Alhamdulilah..alhamdulilah dan alhamdulilah, fasa semester kedua sudah memasuki fatrah imtihan awal.
Terasa baru seketika berada di semester satu, cepatnye memontem masa berlalu dengan pantas dan laju :')
Officially ade setahun setengah lagi untuk tamatkan pengajian dibumi syam ini..Ya'allah kuatkan diri ini dari segenap aspek sebelum aku memulakan mujahadah bersama masyarakat nanti. Bila menghitung masa yang masih berbaki untuk diri ini mengali sebanyak mungkin ilmu dan mutiara yang bernilai, kerdilnya terasa. Rindu pada keluarga di simpan rapi disudut hati ini, semoga allah yang meleraikannya dengan caranya tersendiri.
Subhanallah, merasakan diri ini semakin matang dalam meleraikan segala kekusutan hati jika melanda ditambah lagi dikurniakan dengan 3 orang adinda yang cukup-cukup istimewa menjadi roomate "ruba'in".
Kehadiran mereka banyak menjadikan diri ini sentiasa termuhasabah. Sayang yang teramat sangat-sangat untuk mereka bertiga ~Ukhwwah sehingga ke syurga~ Tergambar dalam fikiran terpaksa menghabiskan semester musim panas tanpa mereka nanti.
Kehadiran kakak dari egpyt sewaktu musim sejuk baru-baru nie menghilangkan rasa sedih berjauhan dari keluarga, memenuhi cuti sejuk dengan berjaulah bersamanya menjelajahi bumi jordan ini. Tak sabar menghitung waktu untuk bermusafir ke bumi mesir menziarahinya plak disana nanti di samping bertemu mata dengan sahabat tercinta yang sentiasa calling diri ini ..syukran ala kulihal kerana sentiasa memastikan diri ini tidak putus atau futur di jalan dakwah!!syg kamu sangat2 yam a.k.a Doctor MaryamThohirah :)
senyuman yang paling sweet dari sis

aksi tiga bakal doktor sebelum memulakan pendakian
K.WANI-K.MALIN-K.AISYAH

Semoga hikmah sepanjang musafir ini medekatkan diri ini dengan Dia sambil mencapai mardotillaNya

pandangan dari atas bukit tempat terjadinya peperangan Yarmouk
Makam Zaid Harisah
Manisan sebagai penguat untuk meneruskan perjalanan
Muka-muka ceria para doctor apabila dapat membuat perjumpaan antara dua benua
Mesir _ Jordan
Gula-gula ukhwwah itu salah satu keindahan dan kegembiraan dari Allah untuk hamba-hambaNya yang bertakwal :')