Sabtu, 9 November 2013

Syahid yang tertangguh

Posted by Aya Sophia at 2:50 PTG
Baru-baru terlihat seorang sahabat share link sebuah blog tentang seorang pelajar Malaysia yang kemalangan dan meninggal dunia di Turki. Saya hanya mengenalinya peribadinya selepas kematiaannya. Itu pun melalui tulisan mak serta ayahnya dan beberapa blog yang dilewati. Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai  “Syahid yang tertangguh”. 

~Ahmad Ammar Ahmad Azam~


Catatan terakhirnya dan di masukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi:

“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”

Saya terkedu dalam diam, allahurabbi sesungguhnya janji Allah itu pasti dan tersangat indah.Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 
#Solat Jenazah dan pengebumian#

Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta. Dia merupakan rakyat Malaysia pertama yang disemadikan disini. Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuboran yg menempatkan lebih 60 para sahabat nabi, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALlah, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah.

Di saat dia dipersiapkan oleh ayahnda dan bondanya untuk menjadi seorang daie, dan menjadi harapan jamaah...rupanya Allah meminjamkan dia sebentar dan mengambilnya semula mengikut janjinya tidak kurang walau sesaat.Melihat status, gambar & video kemasikini tentang pemergian Allahyarham  ternyata tidak dapat menahan air mata ini. Pengakhiran beliau yang baik. Dikelilingi orang-orang baik. Allah.. Aku juga punyai impian seperti beliau. Moga ini menjadi semangat untuk terus mencapai impian ini. .Tabarakallah!


#Surely we belong to Allah, and to Him we shall return#Al-Fatihah.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea