“Ya Allah, Engkau peliharalah iman di dadaku ini agar aku terus istikamah dalam menjalani ibadah kepada-Mu. Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adlaah untuk-Mu Tuhan sekelian alam ”
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.
Ramai hamba Allah yang mengeluh: “Alangkah cepatnya hatiku
berubah”. Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan
pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji
dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan
dunia yang tak ada penghujungnya.
Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar
lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas
akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi
iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.
Moga iman kita trus diperteguh. Inshaallah