Sabtu, 9 November 2013

Syahid yang tertangguh

Posted by Aya Sophia at 2:50 PTG
Baru-baru terlihat seorang sahabat share link sebuah blog tentang seorang pelajar Malaysia yang kemalangan dan meninggal dunia di Turki. Saya hanya mengenalinya peribadinya selepas kematiaannya. Itu pun melalui tulisan mak serta ayahnya dan beberapa blog yang dilewati. Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai  “Syahid yang tertangguh”. 

~Ahmad Ammar Ahmad Azam~


Catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Saya terkedu dalam diam, allahurabbi sesungguhnya janji Allah itu pasti dan tersangat indah.Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 
#Solat Jenazah dan pengebumian#

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta. Dia merupakan rakyat Malaysia pertama yang disemadikan disini. Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuboran yg menempatkan lebih 60 para sahabat nabi, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALlah, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah.

Di saat dia dipersiapkan oleh ayahnda dan bondanya untuk menjadi seorang daie, dan menjadi harapan jamaah...rupanya Allah meminjamkan dia sebentar dan mengambilnya semula mengikut janjinya tidak kurang walau sesaat.Melihat status, gambar & video kemasikini tentang pemergian Allahyarham  ternyata tidak dapat menahan air mata ini. Pengakhiran beliau yang baik. Dikelilingi orang-orang baik. Allah.. Aku juga punyai impian seperti beliau. Moga ini menjadi semangat untuk terus mencapai impian ini. .Tabarakallah!


#Surely we belong to Allah, and to Him we shall return#Al-Fatihah.

Rabu, 6 November 2013

Warkah dari Sang Murabbi

Posted by Aya Sophia at 3:01 PTG
Salam Maal Hijrah 1435 dan Tahun Baru Masihi. Blog lama tak bersentuh. Wajibat sangat banyak melebihi masa yang ada. Juga sibuk dengan “penghijrahan” ke rumah baru serta imtihan awal yang berjujut. Ala kulli hal, alhamdulillah semua semakin stabil kini. Sedang membuat persediaan + persiapan untuk menghadapi imtihan sani yang akan bermula pada 19 November akan datang. Doakan ya! Masih banyak yang belum dibaca dan dihadam sepenuhnya.

Warkah ini dari seorang yang bergelar guru, cikgu, ustazah, muallimah, ukhti, dai’e dan murabbi buat diri saya. Sarat dan padat dengan nasihat dan pesanan bernilai untuk dijadikan bekalan sepanjang perjuangan ilmu dan dakwah di bumi anbiya’ ini.
_________________________________________________________________________________

Ukhtifillah,
Semasa membaca tulisan ini, mungkin enti sudah berada di awanan biru, menuju bumi dakwah, didoakan semoga enti selamat tiba ke pangkuan akhawat yang sudah menanti kalian. Semoga cepat murtah duduk di celah-celah akhawat di sana. Usah menangis lagi.Selamat belajar, menuntut ilmu-ilmu Ilahi buat bekalan melaksanakan tuntutan Ilahi. Muhadhoroh dalam kelas sahaja tidak mencukupi, tapi jangan sangkal kepentingannya. Semoga dapat isti’ab segala durus yang diberikan. Kuasailah bahasa arab dengan baik.

Anakku,
Kutiplah segala ilmu, pengalaman, tarbiyyah dll yang berharga di sana kerana jika kita mensiakan peluang yang telah diberikan sekali kepada kita, susah untuk kita mengulang semula peluang buat kali kedua. Jangan kita menyesal bila masa dan peluang telah meninggalkan kita. Teruskanlah kesungguhan dalam mengutip mutiara berharga. Pastikan muntolaq amal dan keazaman kita adalah keikhlasan. Semoga kita tidak futur.

Uhibbuki fillah,
Peliharalah jua ukhuwwah, walau apa pun ujian mendatang. Tumpukan kepada pembinaan peribadi & diri kita, thaqofah kita, tarbiyyah diri kita, pembentukan amal kita, kefahaman dakwah kita, prestasi dakwah & amal kita. Sentiasalah ingat-ingatkan akhawat bila berlaku sebarang perselisihan, apa matlamat utama akhawat ke sana. Segeralah selesaikan supaya perkara lebih utama & lebih besar dapat diberikan perhatian. Jangan buang masa melayan perkara remeh temeh. Banyakkan bertolak ansur. Dai’e hakiki tidak teragenda dalam diri mereka perkara yang remeh temeh, kerana agenda dakwah & tarbiyyah lebih menguasai diri & pemikiran mereka. Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang membesarkan agenda dakwah dan tarbiyyah. Kerana i’la’ kalimatiLLAH adalah agenda utama kita. Ambillah segala peluang di hadapan mata nanti untuk berguru, bertalaqqi dan menuntut pelbagai ilmu. Bacalah sebnyak mana kutayyibat & buku-buku fikrah. Pandai-pandailah menggunakan masa, bahagikan masa, meraikan musim-musim di sana. Jangan sampai tergunakan masa pada perkara yang kurang perlu.

Pesan murabbi lagi,
Luaskan jua pergaulan dengan selain Melayu. Semoga enti dapat menimba pengalaman dan nilai-nilai baik mereka. Kerana itulah jua syiar dakwah kita.Buat akhirnya, selamat belajar, selamat berjuang, selamat menimba pengalaman, menimba tarbiyyah, semoga terus bersama di atas jalan dakwah yang suci ini.


#Tak terasa, kadang-kala manik-manik jernih dari hujung mata merembes jua. Kerana rindu dan cinta pada seorang insan yang telah mengenalkan diri pada tuhan dan menjadi khalifahNya.Semoga kita sama-sama menetapkan azam untuk maju ke arah yang lebih baik lagi..merancang dan memulakan langkah yang lebih tersusun dan lebih terarah di permulaan tahun ini.#mekasih ustazah,akan ku kenangmu didalam doaku#


Salam juang.

Tanpa Tarbiyyah Gerenti Rebah

Posted by Aya Sophia at 2:41 PTG

Sahabat,
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.Tarbiyah bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Tarbiyah juga bukan untuk yang cepat mengalah,Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong.Yang hanya tahu compare jemaah itu dengan jemaah ini.Yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

"Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah."

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.


Tanpa anda,dakwah akan tetap terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.

TETAPI tanpa TARBIYAH,Tanpa DAKWAH,Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.



*Dari sahabat kepada sahabat*


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Sahabat tolong doakan saya kuat dan sentiasa istiqamah di jalan dakwah + tarbiyyah ini di samping memegang status "bdok taun akhir" .

Mumtaz untuk agama, ummah dan mereka yg tersayang.

I.M.A.N

Posted by Aya Sophia at 2:32 PTG

“Ya Allah, Engkau peliharalah iman di dadaku ini agar aku terus istikamah dalam menjalani ibadah kepada-Mu. Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adlaah untuk-Mu Tuhan sekelian alam ”

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.

Ramai hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Itu tandanya iman yang ada dalam hati kita mengalami fluktuasi. Iman tersebut bisa bertambah kuat, namun juga dapat terkikis tanpa kita sedari. Naik turunnya iman yang kita miliki tergantung kepada diri kita sendiri dalam menjaganya. Sebagai seorang muslim, tentunya kita menginginkan agar iman yang kita miliki tidak berkurang, tapi justeru bertambah kuat. Karenanya, kita harus mengetahui apa saja yang mempengaruhi naik turunnya kadar keimanan dalam diri kita.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Moga iman kita trus diperteguh. Inshaallah



~Pemandangan bandar Amman 2 Muharam 1453 H ~
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea