Sejujurnya, siapapun yang meninggal itu tak penting buatku tapi apabila ramai yang mendoakan dan menyebut2,, di situ aku tahu, kebaikan yang dibuat oleh si dia sangat disanjung2 oleh manusia..apatah darjatnya disisi para malaikat. ya rabb, indahnya jika kematian itu tiba disamping amalan diri tersusun indah dengan amalan-amalan yang baik.
Bagiku cukuplah penghuni langit mengenali walau tidak dikenali penghuni dibumi.seperti uwais al-Qarni, arwah Ammar,dan lain-lain. (al-Fatihah). Kematian yang menghidupkan hati-hati manusia yang lain. ALLAHURABBI !!! Tak terhitung ganjaran pahala disebalik itu. Sang Mutakhbir, aku dambaikan kematian sebegitu.
Tapi, amalan diri masih lompang, bicara dan tutur kata masih kasar, hati masih ada bisikan syaitan..apa mungkin aku bisa menjadi roh yang dinanti???
Moga Allah sudi jadikan aku ahli syurga.
Moga Allah sudi jadikan aku bidadari syurga.
Moga Allah sudi menerima setiap amalan yang aku lakukan.
Moga Allah sudi ampunkan setiap dosa yang telah aku lakukan.
Moga Allah sudi jadikan sebaik-baik manusia di dunia untuk kedua ibabapaku.
walaupun aku tahu, akulah manusia yang paling banyk dosa, akulah manusia yang paling lalai,
Allahurabbi, airmata tak nak berhentilah plak... ya allah ya allah ya allah, banyaknya kelemahan dan kekurangan aku..gagalnya aku sebagai seorang hmba. penuh dosa, sentiasa dalam kerugian.. malu ya allah.. malu hendak bergelar seorang manusia, sedangkan taklifan seorang hamba tergantung sia-sia.
Ya ALLAH perbaikilah sahsiah aku, jadikan aku seorang muslimah yang sebenar2nya. didiklah aku menjadi seorang hamba yang patuh..aku mahu menjadi yang terbaik dan solehah disisiMU..
Doakan aku dalam kehidupan ini memberi makna pada diri dan agama. La haula wala quwwata illa billah. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Doakan semoga ALLAH sudi pandang diri yang lemah ini. dan untuk sahabat, aku sentiasa doakn juga untuk engkau dilapangkan ALLAH dalam setiap urusan.
;')
Jangan penah lupakan doakan aku!!