Ahad, 21 September 2014

Bawa Haluan..

Posted by Aya Sophia at 5:25 PG
Pejam celik dah hampir 7 bulan aku tak dapat pengisian tarbiyyah. Lepas pada k.Lyn balik ke malaysia. Hati berteka teki sendiri. Mencari jawapan disebalik semua itu. Hati makin gawat bila bertemu sahabat perjuangan. Tiada lagi bicara tentang gerak kerja atau perjuangan. Hanya isu-isu semasa yang terhujah.

Setiap kali ketemu insan yang sama-sama dalam kapal tarbiyyah, pasti akan terucap dibibir mereka;

"Akak, oke? Akak sihat?"

Aku makin pening dan musykil dengan keadaan mereka. Ada sesuatu ke yang terjadi hingga soalan-soalan sebegitu kerap kedengaran di halwa telinga ini. Habis exam final lepas raya Aidilfitri aku membawa diri ke sebuah mantiqah. Untuk menjenguh keadaan seorang sahabat disana. Kebetulan impian untuk pulang ke Malaysia untuk menjaga abah tak kesampaian. Harga tiket yang agak melampau harganya membuatkan aku terbantut untuk pulang bercuti.


Berada disana, ada rahsia dan jawapan yang terungkai.
Serius, hati aku menangis. Bila dikhbarkan tentang status aku. Rupanya, kapal tarbiyyah yang telah mentarbiyyah aku selama 4 tahun pergi meninggalkan aku. Tanpa pengetahuan aku. Aku tahan airmata dari tumpas. Serius, hati tercalar. Redup mata bertakung dengan airmata. Ku bisikkan pada hati "Ya Allah mohon kuatkan hatiku".. Terdiam dalam kecelaruan fikiran. Semoga ada hikmat yang terselit atas apa yang berlaku. Aku percaya, pasti ada sebab aku digugurkan sedemikian. Dan aku yakin salah satu sebab mungkin disebabkan aku aktif juga dengan NGO lain.

Tapi kalau seandai kata, disebabkan aku aktif dengan NGO lain asbab kepada penguguran aku, serius aku tak mampu maafkan siapa yang membuat keputusan ini. Diam aku penuh kebenciaan. Kali pertama seumur hidup aku, rase kebenciaan yang teramat amat sangat hingga hati aku terasa seperti ditumbuk lunyai. Aku pasrahkan hati. Semoga Allah tunjukkan apa yang benar. Aku bukan lari dari pejuangan tapi perjuanagan yang meninggalkan aku.

Sepanjang 7 bulan tanpa tarbiyyah, banyak lamaran dari pihak jemaah lain yang inginkan aku bersatu bersama mereka. Namun selama itu, lamaran mereka aku tolak dengan penuh lembut. Bagi aku, walaupun aku bersama mereka dalam apa jua program yang mereka anjurkan, hatiku tetap setia. Namun bila kesudahan ini yang berlaku, ade senyuman yang terukir dibibir bersama juntaian airmata. Terbetik di hati, apa salahku.

20.09.2014...
Setelah lama lamaran itu bertandang. Untuk kali keduanya.. Aku terima lamaran untuk bersatu. Keputusan ini, untuk pastikan aku masih punya haluan untuk membawa aku memberi sumbangan pada Islam. Semoga Allah memberkati keputusan yang aku buat. Bukan aku berubah hati, tapi aku perlu berubah wasilah jika ia sudah membuangku untuk apa terus berharap. Sedangkan masih banyak wasilah untuk aku daulatkan Islam dan Deen.

Aku anak kelahiran kelantan
Negaraku adalah Malysia
Agamaku adalah ISLAM
Panduanku AL-Quran dan Sunnah
Rasulku adalah Nabi Muhammad
Tuhanku ALLAH.

Maafkan hati ini, yang pasti fikrah ini aku jelas. Fi Amanillah untuk sahabat seperjuangan.


 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea