Selasa, 1 Julai 2014

Program khirijin Aksjo

Posted by Aya Sophia at 4:32 PTG
19Jun 2014
10.30-11.30 Malam

Bibir tersenyum tapi hati yang bergunda gulana hanya Allah yang tahu. Mendengar taujihat dari dia wakil dari pihak syabab untuk kiteorang adik-adik aksjo yang masih akan terus terdampar di lapangan padang sahara ini. Dia... yup dia, senior sekolej sewaktu diploma yang paling banyak aku rujuk..hatta malam dua tiga hari sebelum exam aku akan cari dia untuk minta dia terjemaahkan atau syarahkan apa yang aku tak faham. Dan serius dia akan usaha untuk membantu aku. Dan disebabkan penempatan yang aku tinggal disini, kebanyakkan syabab dan mutazawwij yang tinggal, dia yang menjadi sasaran aku untuk dijadikan muraqib. Selain dia, presiden yang selalu menjadi mangsa..kebetulan tinggal berdekatan dengan penempatan aku.

Hati beralun, lepas nie memang susah dah lah nak pergi program Ilmiah anjuran persatuan..Sejujurnya, aku susah nak selesa dengan yang berlawanan jantina. Kalau aku boleh lakukan sendiri, aku akan buat sendiri. Tapi kalau bab muraqib ni memang aku tak beranilah nak buat kepala sendiri. Susah nak ketemu orang yang betul-betul sanggup tolong muraqibkan.Lagipun komunikasi antara aku dengan dia, hanya berbicara yang perlu saja.

Setiap kali nak minta muraqib ku layangkan sekeping whtpps, "Ust, ana nak minta muraqib dari rumah ke Bp".. Dia akan reply " Ok, ana tnggu kt bawah" dan aku akan reply " Jap, 2min".

Sebenarmya motif aku tulis semua nie, aku sedih sebab akan kehilangan muraqib. Teringat kata-kata housemate aku waktu tu dia tak ada di mantiqah dan aku sedih sebab tak dapat nak pergi program. Housemate aku tawarkan untuk telefon muraqib lain tapi aku pun cakap "k.qis tak retilah (xpandai) nak muraqib dengan syabab lain." Serius aku tak reti..Housemate aku reply "k.qis kena belajar muraqib dengan orang lain."Kata-kata housemate aku tu ada benarnya. *senyum pahit*

Dan satu masalah dengan perangai aku, kalau aku hanya pernah berurusan dengan syabab tu.. hanya syabab tu lah yang hanya aku pandai minta tolong. Sikap aku kut yang tak berapa pandai nak bertaumul dengan syabab. Jika di check pun num fon syabab dalam hanset ni tak ramai..tak lebih dari 5 orang. Itu pun atas alasan muraqib dan urusan persatuan., kelakar. Dalam sedar tak sedar, dia banyak taburkan jasa pada aku. Tapi presiden pun banyak juga bantu dalam bab muraqib. Malam exam teman pergi hospital bagai. Lepas pada fasal soifie nie aku tak tahu siapa yang bakal aku cari untuk muraqibkan ke program-program ilmiah., dia memang sah-sah dah balik waktu tu. Presiden plak, dia pasti makin sibuk dengan persatuan dan bukan hak dialah nak sentiasa boleh muraqibkan aku lebih-lebih lagi lepas jadi satu kes tu. Argghh... Nak muraqib tetap boleh tak?????? Bukan setakat rumah persatuan boleh pergi, rumah ALLAH s.w.t pun aku boleh jejak kalau ada muraqib tetap.

Namun, hidup perlu diteruskan bab kata Juniza. =')

Ini salah satu ceritahidup.
Langit pantai aqabah menjadi saksi pertemuan kita semua. Padang pasir Mafraq menjadi asbab kita bersama.
Moga kita semua mampu jadi permata di balik permata yg menyinar. Saling mendoakan. 

Ala kulihal, semoga khirijin lulusan Aksjo menjadi pencetus dan penyebar ilmu untuk ummah di Malaysia nanti. Terhanyut sebentar, bagaimana perasaan bila bergelar khirijin nanti.. Adakah akan tersenyum kepuasaan dihujung bibir ini di hari berjubah? Adakah penuh ilmu didada untuk dikongsingkan dengan masyarakat kelak? Adakah amanah sebagai pelajar agama ini mampu ku laksnakan...Semua itu buatkan aku nak pitam memikirkan jawapanya. Yang pasti, selagi Allah berikan nyawa untuk bernafas, selagi itu ada peluang yang mampu kita rai dan rebut!!!! Teruskan berjalan wahai musafir ilmu. Perhentian ini masih jauh, semoga keberkatan Ilahi sentiasa terselit.

Alumni.Siswazah.Kias.Satu.Jordan>memori ASKJO<


 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea