Selasa, 31 Januari 2012

Secebis Monolog Petang

Posted by Aya Sophia at 2:28 PG

A
lhamdulilah aku masih dipanjangkan umur ini dalam meniti ruang kehidupan yang penuh dengan lakaran2 awan nano yang menceriakan hidup ini sebagai seorang muslimah..“Ya’Allah izinkan diri ini menjadi serikandi untuk agama Islam, izinkan diri ini berbakti pada agama ini, izinkan diri ini menjadi kader untuk menaikkan keizzahan agama Islam..Ameen”
Beribu kata yang bergurindam didada ini..Ingin diluahkan namun seakan2 tersekat jari2 ini untuk menari dan seterusnya menjadi satu rentak kata yang tersusun indah.Kekakuan terasa apabila lama tidak memcoretkan bicara di atas lembaran putih ini.Rindu untuk menjadikan penulisan sebagai satu wardah dakwah bicara dalam monolog kosong ini.Musim imtihan..final exzam..huh!!makin terasa bahangnya walaupom lambat lagi. Apepom janji pada diri “Insya’Allah I  will b do the best : ) ”
Dalam kekalutan menghadapinya terasa diri di munasabah sebentar.Syukur diberi nyawa oleh Allah sw.t dalam   menjalani kehidupan ini.Kadang2 kita cuba untuk menjadi yang terbaik tapi ingtlah semua itu tidak akan berlaku jika tidak di izinkan Allah s.w.t.Tidak semua orang benci pada kita tapi ada yang kita benci antara semua orang.Hab’lulmina’Allah, hab’lulminnas.Try b the best among best.
Pesan pada diri yang serba kenaifan,jaga perilakumu kerana ia dipandang orang,jaga pertuturanmu kerna ia akan diperkatakan oleh orang 6t.Susah untuk menjadikan kezuhudan sebagai sahabat,istiqamah sebagai teman dan sabar sebagai rakan tapi cubalah untuk menjadi seorang yang tabah ketika dalam kesedihan.Seorang mukmin tidak akan lemah dengan ujian dan mehnah yang mendatang…so keep smile beside ur problem…aca2 faiting.!!!Allah tidak akan membebankan hambanya tanpa kemampuan hambanya.So rememmeber everything happen had a reason.Jangan terlampau taksub untuk mencari sebab disebalik apa yang berlaku.Laluinya dengan ketabahan dan kekuatan.

Selasa, 3 Januari 2012

Posted by Aya Sophia at 2:52 PG


"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman :
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat."

"Katakanlah kepada wanita yang beriman :
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
[An-Nur :30-31]

Jumaat, 16 Disember 2011

RISALAH CINTA

Posted by Aya Sophia at 9:05 PTG






Yaa Ilahi, Rabbi...
Kutunggu jawaban-Mu di sajadah kalbu

Kusimpan pesona-Mu di relung hatiKusibak tabir-Mu dengan menanggalkan dosa
Kuraih kasih-Mu dengan bertasbih
Semaikan benih-benih cinta,agar Aku dapat menyapa senyum-Mu.
Bukankah setitis air cinta,tidak akan mengurangi keindahan-Mu.
Bukankah Aku berhak merasakan kemesraan cinta-Mu...
Jikalau Engkau tolak risalahku,
Kemana lagi kualamatkan goresan tinta,
 cinta dan cita-cita ini...


Aku memang petualang cinta,
Aku masih mencari dan belajar memaknai cinta,
Sebagian cintaku, kugadaikan pada yang lain.
Namun, dengan keagungan cinta-Mu.
Bukankah Engkau tidak pernah menolak cinta hamba-Mu.
Terimalah puing-puing cintaku,
Balaslah cintaku dengan mahabbah-Mu.
Yaa Rahman, Yaa Rahim...
Dihadapan-Mu kupejamkan mata batinku,
Tuk menahan rasa malu.
Nuraniku bertanya,
Hadiah apa yang dapat memikat-Mu...?
Hanyalah risalah cinta ini yang dapat kupersembahkan,
Semoga Engkau berkenan menerimanya.

Ya Rahman, Ya Rahim...

Jumaat, 9 Disember 2011

Posted by Aya Sophia at 2:40 PG
~✿..Ya Allah, aku akan BERHENTI mengeluh dan aku sudah berhenti mengejar sesuatu yang TIDAK PASTI..aku PASRAHKAN segala urusan ini kepadaMu, sekalipun aku sudah menguburnya dalam-dalam, namun HARAPAN itu masih menyala dalam hamparan rasaku tetapi dayaku telah habis untuk BERTAHAN pada situasi ini..biarlah harapan itu hanya Engkau saja yang menyelesaikannya..aku masih menginginkannya tapi aku hanya MENANTI sesuatu yang PASTI dan terbaik dariMu..

Dengannya atau tanpanya asalkan ada Engkau pasti aku BAHAGIA dan aku akan tetap bertahan dengan keyakinanku..ya Allah, aku akan disini dalam sujud dan cinta yang penuh untukMu..aku tahu, semua ini terjadi kerana ketetapanMu dan aku ihklas..sakit dan lelahku adalah HARGA yang tidak seberapa dibandingkan KELALAIANKU dalam sujud padaMu..✿~

>>> Wahai sahabatku, Allah kadangkala MENJAUHKAN seseorang itu daripada HIDUP kita atas sebab untuk MELINDUNGI kita daripada segala DOSA dan KEMAKSIATAN yang berpanjangan..oleh itu, BERHENTI MENGEJARNYA..♥♥♥





Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,Pasti ada makna disebalik itu semua,Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Khamis, 1 Disember 2011

:: "Tuhan berikan ku pedoman...,dan bila ku jauh kembalikan ku ke pangkal jalan" ::

Posted by Aya Sophia at 2:02 PG

Andai terlintas dalam fikiran untuk berbuat baik, maka jangan bertangguh lagi. Andai terdetik untuk berubah jangan dinanti-nantikan lagi. 

Sebab itulah banyak manusia yang telah mati meminta kepada Allah SWT untuk hidup semula.

Agar mereka boleh beramal sebanyak-banyaknya. Dalam Al-Quran banyak sekali Allah SWT menyebut bahawa kebanyakan manusia yang telah mati minta untuk dihidupkan kembali agar mereka boleh berbuat amal sebanyak-banyaknya.


Ayuh Teman2 Tingkatan Amal Soleh,Kita hindari Maksiat yang boleh menggelapkan hati


" Kerana esok belum tentu milik kita ".


Sesungguhnya, seorang muslim itu apabila ia berjalan dijalan DAKWAH, Ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, Bahkan dibawa bersama hati saudaranya
" KITA KADER DAKWAH " 



Isnin, 28 November 2011

Ada apa dengan Muharram ??!!

Posted by Aya Sophia at 5:14 PTG
Daripada Abu Hurairah dalam hadis marfu’ telah berkata : Telah bertanya : Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?. Maka jawab nabi S.A.W : Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan iailah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram.

- Diriwayatkan oleh imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai’e dan Ibnu Majah -

P/s : MUHARRAM: Dipanggil begitu disebabkan pengharaman berlakunya sebarang peperangan padanya di sisi bangsa arab.


Alamalulillah..

Jumaat, 18 November 2011

Kisah Lalat Yang Menyebabkan Seseorang Masuk Neraka

Posted by Aya Sophia at 8:48 PG
Pernah dengar kisah ini? Atau pernah baca sebelumnya? Kisah yang mungkin biasa bagi seseorang namun akibatnya adalah sangat dahsyat pada kehidupan setelahnya (kehidupan akhirat). Seekor lalat pun dapat menyebabkan seseorang masuk ke dalam Neraka. 
Thoriq bin Syihab  meriwayatkan bahawa Rasulullah  bersabda :
“Ada seseorang yang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada seorang lagi yang masuk neraka kerana seekor lalat juga”. 
Para sahabat bertanya : ‘Bagaimana itu boleh terjadi Ya Rasulullah?
Rasul menjawab : “Ada dua orang pemuda berjalan melewati sekelompok orang yang memiliki berhala, dimana tidak boleh seorang pun melewati berhala itu tanpa dengan membuat persembahan sembelihan binatang kepada berhala itu lebih dahulu”
Maka sekelompok penyembah berhala tadi berkata kepada 2 pemuda tersebut : ‘Persembahkanlah sesuatu untuknya’
Salah seorang pemuda itu menjawab : ‘Saya tidak mempunyai apa pun yang akan saya persembahkan untuk berhala itu’
Mereka berkata lagi : ‘Persembahkan untuknya walaupun dengan seekor lalat ’
Maka  pemuda  pun persembahkan untuknya seekor lalat, maka mereka membenarkan pemuda itu tadi untuk meneruskan perjalanannya. Tetapi dia pun masuk kedalam neraka kerana perbuatan itu,
Kemudian mereka berkata pula kepada pemuda seorang lagi: ‘Persembahkalah untuknya sesuatu’ 
Pemuda itu  menjawab : ‘Aku tidak akan mempersembahkan sesuatu apa pun untuk selain Allah”
Maka mereka pun memenggal lehernya. Tetapi pemuda pun masuk kedalam syurga ( HR. Ahmad ).

Pelajaran yang dapat diambil dari kisah dalam kisah ini :
- Orang yang pertama kali dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis diatas adalah orang yang menyembelih kerana selain Allah.
- Dilaknat orang yang melindungi si pelaku kejahatan, iaitu orang yang memberikan perlindungan kepada seseorang yang melakukan kejahatan yang wajib dijatuhkan kepadanya hukum Allah.
- Dilaknat pula orang yang merubah tanda batas tanah, iaitu merubah tanda yang membezakan antara hak milik seseorang dengan hak milik jirannya, dengan diubah ke depan atau kebelakang.


Dinukil dari terjemahan “Kitabut Tauhid Bab Ke-10” Karya Asy Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah.
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea