Jumaat, 21 Jun 2013

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Posted by Aya Sophia at 9:43 PG

Bagaikan menanti TETAMU YANG ISTIMEWA, RAMADHAN dinanti-nantikan oleh seluruh mukmin di seluruh pelusuk dunia..adakah kita antara GOLONGAN yang MENANTI dengan penuh debaran dan keterujaan dalam menyambut bulan yang DIRINDUI INI?


Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyebut :
"Sesiapa yang BERGEMBIRA dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka." 
(Hadis riwayat 
Ibn Majah)

p/s : Semoga kita BERKESEMPATAN menyambut bulan mulia yang penuh berkah..Ahlan wasahlan ya ramadhan..

#Ya Allah, DIDIKLAH HATI kami agar sentiasa SERASI dengan perintah dan takdirMu..moga kami merindui Ramadan kerana mencintaiMu#




Rabu, 12 Jun 2013

peSaNaNan UnTuK nIQAbis

Posted by Aya Sophia at 8:21 PG


Jika mahu berniqab...
Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum beramal wahai hati...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindungi dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan diri, sebelum niqabkan wajah..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka niqabkan setiap kata-kata..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

BERNIQABLAH APABILA ANDA SUDAH BERSEDIA

************************************************************

Nukilan rasa penuh bermakna dari Ukhti Syahida /Cda

Rabu, 5 Jun 2013

LEBIH BAIK DIAM

Posted by Aya Sophia at 2:26 PG
Allahumma ij'alna min ahli Syafa'ati Saiyidina Muhammad..

Janganlah Berkata Buruk dan Maafkanlah, Sekalipun Kamu Dianiaya
Terkadang ada orang datang dan menikam kita dari belakang. Hmm..sabar dan doa adalah senjata bagi umat islam. Harus qawiy kn?! ^^

Siapa kata tak sakit bila ditikam dari belakang..???
Sakit!!! Tapi ujian itu datang dari Allah untuk lebih menguatkan kita pada jalannya..

Allah tidak akan menguji seseorang itu sekiranya dia tidak mampu.

Allah SWT berfirman : "Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (An-Nisa' 4:148)

Tafsiran Ulama' Salaf berkenaan ayat ini:
Ibnu Abi Talhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas tentang ayat ini, ia berkata: "Allah tidak menyukai seseorang mendoakan keburukan bagi orang lain, kecuali bila ia dizalimi.

Kerana..

Allah SWT telah memberikan keringanan padanya untuk mendoakan keburukan bagi orang lain yang yang menzaliminya. Dan bila bersabar, itu lebih baik baginya"
(Ath-Thabari (IX/344)

Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan berkurang harta kerana sedekah, dan Allah tidaklah menambahkan kepada seorang hamba yang memberi maaf, kecuali kemuliaan. Dan barangsiapa yang merendahkan diri kepada Allah SWT, nescaya Allah akan mengangkatnya"
(HR Muslim (IV/2001) Muslim no 2588)

Prinsip yang saya pegang..

1) Tidak semestinya kita diam kita kalah tetapi diam adalah kerana benar

2) Tidak dapat berkata didunia tapi kita akan dapat diakhirat. InsyaAllah~

Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad ♥
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea