Jumaat, 4 Mac 2016

Awam mendung

Posted by Aya Sophia at 5:50 PG

Ak cuba balut luka dalam diam,
Biar tak terlihat parut dan kesan-kesan luka semalam.

Aku usap tangis dalam sendu,
Biar tak nampak cengeng di mata manusia.

Aku cuba kuat walau penat sering ku sembunyi,
Aku tetap berdiri walau penat memasak kaki di muka bumi.

Dan aku tetap di sini,
Bersama harapan dan kesabaran yang setia menemani.

Teguh mengukir bahagia,
Terus membina astana idaman yang dipenuhi cita dan impian,
Walau sesekali rasa itu menyinggah.

Dan kerana ak tahu,
Masa akan tetap berjalan,
Di gengam kemas kata-kata di hati,
                                                                                      لا تحزن إن الله معنا

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea