa bersyukurnya kerana pernah menyandang taklifan-taklifan itu. Kerana berdirinya teguh ak sekarang sebagai seorang muslimah yang tegas dalam berbicara, tegas dalam membuat pilihan, tegas dalam isu ikhtilak semua itu hasil yang ak perolehi sepanjang ak memegang taklifan itu. Hadiah yang tidak ternilai yang Allah berikan pada ak. Kini ak tersenyum setiap kali ku melihat ke belakang kerana tarbiyyah itu mengajar ak untuk ku di masa ke hadapan..

Sesungguhnya taklifan itu adalah amanah yang perlu kita laksanakan..kecil atau besar ada peranan yang tersendiri ikhlaskan niat dan bantulah sehabis baik..InsyaAllah jika semalam Allah menolongmu, pasti hari ini dan seterusnya Dia tetap akan membantumu..yakinlah dengan pertolongan Allah krn janji Allah itu pasti..



        *senyumlah menyambut taklifan itu kerana ianya hadiah tidak ternilai dari yang maha Esa*



# TIDAK terpikir untuk membuat entry ini, tetapi gara2 whtpps si dia membuatkan ak terpanggil untuk menulis bicara hati ini.Semoga Allah memberi kekuatan untuk dia memegang taklifan itu#

Ahad, 15 Disember 2013

#Petua Memilih Kawan# AKSJO

Posted by Aya Sophia at 9:51 PG

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang

Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.




[ merindui kenangan itu, semoga semuanye baik-baik dalam jaga Ilahi, menghitung waktu yg masih berbaki]

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea