Ahad, 20 Julai 2014

Tangisan Ramadan

Posted by Aya Sophia at 7:58 PTG
Semalam selesai satu paper untuk exam final. Tak tahu nak cakap apa. Yang pasti lepas selesai exam, mengatur langkah keluar dari dewan dengan tangisan. Tangisan yang benar-benar buat diri terduduk. Soalan doctor serius tahap budak master, kena jawap plak dengan komputer. Satu soalan 30 saat. 50 markah dengan 33 soalan.Meroyan sorang diri. Pasang earphone jalan macam orang dah putus harapan. Imtihan awal dengan midterm serta campur markah kehadiran 41/50.. Jadi serius hati tak tahu, daripada 33soalan untuk final tu berapa je betul..Mohon sesiapa yang baik hati tolong tembakkan doa. Nak skor madah tu dengan markah 85 keatas%.





*Sambil jalan heret kaki dengan jiwa kacau terpasang lagu kumpulan Mestica (rahmat ujian) dan Firdaus (putaran kehidupan) makin melayang jiwa.Tu cerita lepas habis jawap, ala kulihal ku serahkan segalanya pada Allah. Pada Dia ku sandarkan. PadaNya ku serahkan natijahnya. Semoga Allah sudi menganugerahkan kejayaan untuk diri yang penuh khilaf ini.Maybe not today, maybe tomorrow but one day you will thanks to Allah for every problem, ujian, mehnah and tribulasi yang dihadapi.  Allah bukannya berikan apa yang kita nak tapi Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.. Oke, Allah knows the truth about you and has chosen you to be a Muslim in spite of it. That is reason to be happy today, tomorrow and the next day!!Semoga terus berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah. Semoga dapat persembahkan amalan yang tidak sia-sia dihadapan ya Rabbul Izzati kelak.Jangan pernah rasa putus asa. Dunia di tangan, akhirat di hati.

     Fa'iza 'azamta fatawakkal'alal lah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah.


Cerita kat atas tu hanya selingan cebisan kehidupan diri ini, selepas lama menyepi dari buat sebarang entry. Hadaf sebenar yang nak post hari ini tentang Gaza. Kisah saudara seislam. Facebook ku deactive, twitter pun deactive sebab... hati tak sanggup nak tengok gambar-gambar umat Islam yang syahid. Nyawa umat Islam seperti tidak ada nilai sesen habuk di pandangan kafir laknatullah tu. Serius, bila berbicara tentang Palestin dan Gaza.. ku tak mampu berkata apa-apa, cukup ku mampu kirimkan doa sebanyak yang terdaya dan rezeki yang ada ku berikan. Tak mampu untuk pergi berjihad ke sana. Amalan tak cukup piawan untuk mati syahid lagi. Sadiskan...Beruntung mujahid dan mujahidah disana, boleh dapat cash syurga sebab syahid dijalanNya dengan JihadfiSabilillah. Allahurabbi, aku cemburu dengan kalian ;')

ALLAH GIVES THE HARDEST BATTLES TO HIS STRONGEST SOLDIERS

Allah Maha Gagah. Sesungguhnya tidak ada satu kuasa atau ciptaaNya mampu menandinginya. Sekarang mereka boleh gembira dengan tindakan yang mereka lakukan. Tapi tidak ada satu pun dari mereka akan terlepas dari azab seksaan pedih kelak. Dan janji Allah itu pasti. Islam akan menang. Islam akan berdaulat di setiap inci muka bumi ini. Perbanyakkan doa, di malam-malam terakhir bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga di antara doa-doa kita, ada yang Allah makbulkan. Jangan persia-siakan 3 waktu mustajab untuk beroda.Antaranya;

  • Waktu sebelum berbuka.
  • Waktu bersahur 

 Kita di sini, mohonlah perbanyak pelindungan untuk diri sendiri, ahli keluarga, pemimpin serta negara. Semoga dilindungi dan dipayungi rahmat Ilahi. Dalam situasi dunia akhir zaman, infiruu ila fastabikul khoirat.Tanpa pergantungan pada Allah s.w.t. siapalah kita. ( La haula wala quwwata illa billah)

#salam takziah untuk ahli keluarga mangsa MH17.AL-FATIHAH#






 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea