Khamis, 3 November 2016

"Dan apabila aku sakit, Engkaulah penyembuh."

Posted by Aya Sophia at 9:48 PTG
After long time, tak sempat nak upadate entry apa-apa. Right now, nak share one moment yg bg aku... I will never forget! 
Allahurabbi, nak start cmne ek.. Bagi aku, tahun 2016 ni a lot of memory yg bermaca-maca bukan macam-macam. Hahaha. Okey, skrg aku nak share firstime admit ward pastu kena operation plak. Dua benda yang aku tak pernah terpikir that will be happen in my life. Tak sangka langsung yang sakit perut setiap bulan tu ada sesuatu yang menjadi punca. Ingatkan masalah masuk angin or silap makan pedas.
Malam tu lepas isyak, memang direct terus pergi emergency Husm sebab sakit tu dah tak boleh nak tolerat dah dengan badan. Zon kuning, dalam around 12mlm doc scan dan xtray after 3jam, that times Doc dapat detect ketumbuhan tu. Seriusly sakit tu dah reda sbb Doc dah masukkan 250ml ubat tahan sakit. 2x after that macam kira okey sikit walaupun sakit tu still ada.
And Doc direct terus minta puasa sebab macam nak kena operation immediately. Dalam tahan sakit tu macam iya kan jelah. Sebab Doc bagitahu, walau macamana pun " awak mesti dibedah" because ketumbuhan (csyt) tu dah besar dan takut makin membesar and bg side effect pada ovary belah kanan. Jadi, walau cakap tak nak pun Doc dah buat keputusan. Hahaa takkan lah saya nak lawan cakap Doc plak.
Sumpah, hydrat gila sebab nak kena operation. Tak makan dan minum dari petang tu lagi. Last makan 6pm kt rumah. Dalam around kul11mlm boleh plak termuntah . Esok tu dalam pukul 3.30 ptg baru masuk OT.. And everything will be right. Smooth je operation tu, and alhmdulilah ovary belah kanan still function. Masuk hospital 30.10.16, operation 31.10.16 dan keluar hospital 1.11.2016... Kenangan betul.
So, lastly nak cakap..  Jagalah permakanan anda, anda mampu menjadi sihat. Dari apa yang Doc bagitahu benda ni setiap wanita ada cuma dari segi permakanan yang menentukan ia akan membesar dan membahayakan. Apa yang terjadi pada aku, di sebabkan pengambilan kolagen dan soya yg berlebihan.
Okay 2016, banyak sangat kenangan dengan hospital, bulan september 8hari kena ambik blood sebab denggi !!! 
Hopefully, 2017 dah tak de kenangan sebegini. Please be nice to me.  Doakan aku cepat sembuh dan sihat. Bila dapat ujian macam ni, barulah nak sedar sebenarnya nikmat Allah dah banyak dipersiakan. Dan yang paling kuat aku bisikkan, ada hikmah yang Allah berikan disebalik semua ini terjadi. Dengan nama Allah aku terima segala ujian yang tak seberapa ini dengan dada yang berlapang. Mksh ya Allah.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea