Rabu, 10 Disember 2014

Sehangat PRK bumi Mafraq

Posted by Aya Sophia at 1:27 PTG
Bismillahirahmanirahim..

Sesejuk musim syita di bumi mafraq, ia tidak menghalang kehangatan piliharaya kampus persatuan mahasiswa malaysia mafraq (PRISMA) berlangsung. Aku melihat, biah prk disini tidak jauh bezanya dengan suasanan PRK kampus di malaysia. Ala kulihal, aku sebenarnya tidak mahu dan tidak mampu untuk mengulas sangat tentang perkara ini. Cuma sebenarnya kerinduaan aku untuk menulis panjang-panjang entry dalam blog ni. Mencari dengan mencuri masa dalam kesibukkan yang dibuat-buat..

Ditaklifkan sebagai perwakilan mantiqah dalam Jawatankuasa Pilihraya Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan 2014/2015 untuk kali ini. Semoga ia bukan asbab untuk aku lemah. Semoga ia menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.
Jawatan itu satu TAKLIFAN (amanah) bukan satu TASYRIFAN (kemuliaan) 
Diam melihat suasana PRK, serius aku merasa gembira untuk adik-adik usrah yang bertanding. 5 daripada mereka bertanding tidak kira di kerusi AMT atau AME. Malah ada yang di taklif dengan taklifan yang berat. Semoga allah permudahkan urusan kalian. Taklifan sebagai pimpinan membuatkan kita menjadi matang dan ia adalah anugerah terindah dari Allah kepada hambanya. Tetapi taklifan bukan satu jawatan yang untuk di banggakan. Silap percaturan, sengetlah bahu nanti di padang mashyar kelak. Bertapa beratnya amanah, sehingga bukit dan gunung tidak mahu memikulnya.

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."                                                                        
                                                                                                                                (Riwayat Muslim)



Kerana setia kawan, ku hadiahkan kata-kata yang terlahir dari sanaburi. Seandainya Allah berikan taklifan itu padamu, ertinya engkaulah sebaik-baik pemikul amanah itu. Berhenti sebentar, mohonlah keampunan dari Allah, dan mohonlah kekuatan dari DIA. Semoga nanti dalam perjalanan itu, engkau tahu Allah sentiasa ada di hatimu, hatta teman beribu di belakang mu pergi meninggalkan mu. Ingat engkau tak pernah bersendirian. Aku sentiasa mendoakan mu wahai temanku. Walaupon, aku tidak berdiri disampingmu di tampuk pimpinan, tapi aku berjanji aku tidak akan melihatmu jatuh tersungkur. Andai engkau penat, aku akan membantumu Jika engkau terluka, aku akan merawatmu.. cuma satu yang aku pinta, jangan jatuh selagi aku disisi mu. 


Salam sayang dari seorang insan yang bergelar kakak, seorang adik, seorang naqibah, seorang anak usrah, atas nama seorang sahabat seperjuangan. Semoga ikatan ukhhwah ini mampu menguatkan dirimu, Walau tanpa aku disisi suatu hari nanti.

Selasa, 11 November 2014

Sinar Bumi Anbiya

Posted by Aya Sophia at 10:35 PTG



Tiap detik berlalu, buatkan hati makin gundah gulana. Kalau setahun yang lepas, selalu akan tanya akak-akak senior, "Bila akak khirij?" Sekarang soalan itu yang sering dituju padaku. Helaan nafas ku rasekan semakin memberat.


Memiliki segalanya tanpa keredhoan Allah pasti menatijahkan kegagalan hakiki dan abadi Kejayaan hakiki dan abadi itu ialah memiliki keredhoan Allah walaupun tidak memiliki yang lainnya

(Khair almiftahi attahzibi)




*smoga semakin hampir perhentian musafir ini, ak sudah mengutip semampu yg ak mampu permata3 ilmu yang telah dikutip untuk menghadapi maslahat masyarakat nnti. Rabi'tuassir wala tuassir.

Selasa, 7 Oktober 2014

Aidiladha Terakhir

Posted by Aya Sophia at 3:05 PG
;')

Insha Allah semoga aidiladha kali ni adalah yang terakhir aku beraya di bumi mafraq nie setelah buat buat kali ketiga beraya jauh dari family tercehta.

Imbas memori,
First raya haji di perantaun, jap nak kira..sampai firstime dekat Jordan 12 Sep 2012, kemudian raya haji jatuh 26 okt. And serius, pagi tu bile kol ma abah ak nangis dan sebak tahap dewa habis. Malu..serius malu dekat ma abah. Siap lap airmata dengan kain tuaalaa sbb melimpah habis airmata. Adik sebilik pun tak tahu nak buat macamana. Lucu dan ak rasa kelakar habis waktu tu.

NOW I'M GROWING....

For the third year I'm celebrated here. Homesick tu kena sikit-sikit sudahlah. Bagi adik-adik junior plak yang nangis. Hukhuk. And finally ak dah tak nangis pagi raya. ZZz zalim pun ada. Satu benda lagi yang ak dapat raya tahun ni dan ak takkan lupakan ..first "Rendang" yang aku buat sebijik rasa macam air tangan MA..... GEMBIRA!! Rasa macam nak lompat dari dalam rumah lepas tu terus tembus syiling rumah dan harap sampai depan rumah and peluk ma and abah.

(Moist cholacate cake & Rendang Ma bersama nasi himpit buatan sendiri)



Dah tak sabar nak cepat-cepat belajar lepas tu back home. Miss them deeply. Abah operate lagi hari selasa before 4 day before raya. Kami kat Jordan raya sehari berbanding dekat Malaysia. Hari isnin abah kena check in hospital, and aku sempat kol abah before abah pergi hospital. Waktu aku kol abah tu 6.45 am, ma sedang sediakan breakfast untuk abah. Sempat ak titipkan pesan pada ma, pesan kat abah supaya tengok ma puas2..wanita yang dia cinta. Takut lepas pada operate abah dah tak boleh tengok ma dah. Serius, aku mengalirkan airmata. Tak mampu aku nak bayangkan perasaan ma. Perasaan abah. Mata sebelah kanan haritu, abah cakap dah tak nampak apa2..

"Abah, kena kuat. Jangan lemah semangat" ayat aku pada abah.
"Ya, pun kena kuat juga..Doakan semoga Allah anugerahkan kembali penglihatan abah". "Lepas tu study elok-elok and cepat balik. Jaga abah plak."

Pedih, sebak dan pilu rasa hati. Ikut hati nak balik, nak tunaikan hak sebagai seorang anak.
Cukup setahun aku tak balik Malaysia. Aku tak tahu keadaan abah, sebab aku yakin sibling aku tak bagi info yang detail tentang abah. Hattan akak yang kat Mesir tu pun, ayat2 dia semua macam ayat penyedap hati aku je..


                                  Ala kulihal, semoga ma abah baik-baik saja dalam jagaan Allah.


Ya'Allah izinkan waktu berputar mengikut kehendakMu.Ya'Allah izinkan masa berlalu mengikut percaturanMu.Aku sebagai seorang hamba memohon padaMu.Izinkan aku dan berikan waktu dan masa untuk aku kembali kepada orang tuaku, izinkan untuk aku balas dahulu jasa baik dan pengorbanan mereka kepadaku. Izinkan masa untuk aku berbudi pada mereka ya'Allah. Panjangkan umur mereka, rahmati mereka di setiap nikmat yang Engkau berikan. Hiburkan hati mereka dengan amalan ibadat yang sebetulnya kepadaMu. Ubati lara dan rindu dihati mereka dengan ayat-ayat suci KALAMMu Ya Rabb. Basahi bicara mereka dengan Zikrullah padaMu. Izinkan aku ya Allah sebagai anak, menunaikan hak ku sebelum Engkau mengambil mereka kembali ke sisi Mu., Ameen ya Rabb alamin, Taqabalallahumina waminkum.

Ahad, 21 September 2014

Misr dalam ingatan

Posted by Aya Sophia at 6:54 PG
Keputusan dibuat lepas pada survey ticket, last in the end aku bermusafir ke mesir.

23hb ogos 14. .Bertolak pagi dari Mafraq ke Airport Queen Alia. Menjejakkan kaki ke sana untuk kali ke-6. Bukan pulang ke malaysia tapi berjaulah ke bumi yang terkenal dengan kezaliman Firaun. Sesampai kat mesir, satu je yang aku mampu cakap.. Kenapa mesir macam K.L..haha. Jauh beza dengan keadaan Jordan. Bukan nak cakap mesir tak macam bumi anbiyya tapi mungkin sebab struktur bangunan dan keadan sekeliling tak menampakkan sangat. Senyuman yang benar-benar manis ku ukirkan. Dan aku syak, ustaz yang bawa kami berenam  tu pun cair habis dengan senyuman aku.

"Minta maaflah ust, saya senyum untuk mesir dan bukannya sebab ustaz. Harap jangan salah faham."
ayat tu aku reply pada ust tu, selang 4 hari aku kat mesir. Dah ayat2 whtpss dia berbau ala-ala kumbang nak tackle bunga. Hohoho.. Memang aku tak guna dah ayat balagha atau kiasan. Direct terus. Maafkan saya..

(Pyramid, GIZA)

(Matruh Siwa', Pantai yang menerbitkan 7 warna air pada bulan semptember dan mac)

(Bukit Sinai, dapat larangan dari PMRAM. Tapi dapat ditawan juga akhirnya walaupun keletihannya hanya Allah yang tahu. Tapi kecantikan dan keindahan dari puncak saat sunrise serius menundukkan kehambaanku pada penciptaan Ya Rabb)



(Kolam air mandi CLEOPATRA)


Seribu satu juta terlakar kenangan di sana, ibrah yang masih banyak tak dapat ku jelajahi dan ku kutip sepanjang keberadaan disana. Namun sesuatu yang terkilan sepanjang 20 hari disana. Akhwat disana tak merebut kelebihan taman-taman ilmu yang diberikan oleh syeikh-syeikh azhar. Majlis taalaqi ilmu boleh dikatakan bersepah di masjid-masjid cairo. Namun mungkin ada alasan yang tersendiri, menghalang mereka untuk bertaalaqi. Tapi satu kerugian bila aku merasakan dan melihat syabab-syabab melayu disana hanya membuat komuniti mereka sendiri. Tak bergaul dengan Arab, tak merebut peluang taalaqi. Allahu'alam. Bagiku itu satu kerugiaan yang besar. Suke hati je kan nak cakap macam nie.. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka. Jauh dari keluarga, andai kata gedung hati dan dada tak dipenuhkan dengan Ilmu, hanya sia-sia saja keberadaan pelajar Malaysia di sana. Biah antara arab jordan dan arab mesir sangat berbeza. Atleast aku bersyukur Allah campakkan aku di jordan walaupun duit matawang sangat mahal kat sini. Nak plak terdampar dibumi sahara nie, Arab disini bertutur fushah. Berbanding dengan pelajar yang berada di Irbid atau Mu'tah, mereka bertutur dengan Bahasa Arab ammi. Hikmah yang Allah hadiahkan untuk diri kerdil.

Tak semuanya manis sepanjang disana. Ada cerita luka kisah pahit yang ingin aku lupakan. Hanya sedikit ibrah yang mampu aku kutip sepanjang disana. Semoga ada hikmah atas apa yang terjadi.Apepun sebelum pergi meninggalkan airport Cairo di akhir solat sunat musafir airmata gugur, ku titipkan semoga MISR KEMBALI DITANGAN IKHWANULMUSLIMIN dan semoga Misr sentiasa dalam jagaan Allah selalu.

11.9.14

Bawa Haluan..

Posted by Aya Sophia at 5:25 PG
Pejam celik dah hampir 7 bulan aku tak dapat pengisian tarbiyyah. Lepas pada k.Lyn balik ke malaysia. Hati berteka teki sendiri. Mencari jawapan disebalik semua itu. Hati makin gawat bila bertemu sahabat perjuangan. Tiada lagi bicara tentang gerak kerja atau perjuangan. Hanya isu-isu semasa yang terhujah.

Setiap kali ketemu insan yang sama-sama dalam kapal tarbiyyah, pasti akan terucap dibibir mereka;

"Akak, oke? Akak sihat?"

Aku makin pening dan musykil dengan keadaan mereka. Ada sesuatu ke yang terjadi hingga soalan-soalan sebegitu kerap kedengaran di halwa telinga ini. Habis exam final lepas raya Aidilfitri aku membawa diri ke sebuah mantiqah. Untuk menjenguh keadaan seorang sahabat disana. Kebetulan impian untuk pulang ke Malaysia untuk menjaga abah tak kesampaian. Harga tiket yang agak melampau harganya membuatkan aku terbantut untuk pulang bercuti.


Berada disana, ada rahsia dan jawapan yang terungkai.
Serius, hati aku menangis. Bila dikhbarkan tentang status aku. Rupanya, kapal tarbiyyah yang telah mentarbiyyah aku selama 4 tahun pergi meninggalkan aku. Tanpa pengetahuan aku. Aku tahan airmata dari tumpas. Serius, hati tercalar. Redup mata bertakung dengan airmata. Ku bisikkan pada hati "Ya Allah mohon kuatkan hatiku".. Terdiam dalam kecelaruan fikiran. Semoga ada hikmat yang terselit atas apa yang berlaku. Aku percaya, pasti ada sebab aku digugurkan sedemikian. Dan aku yakin salah satu sebab mungkin disebabkan aku aktif juga dengan NGO lain.

Tapi kalau seandai kata, disebabkan aku aktif dengan NGO lain asbab kepada penguguran aku, serius aku tak mampu maafkan siapa yang membuat keputusan ini. Diam aku penuh kebenciaan. Kali pertama seumur hidup aku, rase kebenciaan yang teramat amat sangat hingga hati aku terasa seperti ditumbuk lunyai. Aku pasrahkan hati. Semoga Allah tunjukkan apa yang benar. Aku bukan lari dari pejuangan tapi perjuanagan yang meninggalkan aku.

Sepanjang 7 bulan tanpa tarbiyyah, banyak lamaran dari pihak jemaah lain yang inginkan aku bersatu bersama mereka. Namun selama itu, lamaran mereka aku tolak dengan penuh lembut. Bagi aku, walaupun aku bersama mereka dalam apa jua program yang mereka anjurkan, hatiku tetap setia. Namun bila kesudahan ini yang berlaku, ade senyuman yang terukir dibibir bersama juntaian airmata. Terbetik di hati, apa salahku.

20.09.2014...
Setelah lama lamaran itu bertandang. Untuk kali keduanya.. Aku terima lamaran untuk bersatu. Keputusan ini, untuk pastikan aku masih punya haluan untuk membawa aku memberi sumbangan pada Islam. Semoga Allah memberkati keputusan yang aku buat. Bukan aku berubah hati, tapi aku perlu berubah wasilah jika ia sudah membuangku untuk apa terus berharap. Sedangkan masih banyak wasilah untuk aku daulatkan Islam dan Deen.

Aku anak kelahiran kelantan
Negaraku adalah Malysia
Agamaku adalah ISLAM
Panduanku AL-Quran dan Sunnah
Rasulku adalah Nabi Muhammad
Tuhanku ALLAH.

Maafkan hati ini, yang pasti fikrah ini aku jelas. Fi Amanillah untuk sahabat seperjuangan.


Rabu, 30 Julai 2014

Travelog Raya Aidilfitri

Posted by Aya Sophia at 3:38 PTG
Tak tahu nak cakap.. "Nak nangis pun tak kena, tak nangis pun tak kena."

:')

Senyum penuh dengan kepalsuan. Sedih beraya aidilfitri pertama kali tanpa family. Tanpa rendang buatan ma. Tanpa ada salam kemaafan dari ayah bonda. Kemeriahan hari raya tapi exam bakal menanti hari raya ke-6 dan ke-7...Gelak sorang-sorang hari last ramadan sambil baca nota untuk exam. Kemudian duk meroyan dengan bff *bestfreindforever.


29Ramadhan, Jam 10.30 am waktu Jordan
Abah  selamat buat pembedahan mata. Tukar manic mata, disebabkan penyakit kencing manis.
2hari before abah operation, aku call abah tapi sis dari egpyt yang angkat fon... kantoi abah nak operation 27Julai.. Kalau akak tak bagitahu confirm ak tak tahu. Mungkin lepas ak tahu dari sis, abah serba salah nak cakap dengan aku. Allahurabbi, Allah je kan tahu sedih dan peritnya hati. Menangis tak berlagu. Hingga ke saat ini, ak tak ada kesempatan lagi nak cakap dengan abah. Hari raya memang ak ada call ma dari sini. Tapi abah 3..4 kali ak call tpi tak berangkat. Yap hingga saat ni, tak ada salam kemaafan ku pinta dari abah. Mungkin salah ak, jenis tabah tak kena cara. Ak tak boleh nak bercakap dengan abah, time dia sakit.. Menangis dan meraunglah jawapnya. Cukup ak update khabar abah dari adik dan kakak.

Pejam celik, ade baki 3 hari lagi before ak exam dua paper 3 dan 4hb ogos nie, mohon Allah anugerahkan kecemerlang dan kemudahan untuk ak menghafal dan membaca.

Travelog raya aku tahun nie 2014

Malam raya pergi takbir raya di rumah persatuan.
Pagi raya, masak ketupat palas. Beraya rumah akak senior.
Malam raya pertama pergi rumah persatuan. Aturcara Program Aidilfitri.
Hari raya kedua, buat openhouse ala kadar..Masak nasi ayam.
Hari raya ketiga, jemputan dua tiga buah rumah. Tak larat nak makan rasa.

Nie last raya sebagai anak perantauaan. Serius ak tak sanggup dah nak jauh dari ma abah.
Ramadan dan Aidilfitri tanpa makna buat aku... Moga Allah maafkan salah silap aku.

Ahad, 20 Julai 2014

Tangisan Ramadan

Posted by Aya Sophia at 7:58 PTG
Semalam selesai satu paper untuk exam final. Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti lepas selesai exam, mengatur langkah keluar dari dewan dengan tangisan. Tangisan yang benar-benar buat diri terduduk. Soalan doctor serius tahap budak master, kena jawap plak dengan komputer. Satu soalan 30 saat. 50 markah dengan 33 soalan.Meroyan sorang diri. Pasang earphone jalan macam orang dah putus harapan. Imtihan awal dengan midterm serta campur markah kehadiran 41/50.. Jadi serius hati tak tahu, daripada 33soalan untuk final tu berapa je betul..Mohon sesiapa yang baik hati tolong tembakkan doa. Nak skor madah tu dengan markah 85 keatas%.





*Sambil jalan heret kaki dengan jiwa kacau terpasang lagu kumpulan Mestica (rahmat ujian) dan Firdaus (putaran kehidupan) makin melayang jiwa.Tu cerita lepas habis jawap, ala kulihal ku serahkan segalanya pada Allah. Pada Dia ku sandarkan. PadaNya ku serahkan natijahnya. Semoga Allah sudi menganugerahkan kejayaan untuk diri yang penuh khilaf ini.Maybe not today, maybe tomorrow but one day you will thanks to Allah for every problem, ujian, mehnah and tribulasi yang dihadapi.  Allah bukannya berikan apa yang kita nak tapi Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.. Oke, Allah knows the truth about you and has chosen you to be a Muslim in spite of it. That is reason to be happy today, tomorrow and the next day!!Semoga terus berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah. Semoga dapat persembahkan amalan yang tidak sia-sia dihadapan ya Rabbul Izzati kelak.Jangan pernah rasa putus asa. Dunia di tangan, akhirat di hati.

     Fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah.


Selasa, 1 Julai 2014

Program khirijin Aksjo

Posted by Aya Sophia at 4:32 PTG
19Jun 2014
10.30-11.30 Malam

Bibir tersenyum tapi hati yang bergunda gulana hanya Allah yang tahu. Mendengar taujihat dari dia wakil dari pihak syabab untuk kiteorang adik-adik aksjo yang masih akan terus terdampar di lapangan padang sahara ini. Dia... yup dia, senior sekolej sewaktu diploma yang paling banyak aku rujuk..hatta malam dua tiga hari sebelum exam aku akan cari dia untuk minta dia terjemaahkan atau syarahkan apa yang aku tak faham. Dan serius dia akan usaha untuk membantu aku. Dan disebabkan penempatan yang aku tinggal disini, kebanyakkan syabab dan mutazawwij yang tinggal, dia yang menjadi sasaran aku untuk dijadikan muraqib. Selain dia, presiden yang selalu menjadi mangsa..kebetulan tinggal berdekatan dengan penempatan aku.

Hati beralun, lepas nie memang susah dah lah nak pergi program Ilmiah anjuran persatuan..Sejujurnya, aku susah nak selesa dengan yang berlawanan jantina. Kalau aku boleh lakukan sendiri, aku akan buat sendiri. Tapi kalau bab muraqib ni memang aku tak beranilah nak buat kepala sendiri. Susah nak ketemu orang yang betul-betul sanggup tolong muraqibkan.Lagipun komunikasi antara aku dengan dia, hanya berbicara yang perlu saja.

Setiap kali nak minta muraqib ku layangkan sekeping whtpps, "Ust, ana nak minta muraqib dari rumah ke Bp".. Dia akan reply " Ok, ana tnggu kt bawah" dan aku akan reply " Jap, 2min".

Sebenarmya motif aku tulis semua nie, aku sedih sebab akan kehilangan muraqib. Teringat kata-kata housemate aku waktu tu dia tak ada di mantiqah dan aku sedih sebab tak dapat nak pergi program. Housemate aku tawarkan untuk telefon muraqib lain tapi aku pun cakap "k.qis tak retilah (xpandai) nak muraqib dengan syabab lain." Serius aku tak reti..Housemate aku reply "k.qis kena belajar muraqib dengan orang lain."Kata-kata housemate aku tu ada benarnya. *senyum pahit*

Dan satu masalah dengan perangai aku, kalau aku hanya pernah berurusan dengan syabab tu.. hanya syabab tu lah yang hanya aku pandai minta tolong. Sikap aku kut yang tak berapa pandai nak bertaumul dengan syabab. Jika di check pun num fon syabab dalam hanset ni tak ramai..tak lebih dari 5 orang. Itu pun atas alasan muraqib dan urusan persatuan., kelakar. Dalam sedar tak sedar, dia banyak taburkan jasa pada aku. Tapi presiden pun banyak juga bantu dalam bab muraqib. Malam exam teman pergi hospital bagai. Lepas pada fasal soifie nie aku tak tahu siapa yang bakal aku cari untuk muraqibkan ke program-program ilmiah., dia memang sah-sah dah balik waktu tu. Presiden plak, dia pasti makin sibuk dengan persatuan dan bukan hak dialah nak sentiasa boleh muraqibkan aku lebih-lebih lagi lepas jadi satu kes tu. Argghh... Nak muraqib tetap boleh tak?????? Bukan setakat rumah persatuan boleh pergi, rumah ALLAH s.w.t pun aku boleh jejak kalau ada muraqib tetap.

Namun, hidup perlu diteruskan bab kata Juniza. =')

Ini salah satu ceritahidup.
Langit pantai aqabah menjadi saksi pertemuan kita semua. Padang pasir Mafraq menjadi asbab kita bersama.
Moga kita semua mampu jadi permata di balik permata yg menyinar. Saling mendoakan. 

Ala kulihal, semoga khirijin lulusan Aksjo menjadi pencetus dan penyebar ilmu untuk ummah di Malaysia nanti. Terhanyut sebentar, bagaimana perasaan bila bergelar khirijin nanti.. Adakah akan tersenyum kepuasaan dihujung bibir ini di hari berjubah? Adakah penuh ilmu didada untuk dikongsingkan dengan masyarakat kelak? Adakah amanah sebagai pelajar agama ini mampu ku laksnakan...Semua itu buatkan aku nak pitam memikirkan jawapanya. Yang pasti, selagi Allah berikan nyawa untuk bernafas, selagi itu ada peluang yang mampu kita rai dan rebut!!!! Teruskan berjalan wahai musafir ilmu. Perhentian ini masih jauh, semoga keberkatan Ilahi sentiasa terselit.

Alumni.Siswazah.Kias.Satu.Jordan>memori ASKJO<


Mencari ilmu di alam maya

Posted by Aya Sophia at 4:13 PTG
Alhamdulilah..Alhamdulilah. Masuk hari ke-4 berpuasa dibulan penuh keberkatan ni. Tipu kalau diri cakap tak teruji dengan keadaan dan suasanan. Berpuasa 16 jam di bawah panas suhu 41darjah celsiuc dengan kudrat sebagai "tolibul ilmi" (penuntut ilmu). *tunduk pandang bumi je* setiap kali nak terzahir perkataan "penat" dihujung bibir, segera hati menahan khuatir nanti pahala puasa berkurang~ Terasa lucu dan kelakar, Allahurabbi...lemahnya iman aku sebagai seorang hamba. Jika nak dibandingkan suasana zaman Rasulullah s.a.w sememangnya aku tak layan untuk dinobatkan hidup dizaman sahabat, tabien dan tabi tabien.Mengali ilmu di musin soifie nie atau maksudnya di musim panas memang menguji keihklasan dan membentuk ketakwaan. Semoga hasilnya melahirkan saksiah peribadi seorang mujahidah yang memberi manfaat.

Ahad lepas last paper exam untuk imtihan awal. Dan hari isnin, keseluruhan markah untuk exam imtihan awal dah dapat. Antara 3 subjek hanya satu subjek yang boleh buat aku bernafas. Yang dua subjek lagi, aku pun buntu dan bingung. Mungkin ini ujian Allah. Kefahaman lebih penting pada aku.Semoga Allah memberikan kefahaman yang lebih dan kemudahan dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu di perantauan lebih-lebih lagi di bumi anbiya, satu je kekurangan yang aku rasa memegang gender "akhwat", kesempatan untuk bertalaqi dengan syeikh-syeikh. Serius perkara itu buat aku jealous petala langit ketujuh dengan golongan "syabab". Bagi aku, syabab yang tak merebut peluang nie adalah syabab yang looser. Rugi dan rugi yang amat sangat... Kalau diasimilasikan dengan perniagaan, syarikat itu mengalami kerugiaan yang berlipat ganda. Memohon kemaafan seandai bicara ni berbau keangkuhan. Tapi pesanku, gunakan masa yang ada untuk mengaut ilmu yang ada pada mereka (ulama-ulama). Mereka tak akan hidup lama, bakal meninggalkan kita..Dan harta benda tak akan kekal didunia ini hingga ke akhirat. Tapi ilmu yang bermanfaat akan berkekalan dan mampu menolong kita untuk masuk ke syurga ALLAH wabiiznillah.

Apa kaitan tajuk dengan entry pun tak tahu, berkait atau tidak *ambil buku tutup muka*. Tapi kat sini nak bagitahu alam maya adalah salah satu medium ilmu yang mampu aku cerobohi dan mengutip sebanyak mungkin permata ilmu yang bermanfaat tetapi awas, jangan di hadam sebulat-bulatnya, kerana ilmu yang berkaitan agama, hukum dan akidah kita perlu kepada guru yang khusus. Jangan berguru di alam maya sahaja, bahaya. 

                         =Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih=


*Pesan pada da'ei, kutiplah seribu jenis ilmu yang mampu kita fahami..kerna ma'duie kita bukan sejenis sahaja. Semoga da'ei-dai'e Islam mampu menyebarkan manfaat untuk kebaikan seluruh ummah. Doakan kejayaan empunya diri blog ni..semoga Allah anugerahkan kejayaan yang bermanfaat untuk orang lain.


#Ramadhan bulan pengampunan. Bulan untuk pendosa berusaha mohon pengampunan. Bulan yang mengajar tentang kehambaan antara hambanya dengan penciptaNya #Road to imtihan sani##Selamat menunaikan ibadat dibulan Ramadhan Mubarak#

Isnin, 16 Jun 2014

Sad Story

Posted by Aya Sophia at 6:39 PTG
Cerita aku banyak yang sedih sebab aku suka pendam. Dan cuma di blog je aku ungkapkan. Bukan untuk meraih simpati atau entah apa bagai. Tak ada tujuaan lain melainkan dah memang blog aku NIE JE TEMPAT UNTUK MELUAH. HARAP MAKLUM.

Bukan apa, cerita-cerita sedih nie aku tak berapa nak prefer untuk story mory dekat orang. Sebab orang lain pun ada masalah sendiri dan aku plak memang tak sukalah nak susahkan orang lain. And satu lagi dah satu habit aku bila benda-benda yang menyedihkan nie cara untuk aku lepaskan atau hiburkan hati dengan membuat entry. MEMANG TAK MENDATANGKAN FAEDAHKAN. Lagipun mungkin fatrah orang merantau kut, benda yang happy2 semua sharing dengan family..tapi benda-benda yang sedih-sedih nie biarlah aku tanggung sorang-sorang.But tulah cara yang aku pilih. Minta anda jangan buang masa baca coretan budak tak cukup matang nie.

Apepun aku selalu cakap, Allah tak akan bebankan sesuatu ujian tu kalau Allah tahu aku tak mampu. Dan sebenarnya kisah-kisah sedih nie lagi buat aku rapat dan dekat dengan dia. Setiap hamparan laluan kehidupan kita pasti akan ada jalan ceritanya. CHILL!! ALLAH KNOWS WHAT THE BEST FOR US~

 

Mom can i cry on your shoulder now?

Posted by Aya Sophia at 6:15 PTG
Beribu perasaan tersimpan di lubuk hati. Makin haru biru bila dapat tahu kesihatan abah tak berapa elok disebabkan jangkitan kuman di tulang. Sebak, tak tahu nak luah kat siapa tangisan ni. Look up the sky and my tear down*Hasbunal ALLAH..Moga Allah kuatkan hati dan perasaanku.

Why many people on my circle i choice my mom..because only my mom believe me and always show to me what right think that should i do or dont.,and the important think my mom never bastard me. eeekkkkk rase nak meroyan sambil nangis tak cukup baldi je. Allahuakhbar,pressured.stress.pain. Anyway my father always will be the best Hero in my life.

Moga Allah jaga hati ini. Moga Allah berikan kekuatan atas ujian ini. Moga Allah ubatkan rasa ini. Serius saat nie nak sangat ada someone that i could cry on their shoulder to make me feel better. Nangis dengan tuhan rasa malu sangat-sangat. Sebab dosa banyak sangat. Seriusly triple double embrassing and so on.

Bila rasa nak nangis atas bahu orang nie, only someone yang selalu aku akan teringat. Siti E'shah Basri, merangkap partner satu lajnah dalam exco. Aku still simpan kata-kata dia, walaupun sekarang nie dia dah bergelar isteri orang dan tak lama lagi akan jadi ibu. Dia salah seorang yang namanya aku sebut dalam doaku. "Qis, kalau awak nak nangis.. bahu saya ada" (ayat tu dia ungkap waktu aku tengah pressured gila2 and waktu tu aku cuma diam.Mungkin dia tahu aku tengah sebak). Kenangan tu buat aku makin sedih.

Dan ada seseorang yang selalu bila dia dengar something bad thing about me mesti dia akan cakap macamnie.. "aku tak percaya Qistina macamtu sebab aku tahu dia macamana"..kata-kata tu serius buat aku syukur tak terhingga. Akak tu bukan boleh di takrifkan sebagai "My besties bestfreind" tapi dia back up aku sometimes lebih dari kawan baik sendiri back up aku. Aku rapat dengan akak tu sebab kami pernah musafir sama-sama. Only that moment... but moment tu lah boleh buat dia judge aku sampai tahap tu. Serius aku sayang kat akak tu. Bila aku cakap aku sayang, that mean memang aku sayang dia betul-betul sebab LillahiTaala. Hatta rakan seperjuangan satu fikrah dengan aku pun tak dapat husnuzon dengan aku bila diaorang dengar sesuatu tentang aku. Bila tahu hal sebenar baru nak minta maaf.. bagi aku, sebuah kemaafan tu mungkin tak mahal untuk aku berikan, tapi sebuah kepercayaan tu takkan mungkin dapat diberi hatta seribu tahun pun berkawan. Sekali kepercayaan tu ranap, takkan tumbuh seinci pun walaupun akar.

Melalut dan terus melalut. Point yang aku nak bagitahu kat sini, aku nak peluk my mom and cry as long i want to cry until i feel better. Keep Qawiy.

Selasa, 10 Jun 2014

Jangan BERHENTI BERLARI

Posted by Aya Sophia at 7:14 PTG
Entry untuk mengubat hati~ it sound very sadness...but trutly, terasa inilah ujian yang benar-benar menjatuhkan rasa semangat dalam diri. Semoga Allah berikan kekuatan seperti semangat layang-layang. Semakin kuat angin yang bertiup...semakin tinggi ianya terbang ke langit ILAHI :)

#walau sekuat mana ujian yang menimpa moga Allah berikan kekuatan yang tinggi dan kesabaran yang banyak dalam menghadapinya#


" HARD times bad times, or though time, I still have FAITH in ALLAH" 

"KEHIDUPAN dunia ini tidak lain kecuali PERMAINAN dan HIBURAN, sedang kampung AKHIRAT itulah kehidupan yang SEBENARNYA..andai mereka mengetahui - al_ankabut 64-


But TRUST is like a paper, once it's CRUMPLED it can't be perfect





~NEVER LOSE HOPE~

You deserve to be HAPPY =)
Berlarilah meninggalkan kekecewaan itu, hapuskan airmata.. cekalkan hati. 


SOMETIMES YOU HAVE TO STAND ALONE, JUST TO MAKE SURE YOU STILL CAN!! CHILL~KEEP REMIND, ALLAH SENTIASA BERSAMA.

Ahad, 25 Mei 2014

Cerita hati Mafraq

Posted by Aya Sophia at 4:01 PTG
Bismillahirahmanirahim.

Berlalu seminggu lebih fatrah imtihan, dan esok adalah last paper untuk semester nie. Semoga Allah permudahkan segalanya. Berbaki 6jam lagi sebelum peperiksaan. Terpaksa menconteng ruangan blog nie. Disaat diri nak berperang dengan peperiksaan disebabkan rasa sakit hati untuk meluah sesuatu yang bersifat peribadi, ruangan ini menjadi pilihan. Nak nangis. Sakit sangat-sangat hati ni.

(T_T)

Rasa macam nak masuk Hirom nangis sepuas hati. Terkesan sangat dengan sikap dia. Jauh dari family buat aku lebih banyak menyimpan perasaan. Kalau di Malaysia, seandainya ada yang buat aku sedih, pasti ku layarkan msg untuk adik aku.. "kak sedih"and buat buat emo banyak2 dan start nangis.

Ingatkan sakit itu tak perlu berulang, hanya pada Allah ku adukan. Semoga Allah menjaga ukhwwah ni. Aku penat untuk bertahan untuk sebuah hubungan yang bermatlamatkan saudara seagama dan meraih keredhaan Allah. Maaf seandai suatu hari, diri ini akan berlalu meninggalkn ukhwwah nie. Kerana aku dah CUBA kuatkan hati ini untuk bertahan. Aku sudah CUBA gagahkan kaki ini di sampingmu sebagai sahabat. Jika saat itu tiba, maksudnya aku sudah tak berdaya untuk berlakon kuat dihadapanmu, tak dapat berselindung lagi dengan airmata aku yang mengalir ni. Seandai tiba saat itu, tolong doakan aku kuat wahai sahabat, TIKA tiba waktu untuk berlalu meninggalkan dirimu dan membawa kenangan untuk dikenang sesuatu yang pasti menyakitkan.

" Aku senang mengenali dirimu. Entry ini, kali kedua ku ukirkan disebabkan dirimu. Aku tahu engkau bagus, engkau harapan ibumu, terima kasih meluahkan masalah mu disaat engkau rasa down disebabkan kutukan manusia kepadamu, aku gembira dapat mendengar luahan hatimu. Walaupun setiap berita yang gembira tentang dirimu, bukan dari engkau aku mengetahui tetapi itu sudah memadai bagiku. Aku tahu manusia pasti berubah, lebih-lebih dirimu. Dengan taklifan jawatan dan amanah yang engkau pegang makin berat dari awal usia perkenalan kita. Aku tahu engkau bakal berubah..berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku, izinkan aku mengukir senyuman untuk dirimu, walau dari kejauhan. Aku tahu aku bukan sesiapa, namun satu yang mampu aku doakan..semoga engkau jauh dari fitnah seorang wanita di sebalik taklifan yang engkau pegang."


 Sekali aku bersahabat, selamanya engkau akan bergelar sahabat.


 Aku tahu engkau pernah terluka dengan penerimaan dan salah faham keluargaku, mungkin isu itu yang membekaskan hati aku dan engkau. Cukuplah kalau rasa itu membuatkan engkau bertindak sebegini pada malam ini semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk engkau dan aku. Sahabat maafkan aku kerna luka itu tak mampu ku hilangkan, moga Allah sembuh rasa itu. Aku bimbang luka semalam mampu menewaskan lagi airmata aku dihadapan engkau kelak. Mohon sejuta kemaafan dari hati ini. Aku senang dengan dirimu walaupun akhwat sering menyalah erti tentang sikap engkau. Pertama kali aku melihat ketegasan dirimu yang berjaya menitiskan airmataku, egoo mu membisukan bicaraku. Isu itu membuatkan aku kaku untuk berintraksi dengan dirimu. Aku tahu engkau marah, aku tahu hati engkau sakit, aku mengerti rasa itu dan aku juga tahu hati aku sakit melihat hatimu sakit. Ku diamkan dengan sikapmu, maafkan aku. Seikhlas hati ku ikhlaskan persahabatan ini. Maafkan aku saat bicaraku makin kaku, maafkan ku saat aku bakal mengelak dari bertemu dengan mu, dan maafkan aku seandainya aku menjauh. Aku doakan engkau baik-baik sahaja dalam jaga Allah. Engkau sahabat yang terpilih dan aku memilih untuk menjadi sahabatmu.Moga ikatan persahabatan ini tak putus disebabkan itu. Aku perit.

Rabu, 14 Mei 2014

SayonoraFutur

Posted by Aya Sophia at 5:21 PTG
Mencari erti sebuah kehambaan, akhirnya Allah temukan rasa itu. Dalam seminggu ini semangatku hilang terbang menghilang. Mungkin terbang hingga ke malaysia. Hingga hidup dirasakan tidak ada makna dan tujuaan. Ku buang pandangan ke luar tingkap namun rasa suram dan gelap menghuni di sudut hatiku. Fatrah imtihan kali ini benar-benar mengheret aku hingga aku tidak mampu menghalakan pandangan ku ke langit. Aku lemah. Lemah tanpa ada asbab. Lemah tanpa ada yang mampu memegang hati ini. Hati yang sentiasa di tarbiyyah satu saat dia akan berhenti berdenyut apabila rasa futur dan sering di goda oleh iblis dan syaitan laknatullah.

Hati sebak.. Namun diri hanya mampu melihat. Badan terasa longlai. Langkah di halakan ke majlis ilmu supaya dan ku bimbang takut hati yang tidak di rawat akan mati.

Namun akhirnya ku temui asbab di sebalik itu "Berapa lama sudah diri tidak bangun untuk tahajjud kepadaNya". Memang dhuha, solat hajat dan solat sunat witir itu ku dirikan namun ku tertinggal tahujjud itu.

Senyum. :)
Akhirnya rasa bahagia itu hadir bila aku sediakan dan persiapkan 2per3 malam ku untuk Allah.

Ku persiapakan diri.. Berharum dan menghadapkan mukaku untuk Dia. Airmata mengalir. Bukan setakat membasahi wajah, malah ia turut membasahi hati.. hati.. hati yang separuh kering.

Hamdallah ku ucapkan! Terima kasih ya Allah.


"Dan  mereka berkata, "segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. sungguh, Tuhan kami benar-benar maha pengampun, maha mensyukuri, yang dengan karunia-Nya menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) ; di dalamnya kami tidak merasa lelah dan tidak pula merasa lesu." - Surah Al-Fatir ayat 34-35


Alhamdulillah atas nikmat kewujudan Engkau di hati. Semoga aku terus dan terus bersyukur dan bersyukur.Proses didikan Allah pada manusia ni memang tak kira masa. Keep smile :)

Ujian Allah untuk kuatkan kita.

Frozen

Posted by Aya Sophia at 3:45 PTG
Bismillahirahmanirahim, dengan lafas yang Maha Suci..semoga rasa yang ku rasa ini mampu ku lepaskan.

Semalam di kejutkan dekat facebook "dia" dengan declare in relationship with someone, then tomorrow scroll feed dekat twitter.. cousin dia tweet " memilih atau dipilih" serius rase macam nak pengsan dan tak nak bangun-bangun. Tapi semua tu tak adalah seteruk yang dia terus unfreind aku lepas tanya soalan cepus emas 4month before he back to malaysia.. Satu soalan meranapkan bersahabat selamat 11tahun.

Adus, seriusly.. why and why after long..long time still xboleh lepaskan lagi. Penat kut nak tunggu something yang memang belum tentu akan jadi milik kita. Ya rabbi, serebrum ni rasa macam dah tak boleh nak berfungsi dengan elok bersama neuron-neuron.




Jangan pernah tanyakan lagi. Jangan pernah toleh ke belakang lagi. Jangan pernah sebut nama dia lagi.
Sebab rasa itu sakit.. sakit.. lebih sakit dari rasa kena tinggal kakak before kakak fly for the firstime to egpyt kiteorang pisah dekat airport..tertibe terkait dengan kakak plak.

From sis,
Why..why..and why still tnggu dia?? Ada kata putus ke? Ada promise ke?..........ZzzzzzzzzzzzzzzzZ zz.
-diam seribu bahasa siap pergi gelengkan kepala lagi sambil airmata mengalir, sedangkan akak msg dekat whtpps and dia bukan boleh tengk pun aku tergeleng2kan kepala nie- sadiss..hoho.

Dia tak salah, aku yang bersalah. Nampaknya aku belum cukup dewasa. Dari dulu hingga kini masih dan sedang berubah untuk menjadi solehah bukan untuk dia tetapi untuk DIA tapi rasa dihati itu mungkin hanya sekadar bisikan syaitan.Semoga mendapat jodoh terbaik. :)

Hati,sila buang dunia darimu.Masukkan ruh tuhan dalam jasadmu.SayonoraJahiliyah.

Rabu, 2 April 2014

Bintang itu

Posted by Aya Sophia at 3:52 PTG
Sentap baca twitter cousin dia...Segala laman sosial antara aku dan dia = we unfreind. :")

 


Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ Ingatkan dah dapat lupakan bila dia disana dan aku disini...
Ternyata aku silap!! Mulut cakap "ya" tapi hati bilang "tidak"...
Peritnya sukakan seseorang disebabkan pandang pertama. 
 


> nak jadi halimunan!! Tak pun nak je jadi robot, xperlu nak feeling bagai..<

Ma : Kenapa tak nak solat istoqoroh bila dah ada calon yang elok?

Me: Sebab tak nak.. Tak nak fikir.

Ma : Awak tak boleh lupakan dia lagi ke? Ke awak nak tunggu dia?

Me: Tersilent (-_-)" ...... Taklah ma, cuma .......



Hati belum jelas, jodoh tu caturan Allah. Tak tahu sempat berjodoh dengan "Dia" atau dengan AJAL....
CUMA satu yang ku tahu, berharap dan menunggu sesuatu yang tak pasti itu memang menyakitkan namun tak perlu berharap sehingga tidak boleh berpijak di bumi yang nyata.!! Banyak lagi yang boleh di fokuskan selain cinta manusia~ Trandmark dulu, lepas dan kini.. aku takkan lemah kerna manusia.

 Saya tidak menyimpan apa-apa harapan.
Yang ada sekarang, 
cuma sepenuh sandaran pada Tuhan...
Ma'fi Qalbi Ghairu Allah ..




Rabu, 26 Februari 2014

Titik akhir

Posted by Aya Sophia at 8:50 PG


Musafir ilmu dia telah berakhir, serius sangat terasa kejelesan namun tidak berbaloi untuk aku terus merasa sebegitu kerna tempoh 4tahun itu terlalu sebentar untuk seorang tolibul ilmi mengutip cerbisan ilmu di bumi syam ni. Aku masih di sini menghitung waktu untuk kembali bersama bonda dan ayahnda namun di kejauhan sudut hati ini, masih ku rasa banyaknya ilmu yang belum aku belajari..Ingin ku berlari memunggut semua ilmu yang bertebaran di bumi anbiya ini namun kadang kala tumpuan itu hilang, yup hilang,, hilang kerana hati ini masih belum ku pahatkan pada ya Esa.


Tiada yang lebih baik dari dua kebaikan : Beriman pada Allah dan bermanfaat bagi manusia.  


:')
Buat dia, selamat pulang ke Malaysia, semoga menjadi permata untuk Ummah.
Pesanan untuk hati, semoga kuat meniti liku-liku musafir ilmu di bumi anbiya. 


*Sesungguhnya Tuhan telah mempertemukan kita dengan jalan yang Dia kehendaki kemudian memadukan antara kedua hati kita dengan perasaan suka dan senang. Namun disebalik sebuah pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.

:')


Ahad, 19 Januari 2014

Fi Hifzillah

Posted by Aya Sophia at 12:05 PTG


 



Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI,  darimana kita belajar IKHLAS?
Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR?
Jika setiap doa kita terus Allah KABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR?


Ketika kerjamu tidak dihargai, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETULUSAN.Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEIKHLASAN.Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMAAFAN.Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KESUNGGUHAN.Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KETEGUHAN.Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat….
Tetap sabar….
Tetap tersenyum…..
Kerana kamu sedang menimba ilmu KEHIDUPAN

Seseorang yang dekat dengan Allah, bukan berarti tidak ada air mata, 
Seseorang yang taat pada Allah, bukan berarti tidak ada kekurangan, 
Seorang yang tekun berdoa, bukan berarti tidak ada masa susah,  
Biarlah Allah yang Maha Berkuasa sepenuhnya atas hidup kita, kerana Dia tahu yang tepat untuk memberikan yang terbaik

TUHAN menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “KEBETULAN”Orang yang IMAN YANG HEBAT tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan..MEREKA di bentuk melalui KESUKARAN, TENTANGAN & AIR MATA.

* melalui saat-saat sukar dalam kehidupan, menyerah kalah bukan pilihan diri ini..selagi tidak berjuang hingga detik akhir.Semoga Allah permudahkan segalanya. Allah Mustaan.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea