Rabu, 6 November 2013

Warkah dari Sang Murabbi

Posted by Aya Sophia at 3:01 PTG
Salam Maal Hijrah 1435 dan Tahun Baru Masihi. Blog lama tak bersentuh. Wajibat sangat banyak melebihi masa yang ada. Juga sibuk dengan “penghijrahan” ke rumah baru serta imtihan awal yang berjujut. Ala kulli hal, alhamdulillah semua semakin stabil kini. Sedang membuat persediaan + persiapan untuk menghadapi imtihan sani yang akan bermula pada 19 November akan datang. Doakan ya! Masih banyak yang belum dibaca dan dihadam sepenuhnya.

Warkah ini dari seorang yang bergelar guru, cikgu, ustazah, muallimah, ukhti, dai’e dan murabbi buat diri saya. Sarat dan padat dengan nasihat dan pesanan bernilai untuk dijadikan bekalan sepanjang perjuangan ilmu dan dakwah di bumi anbiya’ ini.
_________________________________________________________________________________

Ukhtifillah,
Semasa membaca tulisan ini, mungkin enti sudah berada di awanan biru, menuju bumi dakwah, didoakan semoga enti selamat tiba ke pangkuan akhawat yang sudah menanti kalian. Semoga cepat murtah duduk di celah-celah akhawat di sana. Usah menangis lagi.Selamat belajar, menuntut ilmu-ilmu Ilahi buat bekalan melaksanakan tuntutan Ilahi. Muhadhoroh dalam kelas sahaja tidak mencukupi, tapi jangan sangkal kepentingannya. Semoga dapat isti’ab segala durus yang diberikan. Kuasailah bahasa arab dengan baik.

Anakku,
Kutiplah segala ilmu, pengalaman, tarbiyyah dll yang berharga di sana kerana jika kita mensiakan peluang yang telah diberikan sekali kepada kita, susah untuk kita mengulang semula peluang buat kali kedua. Jangan kita menyesal bila masa dan peluang telah meninggalkan kita. Teruskanlah kesungguhan dalam mengutip mutiara berharga. Pastikan muntolaq amal dan keazaman kita adalah keikhlasan. Semoga kita tidak futur.

Uhibbuki fillah,
Peliharalah jua ukhuwwah, walau apa pun ujian mendatang. Tumpukan kepada pembinaan peribadi & diri kita, thaqofah kita, tarbiyyah diri kita, pembentukan amal kita, kefahaman dakwah kita, prestasi dakwah & amal kita. Sentiasalah ingat-ingatkan akhawat bila berlaku sebarang perselisihan, apa matlamat utama akhawat ke sana. Segeralah selesaikan supaya perkara lebih utama & lebih besar dapat diberikan perhatian. Jangan buang masa melayan perkara remeh temeh. Banyakkan bertolak ansur. Dai’e hakiki tidak teragenda dalam diri mereka perkara yang remeh temeh, kerana agenda dakwah & tarbiyyah lebih menguasai diri & pemikiran mereka. Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang membesarkan agenda dakwah dan tarbiyyah. Kerana i’la’ kalimatiLLAH adalah agenda utama kita. Ambillah segala peluang di hadapan mata nanti untuk berguru, bertalaqqi dan menuntut pelbagai ilmu. Bacalah sebnyak mana kutayyibat & buku-buku fikrah. Pandai-pandailah menggunakan masa, bahagikan masa, meraikan musim-musim di sana. Jangan sampai tergunakan masa pada perkara yang kurang perlu.

Pesan murabbi lagi,
Luaskan jua pergaulan dengan selain Melayu. Semoga enti dapat menimba pengalaman dan nilai-nilai baik mereka. Kerana itulah jua syiar dakwah kita.Buat akhirnya, selamat belajar, selamat berjuang, selamat menimba pengalaman, menimba tarbiyyah, semoga terus bersama di atas jalan dakwah yang suci ini.


#Tak terasa, kadang-kala manik-manik jernih dari hujung mata merembes jua. Kerana rindu dan cinta pada seorang insan yang telah mengenalkan diri pada tuhan dan menjadi khalifahNya.Semoga kita sama-sama menetapkan azam untuk maju ke arah yang lebih baik lagi..merancang dan memulakan langkah yang lebih tersusun dan lebih terarah di permulaan tahun ini.#mekasih ustazah,akan ku kenangmu didalam doaku#


Salam juang.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea