Sabtu, 12 Oktober 2013

Tamparan Muhasabbah

Posted by Aya Sophia at 2:13 PG


"Mdah fiqh mmg satu kelemahan saya sbb saya xpandai nak hafal seratus peratus sebijik macam dalam kitab"... >_<

Saya suke mengarang ayat jawapan sendiri mengikut kefahaman saya. Rase nk nangis je.Menerima keputusan yang paling teruk dalam hidup sepanjang saya hidup sebagai pelajar menyebabkan diri ini memcari kekuatan tanpa ingin menitiskan airmata. Hatta ditanya kenapa dan kenapa hendak kelihatan kuat sedangkan beban itu lepaslah kalau dah mampu...Sakit yang teramat sangat sehingga terdiam membisu menerima tamparan ini, namun di sudut lubuk hati ini yakin, segalanya ada "HIKMAH"..bukan sekadar hikmah kosong-kosong. Tamparan ini menyedarkan saya bahawa musafir ilmu saya ada tempoh yang semakin memendek. Sedangkan kerahan tenaga saya semakin menurun seiring dengan semangat saya. Allahurabbi, serius..saat ini..detik ini, saya perlukan pelukkan seorang ibu..saya teramat lemah sangat sekarang tapi, saya xboleh kelihatan lemah...tahun ini tahun akhir saya, janji saya pada ma abah saya harus tepati, bukan mudah diaorang nak lepaskan saya datang musafir ilmu di bumi syam ini. Sedangkan selama ini xpernah pun saya tidak kelihatan dipandangan mereka dalam tempoh yang lama, paling lama pun selama sebulan waktu mula2 masuk belajar kt Kuin kedah. Kasih mereka menyebabkan hati ini berjanji, saya xnak dah sambung pengajian master nanti luar dari malaysia... titik!! rase ditinggal mati ini mnyebabkan saya xsanggup nak menghadapinya buat kali kedua.Alahurabunna... Dulu target, diploma Malaysia, ijazah Jordan dan for Master i decide to apply Uk..rasenye cita2 itu terpaksa dikuburkan melainkan kalau dah berkhawin mungkin cita2 insha Allah boleh diteruskan jika diizinkan oleh Allah s.w.t.

Apepon semperna cuti seminggu untuk menyambut aidiadha nie, rasenye hati dan diri perlu muhasabah..banyak perkara yang harus diri ini korbankan.Pengajian kt sini bukan macam pengajian dekat malaysia...Malam exam pun boleh baca dan skor fullmark. Kat sini antara dua pilihan bergembira sebentar, baca buku sejam dua then hidup merana atau tahan diri dari gembira then baru dapat enjoy that result with flying colour???

Bak kata-kata Ustaz Shahrul Ifwat sepanjang perjalanan pelajar di sini, antaranya matlamat yang perlu jelas  ialah :-

1. Matlamat.

2. Faham realiti

3. Menyusun keutamaan

Kata2 yang menakutkan drp pensyarah beliau “ Bukan semua Allah pilih untuk berjaya”


*Nauzubillah, doakan semoga saya salah seorang jundiyyat yang Allah pilih untuk berjaya didunia dan akhirat :')



 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea