Khamis, 16 Jun 2016

Jamiah muhafazoh

Posted by Aya Sophia at 11:35 PG

Alhmdulilah Allah murahkan rezeki kami penuntut ilmu hari ini melalui wasilah Ustazah jamiah muhafazoh. Syukur nikmat yang Allah berikan selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Di sebalik semua ini alhamdulilah bertemu mata dengan rakan-rakan satu bacth selepas dua semester tangguh.

Respon dyorg bila terpandang aku betul-betul buat aku rasa nak nangis. Nampaklah seraut wajah mereka yang benar-benar gembira. Syukur kepada Allah kerana Allah yang menghadirkan rasa senang dan gembira tu di hati dyorang. Walaupun aku bukanlah seorang kakak senior yang baik. Apatah lagi memberi manfaat pada dyorang. Moga Allah sentiasa mencampak rasa senang di hati orang sekeliling aku.

Tapi tak semua yang menerima. Apatah lagi bila dipulau di hadapan orang ramai atas alasan tidak di maklum lebih awal..

"Akak, lebih usia dari saya"..
"Akak, sepatutnya lagi matang dari saya"..
"Apapun yang akak rasa, takkan sama dengan apa yang sedang saya lalui"..

Terima kasih atas respon akak yang sumpah buat saya rasa nak terduduk. Terima kasih respon akak buat saya down sangat-sangat selepas saya cuba struggle dan kuat untuk hadapi semua orang. Terima kasih akak buat hati saya terluka. Saya tak minta banyak pun. Saya tak nak minta pun akak fahami yang terjadi. Saya cuma nak akak peluk saya dan tanya baik-baik apa yang terjadi. Saya nak akak gembira bertemu dengan saya. Tu je. Tapi tak apalah kan, akak dah minta maaf. Tapi tak sama dah diri saya. Tembok semangat yang saya bina hancur sekelip mata.

Kaki dah lemah. Hati dan jiwa dah terbang. Tak mampu nak angkat muka. Tak mampu nak halang dari airmata berhenti mengalir. Satu yang mampu aku doakan "Allah kuatkan aku hari mendatang" ...

Terima kasih dik, walau engkau lagi muda tapi engkau cuba memahami. Terima kasih sempat memaut tangan akak sebelum akak rebah. Terima kasih sebab heret akak jauh ke dalam. Terima kasih kerana cuba cover kesedihan akak. Terima kasih.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea