Ahad, 25 Mei 2014

Cerita hati Mafraq

Posted by Aya Sophia at 4:01 PTG
Bismillahirahmanirahim.

Berlalu seminggu lebih fatrah imtihan, dan esok adalah last paper untuk semester nie. Semoga Allah permudahkan segalanya. Berbaki 6jam lagi sebelum peperiksaan. Terpaksa menconteng ruangan blog nie. Disaat diri nak berperang dengan peperiksaan disebabkan rasa sakit hati untuk meluah sesuatu yang bersifat peribadi, ruangan ini menjadi pilihan. Nak nangis. Sakit sangat-sangat hati ni.

(T_T)

Rasa macam nak masuk Hirom nangis sepuas hati. Terkesan sangat dengan sikap dia. Jauh dari family buat aku lebih banyak menyimpan perasaan. Kalau di Malaysia, seandainya ada yang buat aku sedih, pasti ku layarkan msg untuk adik aku.. "kak sedih"and buat buat emo banyak2 dan start nangis.

Ingatkan sakit itu tak perlu berulang, hanya pada Allah ku adukan. Semoga Allah menjaga ukhwwah ni. Aku penat untuk bertahan untuk sebuah hubungan yang bermatlamatkan saudara seagama dan meraih keredhaan Allah. Maaf seandai suatu hari, diri ini akan berlalu meninggalkn ukhwwah nie. Kerana aku dah CUBA kuatkan hati ini untuk bertahan. Aku sudah CUBA gagahkan kaki ini di sampingmu sebagai sahabat. Jika saat itu tiba, maksudnya aku sudah tak berdaya untuk berlakon kuat dihadapanmu, tak dapat berselindung lagi dengan airmata aku yang mengalir ni. Seandai tiba saat itu, tolong doakan aku kuat wahai sahabat, TIKA tiba waktu untuk berlalu meninggalkan dirimu dan membawa kenangan untuk dikenang sesuatu yang pasti menyakitkan.

" Aku senang mengenali dirimu. Entry ini, kali kedua ku ukirkan disebabkan dirimu. Aku tahu engkau bagus, engkau harapan ibumu, terima kasih meluahkan masalah mu disaat engkau rasa down disebabkan kutukan manusia kepadamu, aku gembira dapat mendengar luahan hatimu. Walaupun setiap berita yang gembira tentang dirimu, bukan dari engkau aku mengetahui tetapi itu sudah memadai bagiku. Aku tahu manusia pasti berubah, lebih-lebih dirimu. Dengan taklifan jawatan dan amanah yang engkau pegang makin berat dari awal usia perkenalan kita. Aku tahu engkau bakal berubah..berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku, izinkan aku mengukir senyuman untuk dirimu, walau dari kejauhan. Aku tahu aku bukan sesiapa, namun satu yang mampu aku doakan..semoga engkau jauh dari fitnah seorang wanita di sebalik taklifan yang engkau pegang."


 Sekali aku bersahabat, selamanya engkau akan bergelar sahabat.


 Aku tahu engkau pernah terluka dengan penerimaan dan salah faham keluargaku, mungkin isu itu yang membekaskan hati aku dan engkau. Cukuplah kalau rasa itu membuatkan engkau bertindak sebegini pada malam ini semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk engkau dan aku. Sahabat maafkan aku kerna luka itu tak mampu ku hilangkan, moga Allah sembuh rasa itu. Aku bimbang luka semalam mampu menewaskan lagi airmata aku dihadapan engkau kelak. Mohon sejuta kemaafan dari hati ini. Aku senang dengan dirimu walaupun akhwat sering menyalah erti tentang sikap engkau. Pertama kali aku melihat ketegasan dirimu yang berjaya menitiskan airmataku, egoo mu membisukan bicaraku. Isu itu membuatkan aku kaku untuk berintraksi dengan dirimu. Aku tahu engkau marah, aku tahu hati engkau sakit, aku mengerti rasa itu dan aku juga tahu hati aku sakit melihat hatimu sakit. Ku diamkan dengan sikapmu, maafkan aku. Seikhlas hati ku ikhlaskan persahabatan ini. Maafkan aku saat bicaraku makin kaku, maafkan ku saat aku bakal mengelak dari bertemu dengan mu, dan maafkan aku seandainya aku menjauh. Aku doakan engkau baik-baik sahaja dalam jaga Allah. Engkau sahabat yang terpilih dan aku memilih untuk menjadi sahabatmu.Moga ikatan persahabatan ini tak putus disebabkan itu. Aku perit.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea