Sabtu, 26 Mac 2016

Bulatan gembira

Posted by Aya Sophia at 9:34 PG

Usrah.

Yeap. Dari 2004-2016, hati dan jasad di asuh dengan usrah. Baik dari keluarga, sekolah, dan sahabat2. Hebatnya usrah, bila kita malas sangat2 nak menghadirkan diri.. in the end kita dapat juga lawan perasaan malas kita tu, di situ kita dah boleh merasai kemanisan sebuah mujahadah melawan nafsu demi sebuah bulatan gembira yang bernama usrah 😆.

*sering kut mujahadah dengan nafsu setiap kali nak pergi usrah, last-last angkat kaki juga pergi. Kuatkan diri sebab apa..

-sebab tahu, diri ini bodoh dan malas. Jadi bila pergi usrah, tahu akan dapat sesuatu dan akan dapat ilmu.
-dari bazirkan masa sorang2, baik berkumpul dalam bulatan gembira.
-join usrah bukan sebab terpaksa, bukan sebab bajet baik tapi nak islahkan diri. Tahu diri ni banyak sngt laghah dan jahil 😭.

Banyak lagi point nak cakap tapi tak tercakap, 😣 sebenarnya rindu nak duduk ramai2 dan membajai iman sama2. Nak sangat duduk ramai2 bincangkan masalah ummah. Nak sangat duduk ramai2 bergurau senda disebalik ilmu yang dikongsi. Yang paling penting nak sangat duduk ramai2 tadarus ayat-ayat suci al-Quran.

Ya Allah demi namaMu ku rinduikan semua ini.

Tapi sekarang aku tahu, andai bukan kita yang mencari jangan harapkan ia membentuk ikatan hati membentuk jundullah. Sapu airmata ku doa moga ukhhwah ini masih membias di dada kalian. Rindu dalam diam, mendoakan dalam sepi.

 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea