Selasa, 1 Julai 2014

Mencari ilmu di alam maya

Posted by Aya Sophia at 4:13 PTG
Alhamdulilah..Alhamdulilah. Masuk hari ke-4 berpuasa dibulan penuh keberkatan ni. Tipu kalau diri cakap tak teruji dengan keadaan dan suasanan. Berpuasa 16 jam di bawah panas suhu 41darjah celsiuc dengan kudrat sebagai "tolibul ilmi" (penuntut ilmu). *tunduk pandang bumi je* setiap kali nak terzahir perkataan "penat" dihujung bibir, segera hati menahan khuatir nanti pahala puasa berkurang~ Terasa lucu dan kelakar, Allahurabbi...lemahnya iman aku sebagai seorang hamba. Jika nak dibandingkan suasana zaman Rasulullah s.a.w sememangnya aku tak layan untuk dinobatkan hidup dizaman sahabat, tabien dan tabi tabien.Mengali ilmu di musin soifie nie atau maksudnya di musim panas memang menguji keihklasan dan membentuk ketakwaan. Semoga hasilnya melahirkan saksiah peribadi seorang mujahidah yang memberi manfaat.

Ahad lepas last paper exam untuk imtihan awal. Dan hari isnin, keseluruhan markah untuk exam imtihan awal dah dapat. Antara 3 subjek hanya satu subjek yang boleh buat aku bernafas. Yang dua subjek lagi, aku pun buntu dan bingung. Mungkin ini ujian Allah. Kefahaman lebih penting pada aku.Semoga Allah memberikan kefahaman yang lebih dan kemudahan dalam menuntut ilmu.

Menuntut ilmu di perantauan lebih-lebih lagi di bumi anbiya, satu je kekurangan yang aku rasa memegang gender "akhwat", kesempatan untuk bertalaqi dengan syeikh-syeikh. Serius perkara itu buat aku jealous petala langit ketujuh dengan golongan "syabab". Bagi aku, syabab yang tak merebut peluang nie adalah syabab yang looser. Rugi dan rugi yang amat sangat... Kalau diasimilasikan dengan perniagaan, syarikat itu mengalami kerugiaan yang berlipat ganda. Memohon kemaafan seandai bicara ni berbau keangkuhan. Tapi pesanku, gunakan masa yang ada untuk mengaut ilmu yang ada pada mereka (ulama-ulama). Mereka tak akan hidup lama, bakal meninggalkan kita..Dan harta benda tak akan kekal didunia ini hingga ke akhirat. Tapi ilmu yang bermanfaat akan berkekalan dan mampu menolong kita untuk masuk ke syurga ALLAH wabiiznillah.

Apa kaitan tajuk dengan entry pun tak tahu, berkait atau tidak *ambil buku tutup muka*. Tapi kat sini nak bagitahu alam maya adalah salah satu medium ilmu yang mampu aku cerobohi dan mengutip sebanyak mungkin permata ilmu yang bermanfaat tetapi awas, jangan di hadam sebulat-bulatnya, kerana ilmu yang berkaitan agama, hukum dan akidah kita perlu kepada guru yang khusus. Jangan berguru di alam maya sahaja, bahaya. 

                         =Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih=


*Pesan pada da'ei, kutiplah seribu jenis ilmu yang mampu kita fahami..kerna ma'duie kita bukan sejenis sahaja. Semoga da'ei-dai'e Islam mampu menyebarkan manfaat untuk kebaikan seluruh ummah. Doakan kejayaan empunya diri blog ni..semoga Allah anugerahkan kejayaan yang bermanfaat untuk orang lain.


#Ramadhan bulan pengampunan. Bulan untuk pendosa berusaha mohon pengampunan. Bulan yang mengajar tentang kehambaan antara hambanya dengan penciptaNya #Road to imtihan sani##Selamat menunaikan ibadat dibulan Ramadhan Mubarak#
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea