Jumaat, 16 Disember 2011

RISALAH CINTA

Posted by Aya Sophia at 9:05 PTG






Yaa Ilahi, Rabbi...
Kutunggu jawaban-Mu di sajadah kalbu

Kusimpan pesona-Mu di relung hatiKusibak tabir-Mu dengan menanggalkan dosa
Kuraih kasih-Mu dengan bertasbih
Semaikan benih-benih cinta,agar Aku dapat menyapa senyum-Mu.
Bukankah setitis air cinta,tidak akan mengurangi keindahan-Mu.
Bukankah Aku berhak merasakan kemesraan cinta-Mu...
Jikalau Engkau tolak risalahku,
Kemana lagi kualamatkan goresan tinta,
 cinta dan cita-cita ini...


Aku memang petualang cinta,
Aku masih mencari dan belajar memaknai cinta,
Sebagian cintaku, kugadaikan pada yang lain.
Namun, dengan keagungan cinta-Mu.
Bukankah Engkau tidak pernah menolak cinta hamba-Mu.
Terimalah puing-puing cintaku,
Balaslah cintaku dengan mahabbah-Mu.
Yaa Rahman, Yaa Rahim...
Dihadapan-Mu kupejamkan mata batinku,
Tuk menahan rasa malu.
Nuraniku bertanya,
Hadiah apa yang dapat memikat-Mu...?
Hanyalah risalah cinta ini yang dapat kupersembahkan,
Semoga Engkau berkenan menerimanya.

Ya Rahman, Ya Rahim...

Jumaat, 9 Disember 2011

Posted by Aya Sophia at 2:40 PG
~✿..Ya Allah, aku akan BERHENTI mengeluh dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang TIDAK PASTI..aku PASRAHKAN segala urusan ini kepadaMu, sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam, namun HARAPAN itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku telah habis untuk BERTAHAN pada situasi ini..biarlah harapan itu hanya Engkau saja yang menyelesaikannya..aku masih menginginkannya tapi aku hanya MENANTI sesuatu yang PASTI dan terbaik dariMu..

Dengannya atau tanpanya asalkan ada Engkau pasti aku BAHAGIA dan aku akan tetap bertahan dengan keyakinanku..ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku ihklas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan KELALAIANKU dalam sujud padaMu..✿~

>>> Wahai sahabatku, Allah kadangkala MENJAUHKAN seseorang itu daripada HIDUP kita atas sebab untuk MELINDUNGI kita daripada segala DOSA dan KEMAKSIATAN yang berpanjangan..oleh itu, BERHENTI MENGEJARNYA..♥♥♥





Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,Pasti ada makna disebalik itu semua,Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Khamis, 1 Disember 2011

:: "Tuhan berikan ku pedoman...,dan bila ku jauh kembalikan ku ke pangkal jalan" ::

Posted by Aya Sophia at 2:02 PG

Andai terlintas dalam fikiran untuk berbuat baik, maka jangan bertangguh lagi. Andai terdetik untuk berubah jangan dinanti-nantikan lagi. 

Sebab itulah banyak manusia yang telah mati meminta kepada Allah SWT untuk hidup semula.

Agar mereka boleh beramal sebanyak-banyaknya. Dalam Al-Quran banyak sekali Allah SWT menyebut bahawa kebanyakan manusia yang telah mati minta untuk dihidupkan kembali agar mereka boleh berbuat amal sebanyak-banyaknya.


Ayuh Teman2 Tingkatan Amal Soleh,Kita hindari Maksiat yang boleh menggelapkan hati


" Kerana esok belum tentu milik kita ".


Sesungguhnya, seorang muslim itu apabila ia berjalan dijalan DAKWAH, Ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, Bahkan dibawa bersama hati saudaranya
" KITA KADER DAKWAH " 



Isnin, 28 November 2011

Ada apa dengan Muharram ??!!

Posted by Aya Sophia at 5:14 PTG
Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu’ telah berkata : Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan iailah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.

- Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai’e dan Ibnu Majah -

P/s : MUHARRAM: Dipanggil begitu disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.


Alamalulillah..

Jumaat, 18 November 2011

Kisah Lalat Yang Menyebabkan Seseorang Masuk Neraka

Posted by Aya Sophia at 8:48 PG
Pernah dengar kisah ini? Atau pernah baca sebelumnya? Kisah yang mungkin biasa bagi seseorang namun akibatnya adalah sangat dahsyat pada kehidupan setelahnya (kehidupan akhirat). Seekor lalat pun dapat menyebabkan seseorang masuk ke dalam Neraka. 
Thoriq bin Syihab  meriwayatkan bahawa Rasulullah  bersabda :
“Ada seseorang yang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada seorang lagi yang masuk neraka kerana seekor lalat juga”. 
Para sahabat bertanya : ‘Bagaimana itu boleh terjadi Ya Rasulullah?
Rasul menjawab : “Ada dua orang pemuda berjalan melewati sekelompok orang yang memiliki berhala, dimana tidak boleh seorang pun melewati berhala itu tanpa dengan membuat persembahan sembelihan binatang kepada berhala itu lebih dahulu”
Maka sekelompok penyembah berhala tadi berkata kepada 2 pemuda tersebut : ‘Persembahkanlah sesuatu untuknya’
Salah seorang pemuda itu menjawab : ‘Saya tidak mempunyai apa pun yang akan saya persembahkan untuk berhala itu’
Mereka berkata lagi : ‘Persembahkan untuknya walaupun dengan seekor lalat ’
Maka  pemuda  pun persembahkan untuknya seekor lalat, maka mereka membenarkan pemuda itu tadi untuk meneruskan perjalanannya. Tetapi dia pun masuk kedalam neraka kerana perbuatan itu,
Kemudian mereka berkata pula kepada pemuda seorang lagi: ‘Persembahkalah untuknya sesuatu’ 
Pemuda itu  menjawab : ‘Aku tidak akan mempersembahkan sesuatu apa pun untuk selain Allah”
Maka mereka pun memenggal lehernya. Tetapi pemuda pun masuk kedalam syurga ( HR. Ahmad ).

Pelajaran yang dapat diambil dari kisah dalam kisah ini :
- Orang yang pertama kali dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis diatas adalah orang yang menyembelih kerana selain Allah.
- Dilaknat orang yang melindungi si pelaku kejahatan, iaitu orang yang memberikan perlindungan kepada seseorang yang melakukan kejahatan yang wajib dijatuhkan kepadanya hukum Allah.
- Dilaknat pula orang yang merubah tanda batas tanah, iaitu merubah tanda yang membezakan antara hak milik seseorang dengan hak milik jirannya, dengan diubah ke depan atau kebelakang.


Dinukil dari terjemahan “Kitabut Tauhid Bab Ke-10” Karya Asy Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah.

Rabu, 16 November 2011

Islam is Awesome :D We know that

Posted by Aya Sophia at 8:45 PTG
Small things matter (: Allah is Great.Allah is Great (: We say a simple Salaam to anyone, we’re rewarded. We smile at someone, we’re rewarded. We treat someone with kindness, we’re rewarded. We pray in Masjid with Jamaah, We are rewarded 27 times more than those who pray alone. We begin anything with Bismillaah, that action of us is rewarded. We end our activities with Alhamdulillah, we’re also rewarded. We think of doing a good deed, we’re rewarded. We control our temper, we’re rewarded. We eat and drink with our right hand, we’re rewarded. We pray for forgiveness and health for our fellow Muslims, We’re rewarded. We forgive, we’re rewarded. We think positive towards Allah and other people, We’re rewarded. We keep our promises, wer’re rewarded. We seek knowledge for the benefit of others, We’re rewarded. We share knowledge to others in need, We’re rewarded.. We walk towards the Jum’ah prayer, Our each step is very greatly rewarded. We take wudhu’, we are rewarded. We treat our mothers and fathers with humbleness,kindess and respect, We’re greatly greatly rewarded. We bring Allah to rememberance,We’re rewarded ! So why do we withhold our reward ? Islam is Awesome :D We know that 

Selasa, 10 Mei 2011

Pintu Langit Sentiasa Terbuka

Posted by Aya Sophia at 8:15 PTG

“Berdoalah kepadaKu, pasti aku perkenankan untukmu” (Ghafir: 60)

Ini adalah gambaran hubungan yang akrab antara si pengharap dengan Yang Maha Memenuhi harapan. Apabila hubungan antara kedua-duanya akrab, maka segala harapan akan menjadi kenyataan denga izinNya.

Si pengharap adalah hamba manakala yang diharapkannya adalah Tuhannya. Sewajarnya seorang hamba yang mengharap itu menjadi hamba dalam erti kata sebenarnya seperti yang dituntut Tuhannya.

Tentu sangat memalukan jika dia hanya mengharapkan Tuhannya memenuhi segala harapannya, namun dalam masa yang sama dia tidak pula memenuhi ‘harapan’ Tuhannya untuk dirinya sendiri.


Mari Menjadi Hamba

Islam membebaskan manusia daripada penghambaan sesama sendiri dan segala karut-marut kepada penghambaan hanya untuk Allah Taala. Penghambaan yang menjadikan manusia itu terhormat dan terpelihara maruahnya.

Sehebat manapun seseorang, dia tetap seorang hamba. Jadi, lihatlah kehidupan di dunia ini pada kaca mata seorang hamba. Dia tidak boleh berbuat sesuka hati. Islam datang bersama-sama peraturan yang mesti dipatuh. Pilihan sama ada dia patuh atau ingkar. Sesiapa yang patuh akan selamat, sesiapa yang ingkar dia akan binasa kecuali dia tidak mati. Tetapi setiap orang akan mati.

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” (az- Zariyat: 56)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi” (al Baqarah: 30)

Seseorang tidak akan mampu menjadi khalifah yang baik apabila dia tidak terlebih dahulu menjadi hamba yang baik. Inilah hakikatnya. Kesedaran selaku seorang hamba akan menyedarkannya akan peranannya selaku khalifah yang sebenar di bumi Allah Taala.

Pintu Langit

Pintu langit iaitu rahmat Allah Taala sentiasa terbuka untuk dilalui doa-doa hamba-hambaNya.
Memohon pengharapan kepada Allah Taala melalui doa menjadi kelaziman hidup Rasulullah s.a.w. Berdoa itu satu ibadah yang sangat dianjurkan kepada orang-orang yang beriman, maka Rasulullah memberi tuntunan yang serapi-rapinya dalam hal ini.

“Doa itu merupakan ibadah.” (HR. Abu Daud dan Tirmizi)

“Doa yang sering dibaca oleh Nabi ialah, ‘Ya Allah, berilah kami di dunia kebaikan, dia akhirat kebaikan dan selamatkan kami daripada azab neraka.” (Muttafaq alaih daripada Anas r.a)

Doa di atas adalah untuk sekalian manusia. Baginda sering membacanya untuk diikuti umatnya kerana inilah salah satu puncak doa kepada Allah Taala. Ia juga tanda cinta baginda kepada umat. Sungguh, sangat banyak doa yang dapat dijumpai dalam al quran mahupun sunnah Rasulullah yang sahih. Sama-sama kita baca dan amalkan.

Baginda juga mengajar umat bahawa doa itu tidak boleh setakat berdoa sahaja. Doa itu perlu diiringi pula dengan usaha menurut kemampuan manusia. Baginda sendiri berjuang dan bertungkus-lumus terlebih dahulu, kemudian diiringi dengan doa.

Hakikat hidup ini bukan sekadar berdoa-doa sahaja tanpa berusaha. Baginda memperingatkan kita supaya jangan ada ‘istijal’ dalam berdoa kepada Allah Taala.

“Apa istijal itu, wahai Rasulullah?” seorang sahabat bertanya.

“Aku telah berdoa, tetapi doaku seperti tidak dimakbulkan,” jawab Rasulullah.

“Lalu dia merasa menyesal dan tidak lagi mahu berdoa,” kata Rasulullah menghuraikan lagi makna istijal itu.

Hidup manusia memang tidak sunyi daripada kepayahan dan harapan. Justeru, bermohonlah kepada Allah supaya diberi pertolongan dan bimbingan. Sedangkan Rasulullah selaku kekasihNya mengisi hidup baginda dengan doa, betapa lagi kita selaku hambaNya yang hina.

Berdoalah selagi pintu langit masih terbuka dan jangan pula menyalahi petujuk-petunjuk Rasulullah dalam berdoa.

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami orang yang rugi.” (al-A'raf: 23)

Waallahua'lam.

http://kalamfitrah.blogspot.com/2011/03/pintu-langit-sentiasa-terbuka.html
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea