Rabu, 5 Ogos 2015

Kehidupan atas sebuah ukhhwah

Posted by Aya Sophia at 5:43 PG

Aku manusia ego. Yap dari kecik hingga besar, sering perkataan ego kedengaran. Tapi bila aku semakin pandai manage hati aku.. perkataan itu makin menghilang tapi sentiasa bergema dalam lubuk hati aku.


Yea aku mengaku aku ego.Yea aku ego untuk mengata sayang pada mereka.Yea aku ego untuk tunjukkan bertapa mereka berharga disisi aku.

Terima kasih untuk mereka yg aku merasa ada tautan hati dengan kemanisan ukhhwah fillah.
Terima kasih untuk mereka yg hadir macam chipsmore tapi kasih syg yg terasa mengalahkan gam gajah di kedai. Mekasih ya allah, di balik persahabatan yg bersifat keduniaan, engkau berikan dua tiga insan yg benar2 bersahabat keranaMu. Untuk kamu, yg sedang membaca entry ini, dengan lafaz Bismillahhirahmanirahim aku sayang kalian kerana Lillahitaala. Moga sentiasa kuat selalu walau suatu hari nanti aku tidak berdiri disisi kalian. Yang pasti aku akan sentiasa doakan kalian. :')

Rabu, 8 April 2015

Ujian Allah

Posted by Aya Sophia at 3:13 PG

Diam sepi membawa diri,
Bukan tidak mahu meluah,
Tapi rasa ini ku hanya ingin berbagi denganNya.Senyum pahit.

Hati tak tenang. Luarannya nampak aku bertabah. Tapi hanya Dia yang tahu. Ku susun nafas ini. Ku pejamkan mata. Ku bisikan pada hati, ujian ini Allah mahu kuatkan engkau. Jangan di tahan airmata yang bertakung, hanya menambah derita di hati. Ku buka kalam Ilahi, menangis dan terus menangis hingga suara serak. Aku lemah, aku tak mampu. Hanya satu yang ku pinta takkala bertemu sua denga sahabat di alam maya " doakan kejayaan aku"... pada ma abah, aku tuturkan, "mohon doakan double triple special untuk diri ini, aku perlu doa kalian yang tak terhijab dengan Ilahi.

Kadangkala mereka yang tak terlihat di mata itu lebih ikhlas mendoakan, dari mereka yang di sisi tapi banyak sekadar boneka. Hadir disaat buntu, hadir di saat lemah, hadir disaat kesempitan. Ku kuis pasir dihujung kasut, semoga rasa dihati hilang seumpama pasir yg melekat di kasut. Semua ini hanya ujian dunia. Lap airmata, cekalkan hati. Ujian para anbiyya lagi dasyat apa yang aku alami. Ujian ulama lagi menakutkan dari aku. Senyumlah untuk sambut sebuah kekuatan. Kekuatan dari Ilahi. ❤❤❤

Selasa, 10 Mac 2015

Ahlen soifie

Posted by Aya Sophia at 10:19 PG

Pejam celik dah start angin panas menampar lembut dihujung lapisan kain nipis.

Hembusan nafas terasa menyesakkan dada. Tak susah untuk stress dan tak mudah untuk tidak stress. Tak sabar nak balik. Menghitung masalah diri, jauh dari Allah adalah asbab utama. Tolak bicara tentang hati dan jodoh. Sebab meluat tu tahap gaban dah. Moga Allah anugerahkan yg terbaik.

Isnin, 9 Februari 2015

Couting D day

Posted by Aya Sophia at 6:48 PG
Ya Rahman Ya Rahim... Alhamdulilah ala kulil hal.

Dia yang berkuasa di atas segalanya. Dan aku masih terpasak di bumi sahara ni untuk terus melangkah menamatkan larian ke titik akhir. Masa yang berbaki dah tak lama. I will back home soon, hanya Allah yang tahu rasa dalam hati ini. Ujian semakin memberat. Tapi aku tahu ujian itu Allah nak kuatkan aku. Semester last, semoga Allah permudahkan segalanya.


4 day per week.. waktu pengajian yang berbeza dengan universiti lain di bumi Jordan. Tak sabar nak meninggalkan bumi ini. Bukan kerana tak sayang tapi kerana hati ini makin rindukan ma abah. Serius, aku masih berteka teki mahu terus balik ke malaysia atau still until majlis konvokesyen. Tak tahu, mahu pilih yang mana. DOAkan yang terbaik!!!!


Makin nak habis, makin hangat soalan tentang jodoh. Senyum sorang bila ditanya soalan sebegitu. Serius hingga saat ini, aku sendiri tak pasti berjodohkan manusia atau berjodoh dengan maut. Bila imbaus kembali kenangan tahun satu, at the first year aku di sini... aku pernah bagitahu adik bilik.. " akak tak tahulah, akak sempat khawin atau tak".. at the times aku rasa jodoh aku dengan kematiaan. Tapi  haza min amri RABB.. aku tak tahu. Cuma kadang kala aku nak tahu, andai aku mati.. siapa yang betul-betul merasai kehilangan aku, sahabat yang mana akan datang di hari kematiaanku untuk memandikan jasad aku, teman mana yang akan menenangkan ibubapaku.. serius aku nak tahu. Tapi detik tu akan tiba, bila aku dah tak bernafas. Right ??


Mereka yang sama-sama berjuang dengan aku dalam menghabiskan pengajian yang berbaki sememangnya mereka benar-benar sahabat aku. Andai mereka sakit, aku akan turut merasa sakit. Andai mereka gembira, aku turut akan tersenyum. Andai mereka sedih, airmata ini akan turut mengalir. Kerana mereka sahabat aku, dan aku sangat menyayangi mereka. Thanks ya ALLAH, engkau kurniakan mereka kepadaku. Anugerah yang tak terjual dengan harta.





Rabu, 10 Disember 2014

Sehangat PRK bumi Mafraq

Posted by Aya Sophia at 1:27 PTG
Bismillahirahmanirahim..

Sesejuk musim syita di bumi mafraq, ia tidak menghalang kehangatan piliharaya kampus persatuan mahasiswa malaysia mafraq (PRISMA) berlangsung. Aku melihat, biah prk disini tidak jauh bezanya dengan suasanan PRK kampus di malaysia. Ala kulihal, aku sebenarnya tidak mahu dan tidak mampu untuk mengulas sangat tentang perkara ini. Cuma sebenarnya kerinduaan aku untuk menulis panjang-panjang entry dalam blog ni. Mencari dengan mencuri masa dalam kesibukkan yang dibuat-buat..

Ditaklifkan sebagai perwakilan mantiqah dalam Jawatankuasa Pilihraya Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan 2014/2015 untuk kali ini. Semoga ia bukan asbab untuk aku lemah. Semoga ia menjadi asbab untuk aku lebih mendekatkan diri dengan ALLAH.
Jawatan itu satu TAKLIFAN (amanah) bukan satu TASYRIFAN (kemuliaan) 
Diam melihat suasana PRK, serius aku merasa gembira untuk adik-adik usrah yang bertanding. 5 daripada mereka bertanding tidak kira di kerusi AMT atau AME. Malah ada yang di taklif dengan taklifan yang berat. Semoga allah permudahkan urusan kalian. Taklifan sebagai pimpinan membuatkan kita menjadi matang dan ia adalah anugerah terindah dari Allah kepada hambanya. Tetapi taklifan bukan satu jawatan yang untuk di banggakan. Silap percaturan, sengetlah bahu nanti di padang mashyar kelak. Bertapa beratnya amanah, sehingga bukit dan gunung tidak mahu memikulnya.

Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."                                                                        
                                                                                                                                (Riwayat Muslim)



Kerana setia kawan, ku hadiahkan kata-kata yang terlahir dari sanaburi. Seandainya Allah berikan taklifan itu padamu, ertinya engkaulah sebaik-baik pemikul amanah itu. Berhenti sebentar, mohonlah keampunan dari Allah, dan mohonlah kekuatan dari DIA. Semoga nanti dalam perjalanan itu, engkau tahu Allah sentiasa ada di hatimu, hatta teman beribu di belakang mu pergi meninggalkan mu. Ingat engkau tak pernah bersendirian. Aku sentiasa mendoakan mu wahai temanku. Walaupon, aku tidak berdiri disampingmu di tampuk pimpinan, tapi aku berjanji aku tidak akan melihatmu jatuh tersungkur. Andai engkau penat, aku akan membantumu Jika engkau terluka, aku akan merawatmu.. cuma satu yang aku pinta, jangan jatuh selagi aku disisi mu. 


Salam sayang dari seorang insan yang bergelar kakak, seorang adik, seorang naqibah, seorang anak usrah, atas nama seorang sahabat seperjuangan. Semoga ikatan ukhhwah ini mampu menguatkan dirimu, Walau tanpa aku disisi suatu hari nanti.

Selasa, 11 November 2014

Sinar Bumi Anbiya

Posted by Aya Sophia at 10:35 PTG



Tiap detik berlalu, buatkan hati makin gundah gulana. Kalau setahun yang lepas, selalu akan tanya akak-akak senior, "Bila akak khirij?" Sekarang soalan itu yang sering dituju padaku. Helaan nafas ku rasekan semakin memberat.


Memiliki segalanya tanpa keredhoan Allah pasti menatijahkan kegagalan hakiki dan abadi Kejayaan hakiki dan abadi itu ialah memiliki keredhoan Allah walaupun tidak memiliki yang lainnya

(Khair almiftahi attahzibi)




*smoga semakin hampir perhentian musafir ini, ak sudah mengutip semampu yg ak mampu permata3 ilmu yang telah dikutip untuk menghadapi maslahat masyarakat nnti. Rabi'tuassir wala tuassir.

Selasa, 7 Oktober 2014

Aidiladha Terakhir

Posted by Aya Sophia at 3:05 PG
;')

Insha Allah semoga aidiladha kali ni adalah yang terakhir aku beraya di bumi mafraq nie setelah buat buat kali ketiga beraya jauh dari family tercehta.

Imbas memori,
First raya haji di perantaun, jap nak kira..sampai firstime dekat Jordan 12 Sep 2012, kemudian raya haji jatuh 26 okt. And serius, pagi tu bile kol ma abah ak nangis dan sebak tahap dewa habis. Malu..serius malu dekat ma abah. Siap lap airmata dengan kain tuaalaa sbb melimpah habis airmata. Adik sebilik pun tak tahu nak buat macamana. Lucu dan ak rasa kelakar habis waktu tu.

NOW I'M GROWING....

For the third year I'm celebrated here. Homesick tu kena sikit-sikit sudahlah. Bagi adik-adik junior plak yang nangis. Hukhuk. And finally ak dah tak nangis pagi raya. ZZz zalim pun ada. Satu benda lagi yang ak dapat raya tahun ni dan ak takkan lupakan ..first "Rendang" yang aku buat sebijik rasa macam air tangan MA..... GEMBIRA!! Rasa macam nak lompat dari dalam rumah lepas tu terus tembus syiling rumah dan harap sampai depan rumah and peluk ma and abah.

(Moist cholacate cake & Rendang Ma bersama nasi himpit buatan sendiri)



Dah tak sabar nak cepat-cepat belajar lepas tu back home. Miss them deeply. Abah operate lagi hari selasa before 4 day before raya. Kami kat Jordan raya sehari berbanding dekat Malaysia. Hari isnin abah kena check in hospital, and aku sempat kol abah before abah pergi hospital. Waktu aku kol abah tu 6.45 am, ma sedang sediakan breakfast untuk abah. Sempat ak titipkan pesan pada ma, pesan kat abah supaya tengok ma puas2..wanita yang dia cinta. Takut lepas pada operate abah dah tak boleh tengok ma dah. Serius, aku mengalirkan airmata. Tak mampu aku nak bayangkan perasaan ma. Perasaan abah. Mata sebelah kanan haritu, abah cakap dah tak nampak apa2..

"Abah, kena kuat. Jangan lemah semangat" ayat aku pada abah.
"Ya, pun kena kuat juga..Doakan semoga Allah anugerahkan kembali penglihatan abah". "Lepas tu study elok-elok and cepat balik. Jaga abah plak."

Pedih, sebak dan pilu rasa hati. Ikut hati nak balik, nak tunaikan hak sebagai seorang anak.
Cukup setahun aku tak balik Malaysia. Aku tak tahu keadaan abah, sebab aku yakin sibling aku tak bagi info yang detail tentang abah. Hattan akak yang kat Mesir tu pun, ayat2 dia semua macam ayat penyedap hati aku je..


                                  Ala kulihal, semoga ma abah baik-baik saja dalam jagaan Allah.


Ya'Allah izinkan waktu berputar mengikut kehendakMu.Ya'Allah izinkan masa berlalu mengikut percaturanMu.Aku sebagai seorang hamba memohon padaMu.Izinkan aku dan berikan waktu dan masa untuk aku kembali kepada orang tuaku, izinkan untuk aku balas dahulu jasa baik dan pengorbanan mereka kepadaku. Izinkan masa untuk aku berbudi pada mereka ya'Allah. Panjangkan umur mereka, rahmati mereka di setiap nikmat yang Engkau berikan. Hiburkan hati mereka dengan amalan ibadat yang sebetulnya kepadaMu. Ubati lara dan rindu dihati mereka dengan ayat-ayat suci KALAMMu Ya Rabb. Basahi bicara mereka dengan Zikrullah padaMu. Izinkan aku ya Allah sebagai anak, menunaikan hak ku sebelum Engkau mengambil mereka kembali ke sisi Mu., Ameen ya Rabb alamin, Taqabalallahumina waminkum.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea