Ahad, 21 September 2014

Misr dalam ingatan

Posted by Aya Sophia at 6:54 PG
Keputusan dibuat lepas pada survey ticket, last in the end aku bermusafir ke mesir.

23hb ogos 14. .Bertolak pagi dari Mafraq ke Airport Queen Alia. Menjejakkan kaki ke sana untuk kali ke-6. Bukan pulang ke malaysia tapi berjaulah ke bumi yang terkenal dengan kezaliman Firaun. Sesampai kat mesir, satu je yang aku mampu cakap.. Kenapa mesir macam K.L..haha. Jauh beza dengan keadaan Jordan. Bukan nak cakap mesir tak macam bumi anbiyya tapi mungkin sebab struktur bangunan dan keadan sekeliling tak menampakkan sangat. Senyuman yang benar-benar manis ku ukirkan. Dan aku syak, ustaz yang bawa kami berenam  tu pun cair habis dengan senyuman aku.

"Minta maaflah ust, saya senyum untuk mesir dan bukannya sebab ustaz. Harap jangan salah faham."
ayat tu aku reply pada ust tu, selang 4 hari aku kat mesir. Dah ayat2 whtpss dia berbau ala-ala kumbang nak tackle bunga. Hohoho.. Memang aku tak guna dah ayat balagha atau kiasan. Direct terus. Maafkan saya..

(Pyramid, GIZA)

(Matruh Siwa', Pantai yang menerbitkan 7 warna air pada bulan semptember dan mac)

(Bukit Sinai, dapat larangan dari PMRAM. Tapi dapat ditawan juga akhirnya walaupun keletihannya hanya Allah yang tahu. Tapi kecantikan dan keindahan dari puncak saat sunrise serius menundukkan kehambaanku pada penciptaan Ya Rabb)



(Kolam air mandi CLEOPATRA)


Seribu satu juta terlakar kenangan di sana, ibrah yang masih banyak tak dapat ku jelajahi dan ku kutip sepanjang keberadaan disana. Namun sesuatu yang terkilan sepanjang 20 hari disana. Akhwat disana tak merebut kelebihan taman-taman ilmu yang diberikan oleh syeikh-syeikh azhar. Majlis taalaqi ilmu boleh dikatakan bersepah di masjid-masjid cairo. Namun mungkin ada alasan yang tersendiri, menghalang mereka untuk bertaalaqi. Tapi satu kerugian bila aku merasakan dan melihat syabab-syabab melayu disana hanya membuat komuniti mereka sendiri. Tak bergaul dengan Arab, tak merebut peluang taalaqi. Allahu'alam. Bagiku itu satu kerugiaan yang besar. Suke hati je kan nak cakap macam nie.. Semoga Allah berikan hidayah untuk mereka. Jauh dari keluarga, andai kata gedung hati dan dada tak dipenuhkan dengan Ilmu, hanya sia-sia saja keberadaan pelajar Malaysia di sana. Biah antara arab jordan dan arab mesir sangat berbeza. Atleast aku bersyukur Allah campakkan aku di jordan walaupun duit matawang sangat mahal kat sini. Nak plak terdampar dibumi sahara nie, Arab disini bertutur fushah. Berbanding dengan pelajar yang berada di Irbid atau Mu'tah, mereka bertutur dengan Bahasa Arab ammi. Hikmah yang Allah hadiahkan untuk diri kerdil.

Tak semuanya manis sepanjang disana. Ada cerita luka kisah pahit yang ingin aku lupakan. Hanya sedikit ibrah yang mampu aku kutip sepanjang disana. Semoga ada hikmah atas apa yang terjadi.Apepun sebelum pergi meninggalkan airport Cairo di akhir solat sunat musafir airmata gugur, ku titipkan semoga MISR KEMBALI DITANGAN IKHWANULMUSLIMIN dan semoga Misr sentiasa dalam jagaan Allah selalu.

11.9.14
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea