Khamis, 11 April 2013

Tentang Dia

Posted by Aya Sophia at 1:09 PTG
Adam dan Hawa pernah terpisah lama. Tetapi mereka bertemu kembali. Kerana apa? kerana dengan izin Allah. kalau ada jodoh tak kemana ^^"

Diam seribu bahasa, hati bertanya "Qistina sampai bile mahu memendam rasa"?
Jika ditanya tentang siapa pemilik hati ini, alhmdulilah sejak azali lagi ia sudah berpunya tiada yang mengetahui kecuali DIA. Hati ini milik Ilahi, hanya menunggu masa untuk diserahkan pada empunya makhluk yang halal disisi syarak.
Renunglah wahai diri,
Muhasabah apa yang sudah terjadi,
Jangan kau pernah sesali,
Dengan apa yang berlaku hari ni,
Tuhan ingin sekali menguji,
Keimanan dan ketaqwaanmu dalam hati…
Renunglah wahai hati,
Tatkala jiwamu semakin sepi,
Dengan apa yang kau akan isi,
Adakah dengan molekul cinta ILLAHI,
Serta dengan redha illahi?
Renunglah wahai nafsu,
Tarbiahkan pada agama yang tertinggi,
Agar dapat menuju ke syurga akhirat nanti,
Dengan kebanggaan yang abadi…
 

:: Contengan Musafir :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea